Wednesday 10 May 2017

Cheap labour, services sector dan orang kaya



Baru-baru ni ada seorang kawan tanya aku. Dengan teknologi semakin berkembang dan automation mula menggantikan cheap labour, maka macam mana masa depan pekerja-pekerja low-skilled ni... ke mana diorang boleh pergi?

Jawapan aku?

Services sector

Negara maju selalu dikaitkan dengan services sector. Seolah-olah untuk sesebuah negara tu menjadi maju, mestilah services sector negara tu mencapai tahap matang terlebih dahulu

Sedangkan bagi aku tak. Services sector ni bukanlah punca sesuatu negara itu menjadi negara maju. Tetapi ianya adalah simptom negara berpendapatan tinggi

Apa maksudnya?

The key word is 'convenience'

Services sector ni sebahagian besarnya adalah untuk kemudahan kita. Seperti mana malas masak, jadi makan di luar. Atau tak nak pergi beli groceries jadi upah runner tolong belikan. Ataupun malas mengemas rumah, jadi mengambil orang gaji

Dulu kebanyakan daripada servis sebegini masih murah. Kenapa? Sebab orang tak mampu sangat nak bayar mahal-mahal

Sekarang? Semakin ramai golongan mass affluent (gaji bersih lebih RM6,000 sebulan) dan high net worth di Malaysia. Bilangan golongan ni meningkat double digit setiap tahun. Menjadikan demand utk 'convenient services' ni semakin lama semakin tinggi - dan walaupun charge mereka semakin mahal, golongan mass affluent dan high net worth individuals ni masih mampu je untuk bayar

Maksudnya.... inilah masa depan golongan low skilled labour. Sesiapa pun boleh kemaskan rumah. Ulang-ulang masak sebulan nanti jadi sedap la makanan tu untuk dijual dan dibuat delivery. Sesiapa pun boleh bawak kereta dan jadi driver dengan uber.

Dan semua tu.... pendapatan yang boleh diperolehi jauh melebihi berkerja sebagai cheap labour. Malahan majoriti business sebegini memerlukan kos yang rendah. Kerana kos utamanya adalah masa dan tenaga.

Inilah masa depan low skilled labour. Inilah masa depan negara berpendapatan tinggi.

Malahan ada pun kemungkinan akhirnya mereka ni boleh memulakan syarikat sendiri dan menjadi kaya. Walaupun kebanyakannya servis sebegini limited ruang untuk dikembangkan. Sebab daripada kerja dengan orang lain baik diorang buat sendiri

Peluang tu ada. Tapi kalau masih terus kekal di takuk lama tanpa sendiri usaha untuk berubah. Janganlah pula salahkan orang kaya

Kalau benci kepada orang kaya, carilah cara untuk kaut duit dari diorang. Sehingga kita sendiri menjadi kaya. Nanti bolehlah membenci diri sendiri pula.

Sunday 9 April 2017

Politik Berpolisi yang Tidak Wujud di Malaysia


Baru-baru ni ada seorang ahli parti politik bertanyakan aku, "apa pendapat aku kalau pihak pembangkang mencadangkan untuk meletakkan  harga siling bagi RON95". Bermaksud jika harga lebih daripada yang ditetapkan, maka kerajaan akan memberikan subsidi manakala jika kurang pula, harga RON95 juga akan turut jatuh.

Secara jujurnya, ianya cadangan yang baik dan munasabah. Ianya menjadi lebih baik lagi jika harga siling itu hanya khusus untuk RON95 (tidak untuk diesel dan RON97). Dan lebih cantik pula kalau ianya subsidi bersasar i.e. hanya untuk mereka yang berpendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan (isi rumah ye, bukan individu). Tapi itu bukan jawapan yang aku berikan.

Aku hanya memberi jawapan "ianya subjektif, bergantung kepada pendirian parti politik korang".

Kenapa? Aku menyokongnya sebab mengikut hasil ujian yang aku ambil, aku memang cenderung ke arah berpendirian 'social democracy'. Iaitu bahasa mudahnya aku memang cenderung ke arah kebajikan rakyat dipelihara kerajaan di dalam kerangka sistem ekonomi kapitalis. Tapi hakikatnya it'll come with a cost. Atau bahasa ekonominya kitorang panggil opportunity cost. Jadi ianya sepatutnya bergantung apakah pendirian ekonomi parti politik beliau.

Ianya tidak munasabah apabila parti politik itu sangat menyokong untuk kerajaan berbelanja itu ini demi kebajikan rakyat, tapi pada masa sama akan mengkritik dengan keras berkaitan hutang kerajaan atau cukai GST (rasanya yang follow aku memang tau yang aku memang penyokong cukai GST).

(kepada yang nak cakap kerajaan banyak habis duit dekat benda-benda macam 1MDB, boleh tengok dulu post lama aku di sini: duit kerajaan tidak jatuh dari langit)

p/s: screenshot result political spectrum ku hasil aplikasi 'Vote 1'

Spektrum Politik yang Hilang di Malaysia

Di dalam spektrum politik, ada dua klasifikasi yang paling biasa dilakukan untuk membezakan pendirian satu parti politik kepada parti politik yang lain, iaitu 'left' and 'right'. Dan dua isu utama yang biasa menggunakan klasifikasi ini adalah isu kebebasan dan ekonomi.

Semakin seseorang tu menyokong freedom of speech, freedom of act etc3, semakin dia berada di dalam posisi 'left' di dalam spektrum kebebasan. Berbeza pula dengan ekonomi. Semakin dia sokong dengan idea 'free market' dan 'capitalism', semakin dia berada di kedudukan 'right'. Jadi yang 'popular' di media dan pendidikan barat zaman sekarang adalah 'left' bagi freedom dan 'right' bagi ekonomi.

Trump contohnya, memandangkan dia mengatakan tidak kepada multiculturalism dan sangat berpihak kepada white supremacy, maka jelas dia merupakan 'right' di dalam freedom. Tetapi untuk isu ekonomi pula, dia ingin meletakkan sekatan di dalam perdagangan antarabangsa dan ingin meningkatkan perbelanjaan infrastruktur yang menunjukkan seolah-olah dia lebih kepada 'left', tetapi pada masa sama ingin memotong cukai dan melakukan deregulation seperti dia berada di kedudukan 'right'.

Dengan kata lain, dalam polisi ekonomi dia hanyalah seorang populis. Yang mencampur adukkan spektrum 'left' dan 'right'.

Aku setuju bahawa kita tidak boleh menyempitkan pemikiran kita kepada klasifikasi sebegini. Malahan aku sendiri kalau ditanya samada aku lebih kepada 'left' atau 'right' di dalam isu ekonomi, jawapan aku bergantung (walaupun hasil ujian spektrum menunjukkan aku cenderung ke arah 'left'). Ada masanya government intervention itu perlu, ada masanya government intervention itu menerukkan keadaan. Ianya seperti samada adakah perlu traffic light dan roundabout diletakkan di jalan raya. Ada masa ianya perlu, ada masa ianya menerukkan keadaan.

Tapi, berpendirian populis adalah satu masalah yang lain. Kerana ianya tidak sustainable.

Duit Tidak Jatuh dari Langit

Seperti di dalam post aku sebelum ini, duit itu tidak jatuh dari langit. Jika kerajaan ingin berbelanja, maka duit tersebut perlu datang daripada mana-mana. Kerajaan bukannya boleh print duit sesuka hati untuk dibelanjakan.

Sebab tu biasanya mereka yang berpendirian ekonomi spektrumnya 'left' i.e. suka kalau kerajaan memberikan pelbagai jenis manfaat untuk rakyat, maka pada masa sama dia perlu menerima untuk kerajaannya mengenakan cukai yang tinggi atau akan mengalami tahap hutang kerajaan yang tinggi, sebab itulah kosnya. Manakala jika dia berpendirian 'right', maka dia akan menentang segala jenis cukai tapi pada masa sama juga tidak akan menyokong pelbagai jenis subsidi daripada kerajaan termasuk subsidi minyak, kerana itu jugalah 'kos' untuk tidak perlu membayar cukai.

Inilah pandangan mereka yang berpendirian ekonomi yang jelas. Yang celik ekonomi. Tetapi malangnya ianya tidak berlaku di Malaysia.

Parti politik berpendirian populis, yang mana rakyat suka, yang itulah yang dia akan perjuangkan. Manakala rakyat pula berpendirian selfish, yang mana untuk kebaikan aku, aku suka. Macam mana kerajaan nak bagi apa aku nak, aku tak peduli. Itu kerja diorang.

Sedih sebenarnya. Sebab ianya bermaksud kita akan terus menerus diberikan janji-janji palsu oleh parti politik. Sebab hakikatnya ianya tidak munasabah untuk mencampur adukkan spektrum 'left' and 'right' tersebut.

Subjek Ekonomi Wajar Menjadi Subjek Wajib di Sekolah

Baru-baru ni aku ada menemani isteriku untuk membeli buku-buku untuk sekolahnya. Terjumpalah aku dengan satu buku ekonomi tingkatan 5. Tak tahulah siapa yang membuat silibus tersebut, tetapi jujurnya aku agak kagum.

Kandungan buku ekonomi sekolah menengah sekarang sangat baik, malahan ada terlintas ianya seperti lebih baik pun daripada silibus ijazah sarjana muda di universiti. Sekurang-kurangnya setakat apa yang aku tengok lah. Ianya praktikal, banyak mengaitkan dengan keadaan ekonomi di Malaysia. Dan ianya sangat boleh memberikan asas kefahaman yang jelas berkaitan ilmu ekonomi untuk orang awam.

Menjadikan aku terfikir.... Kan bagus kalau semua rakyat Malaysia sekurang-kurangnya memahami ilmu-ilmu ekonomi di dalam buku ni. Tidaklah mereka akan terus diperbodohkan oleh mana-mana parti politik sekalipun. Terus menerus diberikan janji-janji palsu yang kalau mereka menjadi kerajaan janji-janji itu adalah mustahil untuk dilaksanakan. Tidaklah bila mereka mendengar hutang kerajaan sekarang berjumlah RM655,700,000,000.00 akan terus melompat dan melatah terkejut.

Tapi yelah, kesian budak zaman sekarang dah kena belajar sangat banyak subjek, aku nak tambah lagi beban diorang. Tapi jujurnya ilmu sains sosial adalah ilmu yang lebih senang untuk dihargai dan diaplikasikan daripada ilmu sains.


Fokus Politik Malaysia yang Hilang



Semakin hari semakin hilang minat terhadap politik Malaysia. Parti-parti politiknya tidak mempunyai arah tuju yang jelas. Yang tahu PAS nak bawa hudud, dan tidak ada tolak ansur dalam isu ni sehingga membawa perpecahan dengan parti-parti lain. PKR? Dari dulu sampai sekarang aku tak tahu apa yang menjadikannya berbeza dengan kerajaan sekarang, dulu aku sangkakan diorang sekurang-kurangnya tidak akan ada korupsi. Tapi selepas apa yang aku dengar-dengar terutamanya yang berlegar di kawasan Selangor, rasa macam tak ada beza pun.... DAP? Intellectual wise rasanya diorang yang antara paling ke depan, tapi dari segi pandangan polisi ekonomi tu sama je masih mencampur adukkan spektrum 'left' and 'right' a.k.a populis.

Bersatu? Umum tahu ianya parti yang wujud disebabkan tidak setuju dengan Najib. Dengan kata lain ianya adalah kelompok Umno yang tidak setuju dengan Najib. Maka polisinya hanyalah anti-Najib dan mungkin juga anti korupsi serta 1MDB. Noktah. Amanah? Sama macam PKR, aku tak nampak apa pendirian polisi yang dibawa yang menjadikannya berbeza daripada yang sedia ada. Mungkin boleh dikatakan PKR versi Islamis. Pada asalnya aku sangat mengharapkan Amanah akan menjadi parti yang intellectualnya setaraf DAP, tetapi mempunyai pendirian polisi yang jelas i.e. yang mana kerajaan buat dan selari dengan pendiriannya disokong manakala mana yang salah ditentang. Tetapi hari demi hari.... ahlinya hanya peduli pasal nak menembak PAS. Kenyataan medianya pula sentiasa ingin mencari kesalahan kerajaan i.e. populis.

Sudah lah.

"Great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people"
- Eleanor Roosevelt -

Sunday 19 March 2017

Exam Oriented - Masalah Matlamat, Bukan Perjalanan


Isu Malaysia terlalu exam-oriented ni bukan isu baru. Ianya isu yang sudah bertahun-tahun lamanya. Selari dengan kesedaran ini, kerajaan sudah melakukan pelbagai kaedah untuk berusaha menukar Malaysia untuk tidak lagi menjadi terlalu exam oriented dengan pengenalan benda-benda seperti pentaksiran, score CGPA perlu bergantung kepada aktiviti koko dan sebagainya

Persoalannya.

Itu menyelesaikan simptom, atau masalah yang sebenar?

Puncanya pada matlamat, bukan perjalanan

Kalau ditanya. Kenapa kita pergi ke universiti? Kenapa kita mengambil degree?

Untuk ilmu?
Untuk pengalaman?
Sebab itu kebiasaan yang dibuat orang?

Sebahagian besarnya, adalah sebab degree diperlukan untuk mendapat kerja.

Tidak kiralah kerja itu memang kerja yang kita impikan, ataupun tidak

Asalkan ada degree. Kemungkinan besar mendapat pekerjaan yang lebih elok itu adalah tinggi.

Malahan, kalau mendapat CGPA 4.00, kemungkinan untuk mendapat kerja itu lebih tinggi daripada jika mendapat CGPA 3.00.

Walaupun yang mendapat CGPA 4.00 tu sebab dia hanya memilih subjek yang senang, lecturernya baik dan memang biasa semua mendapat A, manakala yang CGPA 3.00 itu pula mengambil subjek yang lebih daripada separuh biasanya fail seperti advanced econometrics, tapi dia masih mengambilnya untuk mendapatkan ilmu

Itu realiti kita

Jadi apa kaitan dengan exam oriented?

Masalah lebih besar adalah kesan daripada niat tersebut.

Ramai pelajar yang 'for the sake of having a degree' akhirnya mengambil jurusan-jurusan yang bukan minat diorang pun. Pelajar yang asalnya minat medic tak dapat, last-last ambik perhutanan. Yang minat arkitek tak dapat, last-last ambik sains aktuari.

Kesannya? Ramai yang mengambil jurusan tu bukan sebab nak belajar ilmu jurusan tu. Tapi hanya untuk mendapatkan degree.

Itu dari jurusan. Tidak kira lagi mereka yang tidak mengambil subjek-subjek yang lebih penting dan bermakna tetapi susah, demi menjaga point CGPA mereka

Biasa kan benda tu? Berlaku di universiti dalam dan luar negara

Ianya bukan salah pelajar yang melakukannya demi masa depan mereka. Bukan salah lecturer baik yang nak membantu kerana kasihankan pelajar mereka. Tetapi ianya masalah sistem di dalam dunia pekerjaan kita. Yang masih memilih pekerja berdasarkan keputusan exam perlu mendapat CGPA 3.60 ke atas

Ilmu di dalam kelas vs di luar kelas

Tanyakan kepada pelajar jurusan finance. "Eh apa stock yang bagus untuk invest sekarang"?

99% daripada mereka memang tak akan dapat jawab soalan tu

Kenapa? Sebab diorang sebenarnya bukan minat pun dengan isu finance @ investment ni. Walaupun diorang belajar semua benda alah derivative, warrant, black scholes model, etc2. Diorang hanya mengambil course tu sebab mungkin senang nak dapat kerja di bank nanti.

Yup, ianya untuk mencari kerja

Tapi tanyakan kepada mereka yang memang ada passion di dalam stock investment, walaupun bidang engineering. Bukan sahaja stock apa, mereka boleh lagi memberi hujah dr sudut technical dan fundamental analysis kenapa stock itu merupakan pilihan yang bagus.

Itu yang kita hilang

Universiti kini menjadi medium untuk pelajar mendapatkan kerja. Bukan tempat mencari ilmu

CV yang tidak memberi makna

Kebelakangan ini aku sering mendapat resume-resume mereka yang sedang mencari kerja. Dan aku perasan ada satu kelemahan ketara di kalangan sesetengah fresh grad di dalam CV mereka

Langsung tidak ada sebarang info apa yang mampu dilakukan daripada degree mereka

Kalau belajar finance cakaplah boleh analisa stock. Kalau belajar akauntan cakaplah boleh membuat akaun korporat. Kalau belajar ekonomi cakaplah boleh membaca trend ekonomi

Tapi ramai yang tak letak. Sebab aku tau memang majoriti sebenarnya tak tau pun nak cerita sangat apa yang diorang mampu lakukan dengan degree mereka. Kalau pelajar jurusan ekonomi/finance tapi Bloomberg tu apa pun tak pernah dengar, macam mana.....

Apabila keputusan akademik menjadi benchmark utama

Baru-baru ni kerajaan meletakkan syarat hanya mereka yang mendapat semua A+ sahaja yang layak untuk mendapatkan biasiswa

Jujurnya aku terkejut. Ingatkan kerajaan tengah nak jauhkan daripada exam oriented. Kenapa berpatah balik kepada result exam yang utama?

Aku sendiri seorang yang capable dalam mathematical and critical analysis. Tapi jujurnya hafalan aku agak lemah. Ada orang lain yang aku tau memang power menghafal. Tapi bab kira-kira biasa-biasa je.

Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Dan biasanya orang yang sangat berbakat dalam satu perkara akan ada kelemahan dalam perkara lain.

Malaysia perlukan lebih ramai pakar dalam setiap bidang. Bukan jack of all trade but master of none

Itu yang berlaku di dalam sistem kita sekarang. Kita memaksa pelajar belajar semua perkara, dan perlu mendapat result cemerlang untuk semua subjek tersebut. Ianya satu sistem yang pasti Albert Einstein, Wright Brothers dan Steve Jobs sekalipun akan dikira sebagai pelajar yang gagal


Kefahaman ilmu itu yang penting. Bukan result exam

Pada zaman di mana professor Google di hujung jari, kefahaman ilmu itu yang lebih penting berbanding fakta itu sendiri.

Sangatlah penting untuk pelajar jurusan ekonomi memang boleh memberi pendapat sendiri bagaiman keadaan ekonomi sekarang. Dan pelajar jurusan finance untuk memberikan pendapat stock apa yang bagus untuk dilabur. (Sori aku tak sentuh untuk bidang lain sebab takut salah cakap walaupun semasa SPM aku aliran sains).

Tapi itu yang tak ada di dalam pelajar kita. Dan itu yang perlu dibetulkan

Kalau akhirnya nak dapatkan scholarship perlu mendapat A+

Nak layak untuk apply interview pun perlu 3.60 ke atas

Nak layak untuk apply sebagai lecturer pun perlu mendapat first class

Tanpa mengira subjek yang diambil. Universiti tempatnya belajar. Kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari

Itu punca pelajar menjadi exam oriented

Akhirnya pensyarah dan ibu bapa yang exam oriented akan turut melahirkan pelajar dan anak yang exam oriented (tak merujuk kepada sesiapa)

Matlamat yang perlu diubah, bukan perjalanan

Menjadikan aktiviti koko sebagai sebahagian markah CGPA tidak membantu keadaan

Malahan hanya akan menerukkan lagi kerana keikhlasan akan semakin hilang dalam diri pelajar

Dah lah keikhlasan menimba ilmu sudah lama hilang. Kini keikhlasan membuat aktiviti juga mula hilang

Apa yang perlu adalah mengubah cara kerajaan dan majikan mengambil pekerja.

Ubah matlamat. Bukan perjalanan.

Kerana mereka sendiri akan mengubah perjalanan mereka selari dengan matlamat yang dituju.

"Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree. It will live it's whole live believing it is stupid"
-Albert Einstein-

Wednesday 8 February 2017

Membasmi Kemiskinan: Isu Peluang atau Mentaliti?

Tidak ingat di mana, tapi baru-baru ni ada yang pernah menulis bahawa MRSM sekarang sudah lari daripada tujuan asalnya dahulu. Jika MRSM dahulu bertujuan untuk membantu orang susah untuk berjaya, kini MRSM banyak dipenuhi oleh anak-anak dari golongan elit. Menjadikan seolah-olah ianya bukan lagi untuk anak-anak nelayan atau penoreh getah.

Betul ke?

Hakikatnya MRSM kini menerima pelajar bumiputra yang cemerlang tanpa mengira latar belakang keluarga. Daripada menjadikannya sekolah elit untuk golongan susah, ianya kini sudah menjadi sekolah elit yang terbuka kepada semua bumiputra. Dengan syarat, korang cemerlang.

Buruk ke? Bagi aku tidak. Kita perlu mengasah segala jenis bakat yang ada untuk membangunkan Malaysia. Tanpa mengira latar belakang individu tersebut. Orang-orang seperti Elon Musk, Mark Zuckerberg perlu dilahirkan, tidak kiralah apa latar belakang mereka sekalipun

Income Inequality di Malaysia



Sejak dari zaman kemerdekaan dulu, menyelesaikan income inequality sentiasa menjadi sasaran utama kerajaan Malaysia.

Pelbagai kelebihan diberikan kepada golongan bumiputra yang sentiasa berada di bawah dalam kategori pendapatan. Akses kepada pendidikan, bantuan kewangan, pinjaman untuk memulakan business. Hasilnya jelas. Pendapatan golongan bumiputra semakin meningkat.

Peluang untuk lari daripada kemiskinan? Hakikatnya peluang itu ada. Aku sangat tak setuju kalau nak cakap peluang untuk lari dari kemiskinan itu tidak wujud di Malaysia.

Sebab masalah dengan mereka yang masih tersekat dalam kemiskinan bukan kekurangan peluang, tetapi mentaliti.

Kisah Anak Nelayan

Ada yang pernah cakap sekarang ni dah kurang kisah anak nelayan yang menjadi doktor. Well aku pun tak kenal gak mana-mana anak nelayan. Tapi ada beberapa kisah untuk kita berfikir bersama

Kisah 1: Ketika Aku Darjah 6

Aku memang dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan. Jadi memang kecik lagi pendidikan dah menjadi antara fokus penting dalam hidup. Tidak kiralah pendidikan sekolah kebangsaan atau sekolah agama

Tapi semasa aku darjah 6, aku kembali ke Kuala Lumpur selepas 2 setengah tahun di Pulau Pinang. Aku memasuki sebuah sekolah yang dekat dengan rumah. Hanya ada satu kelas je untuk darjah 6 sekolah agama di situ. Aku dulunya pelajar yang agak cemerlang di sek agama kat Pulau Pinang dulu.

Tapi di sekolah baru ni. 80% daripada pelajar lelakinya memang tak kisah langsung pasal pendidikan di sek agama. Datang sekolah kerja lari dari ustaz. Baling pinggan ke rumah sebelah yang ada kolam. Dan ntah apa-apa lagi entah

Keputusan aku? Of course sky dive. Daripada pelajar cenerlang aku jadi pelajar yang mendapat gagal itu kebiasaan.

Dari situ aku sedar, betapa pentingnya environment mempengaruhi mentaliti aku

Kisah 2: SPM yang Tidak Penting

Ketika aku form 1-3, aku memasuki sekolah asrama yang gabung dengan sekolah harian. Berhampiran sekolah tu ada kawasan setinggan, dan kitorang masa tu menggelarkan mereka Boyan. Entah benda apa Boyan tu sampai sekarang aku tak tau

Tapi aku masih ingat apa yang aku sembangkan dengan salah seorang senior sekolah harian di padang bola sepak. Dia mengutarakan soalan yang pada masa tu, aku hanya mampu terdiam tanpa sebarang jawapan

Apa ada pada SPM?

Kisah 3: Orang Asli yang Tidak Pedulikan Duniawi

Pernah sekali aku terlibat di dalam program membangunkan ekonomi orang asli. 

Mereka ni ada banyak kelebihan di dalam bidang pertanian. Hidup di tepi hutan yang kaya dengan flora dan fauna. Diorang boleh mendapat tumbuhan-tumbuhan dari tongkat ali sehinggalah sayur-sayuran dengan mudah.

Diorang jual hasil yang diorang dapat kepada orang tengah. Dengan harga 20% daripada harga pasaran. Apabila diberi dorongan untuk mereka keluar sendiri menjual di pasaran. Jawapan mereka hanyalah senyuman

Kenapa? Because they don't care. Yang tau kerajaan ada  JAKOA. Yang kalau nak apa-apa. Diorang boleh mintak dari kerajaan.

Nampak tak mentaliti diorang? Rumah yang diorang duduk tu free ye. Lagi besar pun daripada rumah aku sekarang haha

Free Education?

Ada faedah ke kalau kita berikan free education kepada golongan-golongan di atas?

Agak kasar tetapi sebenarnya tak ada. Diorang tak pernah peduli pasal education dan memberikan free education kepada mereka kemungkinan besar akan menerukkan lagi keadaan. Bukannya membantu

Isunya Bukan Lagi Peluang, Tetapi Mindset

Banyak lagi kisah yang boleh diceritakan. Kisah-kisah benar dari pemerhatian bola mata sendiri. Bukan pemerhatian yang dibuat Adam Smith mahupun Karl Marx.

Hakikatnya di Malaysia ni peluang untuk lari dari kemiskinan itu ada. Tapi apa yang menyekat mereka adalah mentaliti mereka sendiri.

Mentaliti memang dah selesa hidup dengan sedia ada (dalam kemiskinan)

Mentaliti bantuan itu akan datang (dari keluarga mahupun kerajaan)

Mentaliti pendidikan itu tidak penting (yang in a way semakin kuat sejak 10 tahun yang lepas)

Ianya mentaliti yang lahir dari persekitaran mereka. Dan hakikat pendudukan kita dibeza-bezakan memalui sosio ekonomi kita dengan kewujudan kawasan-kawasan rumah untuk golongan berpendapatan rendah seperti PPRT adalah tidak membantu

Apa yang Diperlukan Adalah Untuk Membuat Anjakan Paradigma

Hakikatnya, apa yang diperlukan adalah untuk mengubah mindset mereka. Sepertimana kebelakangan ni begitu ramai bumiputra yang ingin memulakan business sendiri. Seperti itulah mindset untuk lari daripada kemiskinan itu perlu ada.

Selepas keinginan itu ada. Barulah pendidikan dan pertolongan untuk mereka berjaya itu akan diberikan.

Kalau tak ramai yang akan ambil kesempatan kepada bantuan-bantuan seperti MARA. Yang terpaksa write-off pinjaman berjuta atau berbillion ringgit setiap tahun. Memandangkan yang buat pinjaman tu pun memang mindset dari awal nak dapatkan free money tersebut.

Malaysia Berbeza Daripada US

Idea Bernie Sanders berkaitan Welfare State sangat relevan kepada US. Sebab hakikatnya memang orang miskin susah untuk mendapatkan akses kepada pendidikan dan rawatan di sana

Tetapi ianya sangat berbeza dengan Malaysia. Pendidikan kita murah. Walaupun untuk pendidikan tinggi masih ada ruang untuk dibaiki. Rawatan kita juga murah, dan kita pun ada banyak ruang-ruang untuk memohon pertolongan kalau benar-benar memerlukan

Perbincangan menguruskan masyarakat perlu berpijak pada asas sosial sains itu sendiri. Iaitu berdasarkan pemerhatian kepada tingkah laku masyarakat

Bukan dari idea-idea dan ideologi-ideologi di awan, yang muncul pada 100 tahun yang lalu ataupun beribu kilometer jaraknya dari Malaysia

Di situ kelebihan kerajaan. Mereka mampu mendapat on the ground info dengan semua akses yang mereka miliki.

Sudah berlalu zaman kerajaan tahu segalanya?

Hanya anti-vax akan merendahkan golongan doktor

If you know what I mean

Friday 3 February 2017

ASB, TH dan Melayu Muslim yang Larut di dalam Pelaburan Tanpa Risiko


Tahun ini seolah-olah tahun kekecewaan kepada rakyat Malaysia, apabila dividen ASB diumumkan pada 6.75%, terendah dalam sejarah berbanding 7.25% tahun sebelumnya. Dan kini dividen Tabung Haji pula jatuh kepada 4.25% (berbanding 5.00% pada tahun 2015 dan 6.25% untuk tahun 2014). Ramai yang kecewa, tak kurang juga yang mula memikirkan adakah masih wajar untuk terus menyimpan duit di dalam instrumen-instrumen ini.

Kepada sesiapa sahaja yang belajar finance, pasti sangat familiar dengan return-risk tradeoff theory. Senang ceritanya, semakin tinggi potential return pelaburan tersebut, semakin tinggi risiko untuk pelaburan tersebut. Jika ada peluang pelaburan yang melanggar hukum ni, biasanya peluang pelaburan tersebut adalah terhad.



Sebagai contoh, pelaburan di dalam stock market memang mampu memberikan potential return setinggi 300% setahun, tapi pada masa sama untuk anda hilang sebanyak 90% daripada duit pelaburan pun ada potensi. Simpanan di dalam bank mungkin hanya memberikan 2% setahun, tapi insyaAllah risiko untuk kehilangan duit itu sangat tipis malahan pulangan itu boleh dikatakan dijamin.

Berapakah kadar pulangan yang 'zero-risk' itu sangat bergantung kepada kadar interest rate yang ditetapkan oleh BNM, dan juga kadar interest rate untuk Government Bond (fixed income). Bermakna kalau negara kita mempunyai kadar interest rate yang tinggi seperti Turkey pada 8-10%, maka kalau kita bukak fixed/time deposit dekat Turkey pun, kita boleh dijamin mendapat return setinggi 9.9%!

Riba vs Pelaburan

Golongan melayu muslim kena sentiasa ingat satu benda. Di dalam Islam, hanya 'pelaburan' riba yang menjanjikan keuntungan. Secara asasnya, pelaburan di dalam Islam tidak boleh sesekali menjanjikan keuntungan. Sebab itulah akaun EPF syariah tidak menjanjikan pulangan minima. Inikan tidak. Konon nak pelaburan syariah, tapi melenting cakap akaun syariah EPF tak ada pulangan minima, lebih merugikan. Lepas tu biar viral dan orang-orang yang sama-sama tak tau pun tak bukak sebab ingat ni agenda kerajaan nak ambik duit rakyat. Deyy, itu namanya kau dah larut di dalam dunia riba.

Yup, larut di dalam dunia riba - atau lebih tepat larut di dalam dunia pelaburan tanpa risiko yang menjanjikan keuntungan. Disebabkan kegagalan memahami perkara inilah betapa ramainya kalangan kita yang tertipu dengan skim cepat kaya. Masuk RM10,000, dapat 7% sebulan, setahun 84%. Bila orang kata tak logik, mulalah keluar 1001 hujah. Lebih best letak topeng agama, tunjuk ada derma kat anak yatim, hantar orang pergi umrah. pffftt.

Kita (golongan melayu muslim a.k.a bumiputra) sudah terlalu lali dengan pelaburan tanpa risiko. Kita sebenarnya lebih mencintai riba daripada golongan non-muslim. Kenapa? Kerana kita mempunyai banyak ruang-ruang untuk melabur tanpa risiko dan dijanjikan pulangan, sedangkan non-muslim tidak. Tabung Haji, ASB, dsb. Walaupun pada asasnya, semua itu tidak menjanjikan pulangan. Malahan sepatutnya kita bersedia dan menerima pun kalau diorang cakap tahun ni 0% dividen atau hibah. Tapi disebabkan sudah terlalu biasa mendapat pulangan yang melebihi pulangan market dengan semua itu, maka kita take it as granted. Seperti wajib untuk mereka memberikan pulangan yang tinggi. Sedangkan kewajiban itu tidak ada, sebab Tabung Haji adalah wadiah (simpanan) manakala ASB adalah pelaburan (yang tertakluk pada risiko untung/rugi).

Sekadar TH, ASB dan akaun syariah EPF dijamin duit asal oleh kerajaan (bukan dijamin oleh mereka sendiri). Maka secara konsep ianya mengikut syariah (walaupun ASB dan EPF ada melabur di dalam non-syariah investment), kerana mereka tidak menjanjikan pulangan.


Memahami Struktur Pelaburan ASB, TH dan EPF

Asset allocation untuk ASB, TH dan EPF adalah seperti berikut

Asset Type
ASB
TH
EPF
Equity
95%
43%
44%
Fixed Income
~5%
23%
51%
Cash and 
Others
~5%
34%
(11% property)
5%

Kalau dilihat dari sini, maka memang sepatutnya 'potential return' ASB yang paling tinggi (yang menjelaskan kenapa dividen ASB sentiasa lebih tinggi daripada yang lain). TH yang kedua (walaupun equity sikit, tapi 11% di dalam property), manakala EPF yang paling rendah.

Tapi sekali lagi diingatkan, semua ini hanyalah 'potential return' tidak ada jaminan pun pelaburan mereka akan sentiasa berjaya. Apatah lagi di saat financial market itu sendiri tidak memberikan peluang untuk mendapatkan return yang tinggi.

Keadaan Financial Market


Yang warna merah tu stock market market Malaysia, KLCI manakala yang warna kelabu tu 10-year government bond yield, atau bahasa mudahnya interest rate untuk 10-year government bond.

Nampak tak apa jadi dengan line merah? Yup, dia tengah downtrend semenjak tahun 2015. Bermaksud secara umumnya, kebanyakan pelabur tengah mengalami kerugian. Pada tahun lepas, kesemua TH, ASB dan EPF masih boleh memberikan dividen yang agak tinggi. Kenapa? Sebab Ringgit jatuh pada tahun 2015. Maka ini menjadikan pelaburan mereka di luar negara memberikan pulangan yang agak besar. Jadi mereka menjual aset-aset di luar negara tersebut, dan dijadikan pulangan dividen untuk sesi 2015.

Tapi tahun lepas? Ringgit ada sedikit mengukuh kemudian jatuh kembali, tapi pada paras yang lebih kurang sama dengan hujung 2015. Malahan kebanyakan aset luar negara yang ingin dilepaskan sudah dilepaskan. Stock market tempatan pula secara keseluruhan stagnant, hanya turun naik sedikit dengan secara keseluruhannya lebih banyak turun berbanding naik.

Jadi persolannya, dari mana ingin mereka berikan dividen setinggi 7-8% seperti pada zaman kegemilangan mereka?

Tak ada. Susah. Lebih susah lagi apabila sebahagian mereka tersekat dengan pelaburan yang sekarang ini sedang mengalam huge paper loss. Duit untuk melabur pun tersekat.

Strictly speaking peluang itu ada, apabila government bond mencecah harga yang sangat tinggi sebelum Trump menang, ketika itu kalau mereka menjual aset fixed income mereka, maka mereka boleh mendapat keuntungan yang agak besar. Malangnya tidak ada sesiapa yang menjangkakan harga bond akan jatuh menjunam selepas Trump menang, disebabkan fund outflow yang sangat besar, menjadikan kerugian paper loss yang dialami double daripada potential profit yang boleh diperolehi sebelum tu. Sangat banyak financial institution yang ternganga je lah tengok peluang yang terlepas.

Take Home Message

Maka take home message adalah, hakikatnya TH dan ASB melanggar hukum pelaburan. Mereka memberikan pulangan yang tinggi untuk pelaburan yang tiada risiko. Bersyukurlah selagi mana pulangan itu sudah lebih tinggi daripada fixed deposit di bank, sebab hakikatnya non-bumiputra kalau boleh dapat pulangan 4.25% tu, terkejar-kejar mereka akan meletakkan duit di dalamnya.

Dan satu lagi, sentiasalah beringat yang di dalam Islam, keuntungan yang dijamin itu sebenarnya tidak dibenarkan. Hanya riba yang menjanjikan keuntungan. Sebab tu sentiasalah berwaspada dengan sesiapa sahaja yang menjanjikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada ASB, tetapi dikatakan ianya tanpa risiko.



Kalau nak posisikan ASB dan TH di dalam risk-return graph tu, maka di situlah ASB dan TH. Terang-terang lari daripada hukum pelaburan.Tapi ianya boleh melanggar hukum pelaburan kerana ianya dijamin kerajaan, bukan kerana pelaburan mereka sendiri satu pelaburan yang ajaib.

Cuma ada satu yang merah kat atas tu. Yang menjanjikan keuntungan yang sangat besar tanpa sebarang risiko. Apa nama dia?

Nama dia Skim Cepat Miskin.

Jadi ingat, kalau jumpa je orang yang tawarkan pelaburan menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa sebarang risiko. Maka ingat bahawa itu adalah skim cepat miskin. Ianya tidak logik. Dan ingat juga pelaburan yang menjaminkan keuntungan di dalam Islam hanyalah riba.

Ada terjumpa orang komen nak belajar melabur sendiri selepas melihat hibah Tabung Haji yang rendah. Ini sesungguhnya sesuatu yang sangat bagus. Sebab bumiputra terlalu ramai yang buta pelaburan, dah semua orang bergantung kepada ASB dan TH. Sudah tiba masanya untuk kita keluar dari kepompong keselesaan dan mula mendalami ilmu pelaburan yang sebenar (bukan skim cepat kaya bertopengkan emas pimp whatever lah, forex, bitcoin, hotel dsb).

Ah ye. Kepada yang mengambil ASB loan dengan fixed rate 5%+. Sekadar peringatan mesra. Sesungguhnya langsung tak mustahil satu hari nanti dividen ASB juga turut mencecah 4%+

Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan itu ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka"

-Riwayat Abu Daud-

Monday 16 January 2017

Duit Kerajaan Tidak Jatuh dari Langit




Bayangkan, ada dua keluarga. Kedua-dua keluarga terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak seramai 4 orang yang masih bersekolah. Pendapatan isi rumah untuk keluarga A adalah RM10,000. Manakala pendapatan isi rumah untuk keluarga B pula RM8,000. Sebenarnya kedua-dua gaji keluarga adalah sama, sekadar keluarga A ada melabur di dalam business lokcing. Jadi mereka mempunyai pendapatan tambahan RM2,000 sebulan.

Keluarga A tinggal di kawasan bandar. Mereka membeli rumah RM 600,000 dengan membuat pinjaman Bank Islamic. Kereta mereka ada dua biji, dan mereka memastikan anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran sehingga sanggup berbelanja untuk tuisyen serta kelas-kelas programming dan robotik. Ini menjadikan simpanan mereka setiap bulan tak banyak. Ada la dalam RM1,000. Setiap setahun sekali, mereka akan melancong mengikut kemampuan kewangan mereka. Kadang kala dalam negara, sekali sekala luar negara.

Keluarga B pula tinggal di kawasan luar bandar. Mereka tidak membeli rumah manakala hanya menyewa rumah apartment dengan kos RM700 sebulan. Kereta mereka hanya ada satu, sebuah van second hand yang dibeli secara cash, jadi setiap hari si suami perlu menghantar anak-anaknya ke sekolah dan si isteri ke tempat kerja. Jadi awal-awal pagi lagi selepas subuh mereka sudah bertolak. Kadang kala kalau ada salah seorang yang terpaksa berkerja lambat, anak-anaknya akan menumpang di rumah jiran sehingga pukul 10 malam. Mereka tidak menghantar anaknya ke tuisyen. Kerana mereka ingin berjimat.  Ini menjadikan simpanan mereka setiap bulan mencecah RM5,000. Melancong ke luar negara tidak sesekali. Acara tahunan mereka adalah melancong ke PD untuk dua hari satu malam.

Jadi persoalannya, keluarga mana yang lebih bagus?

Kalau tanya orang bandar macam aku, maka mestilah jawapannya A. Tapi aku rasa pasti ada yang lain yang merasakan keluarga B lebih baik. Kerana mereka tidak berhutang dan mempunyai simpanan yang banyak. Perkara itu akhirnya bergantung kepada kecenderungan masing-masing.

Tapi kalau korang tanya budak-budak. Majoritinya akan jawab mereka suka berada dalam keluarga yang mana?

Keluarga yang duduk di rumah yang selesa, kereta yang selesa, boleh pergi kelas buat robot, dan selalu melancong. Atau keluarga yang duduk di rumah yang tidak selesa, kereta yang tidak selesa, hidup bersekolah yang leceh dan hanya melancong ke PD setiap tahun?

Majoritinya of course yang pertama. Sebab anak-anak mana peduli pasal mak bapak dapat duit dari mana dan saving banyak mana.

Sounds familiar?

Benda yang sama berlaku dengan kerajaan.

Rakyat majoritinya tak pernah fikir pun kerajaan dapat duit dari mana dan berapa yang perlu dibelanjakan untuk memenuhi kehendak rakyat. Yang penting, kita dapat apa yang kita nak.

Ke Mana Duit Kerajaan Pergi?



Ini adalah perbandingan perbelanjaan kerajaan yang sebenar di bawah operating expenditure (opex). Cuba tengok sekali lalu. Akan terang lagi bersuluh kos perbelanjaan kerajaan yang paling banyak meningkat adalah emoluments i.e. gaji pekerja kerajaan. Dari segi percentage pula, yang paling tinggi subsidi, kedua supplies and services dan yang ketiga gaji pekerja (2000-2015). 

Emoluments adalah gaji pekerja. Dari gaji guru, doktor, pensyarah dan juga para menteri dan MP (termasuk pihak pembangkang). Supplies and services, cakaplah apa saja dari kelengkapan sekolah, kepada mesin komputer dan printer pejabat. Subsidi? Merangkumi segala subsidi gula, minyak, dan BR1M.

Ramai yang kata "ohh, kalau pembangkang menang nanti pembaziran akan dapat dikurangkan!"

Well, ada tiga masalah di dalam statement tersebut:

1) Mengenali pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan projek kerajaan.... Seriously ianya tidak semudah tu untuk 'pembaziran' itu diatasi. Lebih-lebih lagi yang untuk projek bawah RM1 juta.

2) Yang membuat perkara tu kebanyakannya bukan orang politik pun. Kalaupun ianya jawatan yang melibatkan orang politik i.e. menteri dsb, apa jaminan pihak pembangkang tak buat benda yang sama? For all I know, the current records does not reflecting a totally clean Government by the opposition.

3) NOW di bawah Rafizi ada mengeluarkan indeks pembaziran kerajaan pada tahun lepas. Disregarding dia punya percentage sebab aku confuse dengan kaedah dia, nominal amount of wastage yang dia calculate hanyalah dalam RM__________ billion. Itu hanya bersamaan dengan ____% daripada jumlah perbelanjaan kerajaan. (sampai rumah nanti akan diedit. tapi aku tahu ianya sangat sikit sebab dah pernah kira)

Jadi... emm banyak ke? Tak. Walaupun ianya masih sangat berbaloi untuk diperjuangkan dan diperbaiki.

Mansuhkan GST dan Gantikan Dengan SST

Pihak pembangkang memang kekal dengan perjuangan ini. Iaitu untuk memansuhkan GST. Ada yang terus mansuhkan, ada pula yang gantikan dengan SST.

Sebelum tu sedikit kelas ringkas berkaitan percukaian. Cukai secara paling umumnya ada dua jenis, income tax dan consumption tax. Income tax ni cukai yang dikenakan di atas pendapatan, tidak kiralah yang mendapat gaji, atau yang membuat syarikat sendiri (walaupun ramai yang lari), dan juga pendapatan syarikat. Consumption tax pula, adalah cukai penggunaan, atau senang kata kita beli barang, kita kena cukai atas pembelian tersebut.

Mana yang bagus, mana yang tak? Bergantung

Secara umum, income tax dilihat sebagai 'progressive' manakala consumption tax dilihat sebagai 'regressive'. Kenapa? Sebab melalui income tax, orang kaya akan dicukai lebih banyak (malahan di Malaysia hanya lebih kurang 3.6% daripada seluruh penduduk Malaysia yang membayar income tax. Jadi sesiapa sahaja yang perlu membayar cukai tu, hooray! Anda adalah golongan top 5% di Malaysia, hah!)

Consumption tax pula secara umumnya dipandang sebagai 'regressive'. Sebab tidak kiralah anda kaya atau miskin, cukai tersebut masih dikenakan sebanyak 6%. Memandangkan orang miskin gajinya lebih sedikit, maka kesan cukai tersebut terhadap pendapatannya secara keseluruhan adalah besar. Ingat, tidak kiralah GST ataupun SST, hakikatnya kedua-duanya adalah consumption tax yang berbentuk 'regressive'. Sekadar GST ni kita nampak nilai bayarannya di resit pembelian, SST kita tak nampak sebab ianya dilakukan dari awal di tahap kilang.

Tetapi disebabkan itu jugalah di Malaysia ni kebanyakan barangan asas dikecualikan terus daripada GST. Demi mengelakkan kesan orang miskin yang paling terbeban dengan GST. Dengan cara ni, orang kaya yang lunch pun makan RM100 orang sekepala dan mereka yang suka hidup mewah yang paling banyak perlu membayar cukai. Walaupun kesan kenaikan harga barang itu masih wujud disebabkan kos-kos tidak langsung dan peniaga yang mengambil kesempatan.

Jadi Baguslah Kalau GST Dimansuhkan dan Digantikan Semula Dengan SST?

Falasi yang paling besar di dalam isu GST, adalah GST itu lebih membebankan rakyat berbanding SST.

Sebenarnya, ianya sangat bergantung kepada struktur ekonomi dan kadar cukai yang dikenakan.

Sekadar manfaat utama struktur percukaian GST, adalah jauh lebih susah untuk syarikat lari daripada membayar cukai. Kerana jika mereka tidak membayar GST, maka mereka tidak boleh mendapat semula tax refund yang diberikan. Malahan jika client mereka ramai pula yang membayar GST, maka pihak kastam akan mempunyai cara untuk trace back berapa hasil jualan syarikat mereka dan menangkap mereka kerana tidak membayar GST.

Dan of course, isu utama dengan GST adalah kenaikan harga barang. Ya, memang semua orang menaikkan harga barang selepas GST. Makcik jual kuih yang patutnya semua bahannya dikecualikan GST juga menaikkan harga dengan menggunakan GST sebagai alasan.

Cuma persoalannya. Sepertimana harga minyak turun peniaga buat bodoh tak faham tak kurangkan harga. Korang ingat dengan pemansuhan GST diorang akan kurangkan harga?

Takdenya...

Mencadangkan pemansuhan GST untuk digantikan semula dengan SST adalah satu langkah ke belakang dalam pengurusan ekonomi negara.

Kerajaan Tak Ada Hak Untuk Memaksa Rakyat Membayar Cukai!(?)

Boleh kerajaan berhenti mencukai rakyat. Cuma lepas ni tiada lagi pendidikan yang murah, tiada lagi klinik dan hospital kerajaan. Tiada lagi segala jenis subsidi.

Kos pendidikan di sekolah swasta zaman sekarang sebulan paling murah dalam RM250, jadi kalau 4 orang anak cuma dalam RM1,000 sebulan. Kalau demam klinik swasta ada lah dalam RM70-100. Sakit serius sikit tak banyak, dalam RM350 sekali pergi. Operation kecik-kecik ada la dalam RM4,000 macam tu.

Kalau dirasakan semua tu lebih berbaloi dariada membayar income tax dan GST. Silakan untuk perjuangkan memansuhkan cukai.

Sebab pendapatan kerajaan majoritinya masih lagi daripada cukai. Dan cukai memang tujuannya untuk 'redistribute welfare' dari orang kaya kepada orang miskin. Duit kerajaan tidak jatuh dari langit.

Rakyat Tidak Jauh Beza Seperti Anak-Anak

Berbalik kepada keluarga A dan B. Majoriti kita macam anak-anak. Kita ingin meminta itu ini daripada 'ibu bapa' kita tanpa peduli dari mana mereka perlu mendapat duit untuk memenuhi keinginan kita. Dan of course, ibu bapa yang baik itu adalah yang memberikan yang terbaik untuk anaknya. Bukan mengabaikan kemaslahatan anaknya demi memastikan mempunyai lebihan wang yang banyak setiap tahun i.e. budget surplus. Dengan kata lain, ingin mendapatkan 'budget surplus' itu adalah mudah. Tetapi ianya tidaklah bermaksud ianya bagus untuk rakyat.

Walaubagaimanapun, 'ibu bapa' yang banyak berhutang sehingga anak-anaknya perlu menanggung beban hutang tersebut di masa hadapan adalah lebih teruk lagi. Apatah lagi kalau hutang tersebut adalah untuk keseronokan sendiri sedangkan anak-anak terabai di rumah.

Friday 16 December 2016

Paradoks Bersedekah: Adakah Betul Kita Membantu?


Jika sesiapa yang pernah pergi ke Mekah, pasti perasan di situ sangat ramai anak-anak yang cacat meminta sedekah. Ramainya itu sungguh luar biasa, cacatnya juga sangat unik sehingga pelik, jarang atau tak penah pun ku lihat cacat sebegitu di luar tanah suci Mekah.

Realiti di sebalik perkara ini ada diceritakan di sebuah novel berjudul Lorong Midaq, yang menceritakan bagaimana hakikatnya anak-anak ini dicacatkan dari kecil lagi untuk menjadikan mereka peminta sedekah kepada sindiket-sindiket tertentu. Di mana ada demand, di situ ada supply. Demand di sini adalah demand untuk bersedekah. Dan supply di sini adalah supply untuk 'menyediakan individu' untuk menerima sedekah.

Paradoks.

Namun perkara ini tidak terhad pada tanah suci Mekah. Pernah tak nampak anak-anak kecil meminta sedekah di kedai-kedai makan? Atau iklan untuk berkorban dan bersedekah di Myanmar? Kalau lebih kontroversi lagi seruan untuk menolong golongan gelandangan di Kuala Lumpur dan juga maahad tahfiz di Bangi yang meminta derma di Warta sehinggalah lorong-lorong menjual makanan di Kuala Lumpur.

Persamaannya? Sedekah kita itu menjadi satu 'pendapatan' kepada mereka.



Di Dalam Ekonomi, Kesusahan Itu Adalah Sesuatu yang Bagus

Ketika aku di Public Bank dahulu, amoi-amoi di situ selalu berkongsi cerita yang dikongsikan oleh ibu bapa mereka. Iaitu ketika dahulu, mereka (kaum Cina) selalu bertanyakan sesama sendiri, "hari ini sudah makan?". Kerana maklum pada masa awal-awal kemerdekaan, keistimewaan yang banyak diberikan kepada kaum bumiputra, dan bukan bumiputra pula sebenarnya masih ramai yang susah.

Namun kini, fakta menunjukkan bahawa secara purata kaum Cina adalah kaum paling kaya di Malaysia. Kerana dahulu mereka mengalami kesusahan untuk 'survive'

Perkara yang sama berlaku dengan golongan 'baby boomer' di US. Disebabkan jumlah mereka yang mendadak, kemungkinan besar ramai di antara mereka mengalami kesusahan di dalam mendapatkan pekerjaan dahulu. Kesannya ramai yang memulakan perniagaan sendiri dan kini generasi itulah yang menguasai sebahagian besar kekayaan di US iaitu sebanyak 70%, walaupun mereka hanya 44% daripada populasi US secara keseluruhannya.

(perkara yang sama boleh diperhatikan pada generasi Gen-Y di Malaysia sekarang, banyak start-up yang muncul disebabkan susahnya untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan peluang pekerjaan yang terhad)

Rakyat Malaysia yang Suka Bersedekah

Bayangkan kalau kita tidak perlu berkerja setiap hari, dan masih mendapat makanan yang mengenyangkan perut kita setiap hari. Malahan dari semasa ke semasa kita mendapat pakaian, selimut dan segala barang keperluan yang lain. Adakah kita masih akan berkerja?

Sebahagian ya, sebahagian lagi tak.

Yang tidak inilah yang bermasalah.

Aku mendapat berita bahawa kenapa mereka di Myanmar masih tidak maju-maju walaupun sudah bertahun-tahun rakyat Malaysia memberikan bantuan kepada mereka, kerana ianya sudah menjadi kebiasaan untuk mereka mengharapkan bantuan daripada Malaysia. Rakyat Malaysia kan baik-baik, banyak duit, suka bersedekah.

Tidak perlulah diceritakan lagi, perkara yang sama terjadi kepada sebahagian maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Mereka sangat mengalu-alukan dermawan, mendapat jemputan yang sangat banyak setiap kali musim perayaan. Namun hakikatnya sebahagian besar pelajar di sekolah tersebut bukanlah anak yatim pun. Malahan sistem pembelajaran berterabur sehinggakan budak yang pandai sekalipun akan menjadi ketinggalan jika terus belajar di sekolah itu. Adakah itu betul-betul 'membantu' anak-anak yatim ini? (ini kisah sebenar yang diketahui penulis, tapi identiti tidak akan didedahkan)

Sedar tidak sedar, golongan gelandangan juga semakin bertambah semenjak bercambahnya golongan-golongan NGO yang memberikan bantuan makanan kepada gelandangan. Baru beberapa minggu lepas, budak yang disangkakan hilang mengakui berasa selesa lari dari rumah dan menjadi gelandangan kerana makanan itu boleh diperolehi setiap hari. Bantuan yang diberikan dengan niat untuk membantu gelandangan akhirnya menjadi punca kenapa semakin ramai gelandangan di bandar. Ada sebabnya kenapa DBKL dahulu menghalang daripada memberi makan kepada gelandangan.

Kerana rakyat Malaysia terlalu suka bersedekah.

Paradoks.

Berikan Pancing, Bukannya Ikan

Kita terlalu biasa memberikan ikan, berbanding memberikan pancing. Islam itu menggalakkan bersedekah, itu tidak dinafikan. Tetapi pada masa sama Islam itu tidak menggalakkan meminta-minta. Ianya bermasalah apabila satu pihak suka bersedekah, tetapi satu lagi tidak mendengar panggilan Islam dan masih suka meminta-minta.

Ianya seperti seorang kawan yang suka belanja kawannya, dan seorang lagi kawan tidak suka membelanja tapi suka dibelanja. Ada sesuatu yang serong di dalam perhubungan dua orang kawan tersebut.

Disebabkan itu, kita sepatutnya memberikan pancing kepada mereka yang susah. Bukannya memberikan ikan. Jika boleh memberikan tanah untuk diusahakan, maka kita berikan tanah. Jika boleh berikan mesin jahit untuk menjahit, maka kita berikan mesin jahit. Jika kita boleh berkerjasama untuk memasak dan mengedarkan makanan, kenapa tidak berkerjasama mencari peluang pekerjaan untuk mereka.

Maahad tahfiz dan sekolah-sekolah anak yatim juga sepatutnya mempunyai sumber pendapatan mereka sendiri. Bukan mengharapkan derma untuk terus hidup.

Malangnya, Golongan Pemalas dan Pendek Akal Itu Masih Wujud

Hakikatnya apa yang aku cadangkan sudah lama dibuat oleh kerajaan. Seperti bantuan-bantuan yang diberikan kepada orang kampung. Tetapi bila diberikan mesin jahit, mesin itu dibiarkan dan ada yang dijual. Diberikan lembu, pagi ambil, petang dah jual. Diberikan tanah untuk diusahakan. Tanah itu dibiarkan. Diberikan duit untuk menternak lembu, duit itu digunakan untuk membeli kondo.

Jadi nasihat aku, kalau ingin bersedekah, bersedekahlah pada tempatnya dengan cara yang betul-betul membantu dalam jangka masa panjang. Jangan sedekah kita itu akhirnya mendatangkan keburukan yang lebih besar kepada anak cucu individu tersebut, iaitu bantuan kita itu menjadikan keturunan mereka terus memilih untuk menjadi miskin turun temurun.

Monday 12 December 2016

Gelandangan Meningkat: Masalah Pekerjaan atau Harga Rumah?


Tiba-tiba rasa nak merapu pasal ekonomi, ternampak artikel lama berkaitan isu gelandangan, jadi terus rasa nak bagi pendapat

Artikel tersebut memberitahu bahawa bilangan gelandangan (homeless) di Malaysia meningkat dari 600 orang kepada 2,000 orang dalam masa 3 tahun


2 persoalan, apa puncanya dan wujudkah jalan penyelesaian?

Di dalam artikel tersebut, gelandangan-gelandangan ini menyuarakan sebab-sebab seperti lari daripada along, atau disebabkan tabiat berjudi sebagai punca kenapa.mereka menjadi homeless

Kalau tanya aku, tak. Itu hanya punca kenapa diorang meninggalkan rumah mereka yang lama. Bukan kenapa mereka tidak mempunyai rumah lain untuk berlindung dan terus menjadi homeless lepas beberapa tahun

Yes, the key issue adalah kenapa diorang tak mampu mendapatkan rumah lain?

Peluang Pekerjaan

Ada hari tu aku menyertai satu roundtable discussion untuk membincangkan masalah pekerja asing di Malaysia yang dianjurkan oleh satu kementerian. Of course kebanyakan mereka menyatakan antara puncanya adalah kerana rakyat Malaysia tidak sanggup untuk mengambil kerja-kerja 3D (dirty, dangerous and difficult)

Tapi cuba tanya diri sendiri, rasa-rasanya, kalaulah aku dan kau memang langsung tak ada kerja sampai tak ada rumah. Sanggup tak ambil kerja yang ditawarkan walaupun ianya 3D dan hanya dibayar gaji minima? Of course. Apatah lagi sebahagian tu siap menawarkan tempat tinggal.

Jadi kenapa tak berlaku?

Pertama sebab ada satu sistem yang sangat tersusun untuk menghubungkan demand and supply syarikat Malaysia dengan pekerja asing dari luar. Sebaliknya langsung tak ada sistem untuk menghubungkan dengan orang yang mencari pekerja di dalam Malaysia.

Ada ke satu tempat yang homeless2 tidak berkalayakan akademik ni boleh pergi untuk dapatkan kerja? Well aku tak pernah dengar. Ianya sangat ironi sebenarnya.

Kedua, iaitu kenapa sebab yang pertama tu tak berlaku, adalah disebabkan pekerja asing itu lebih berdisiplin. Ada badan yang memang dah melatih orang-orang muda untuk kerja teknikal. Dapat kerja, beberapa bulan lepas tu lekerja tu lari. Walaupun tak semua macam tu, tapi hakikatnya ianya menjadikan local employees skeptikal dengan pekerja tempatan.

Tapi kalau korang dapat RM1,000 sebulan pun (gaji minima), mampu tak untuk mendapatkan rumah sendiri kat KL? Of course tak mampu. Disebabkan punca kedua yang lebih utama

Harga rumah yang tinggi

Aku suka dengar golongan-golongan bumiputra yang kata diorang membeli rumah banyak-banyak disebabkan kalau tak nanti non-bumiputra yang akan mengaut rumah-rumah tersebut. Macam terfikir kalau begitu 'mulia' sebab korang, maka berikanlah rumah-rumah tersebut kepada bumiputra yang memerlukan. Bagi sewa murah tapi ramai-ramai, sekadar cukup untuk membayar bayaran bulanan kepada bank, okay kan?

Nope, tak okay dan kemungkinan besar ramai yang akan membahan aku. Sebab deep inside hakikatnya diorang buat semua tu untuk duit, bumiputra atau whatever bullshit tu sekadar topeng nak mengindahkan perbuatan diorang

Yes, harga rumah yang tinggi. Hakikatnya sejak US melalukan QE, lambakan cheap fund ke dalam Msia menjadikan bank mampu untuk mengurangkan interest mereka (jelas daripads historical data), digabungkan dengan cukai RPGT yang dimansuhkan pada zaman Pak Lah dan fenomena buku Rich Dad, Poor Dad, maka permintaan rumah untuk speculators / investors menaik mendadak.

Ingat kebetulan ke isu gelandangan menjadi hangat sejak tahun 2010 ke atas

Sistem membina dan membeli rumah di Malaysia

Malangnya sistem membina rumah di Malaysia tidak mampu untuk menampung permintaan yang mendadak tersebut. Sekaligus menjadikan demand jauh melebihi supply, dan lantas berlakulah 'bubble' di dalam industri perumahan. Ada ' di situ. Kerana bubble tersebut kemungkinan besar tidak akan 'burst'. Hanya akan keluar angin sikit-sikit je.

Berapa lama tempoh untuk membeli rumah subsale di Malaysia?

Paling cepat 6 bulan. Lambat boleh jadi sampai 1 tahun setengah. Berapa lama untuk rumah baru siap? Dalam 2-3 tahun. Itu kalau developer tu tak ada masalah lain. Jadi supply kat dalam sektor perumahan ni mengalami 'lag' yang sangat lama. Mencecah 2-3 tahun. Jadi dalam tempoh sebegitu, harga akan naik sangat mendadak apabila demand naik mendadak (disebabkan investor / speculator, dan juga generation boom), yang sekaligus lmenggalakkan lebih ramai speculators.

Berapa lama tempoh jual beli di negara jiran? 10 minggu. Berapa lama untuk satu projek perumahan siap? Ada yang hanya dalam 6 bulan. Jadi masalahnya apa? Sistem

Yup, sistem.

Kurangkan regulation dalam membina dan membeli rumah. Yang mana boleh computerise, jadikannya digital. Yang mana boleh outsource atau privatise, jadikannya private. Daripada spend berbillion-billion untuk PR1MA dll lebih baiklah wujudkan sistem membina dan membeli rumah yang jauh lebih effisien. Ketahuilah kerajaan memang selama-lamanya tidak akan mampu menampung permintaan memiliki rumah yang tinggi. Segala projek-projek mampu milik ni tak kiralah kerajaan persekutuan atau negeri sekadar macam topeng politik je... yang ditawarkan berapa ribu unit, yang beratur nak memilikinya berapa ratus ribu....

Aku sangat setuju dengan tindakan kerajaan untuk menaikkan semula RPGT. It was a very stupid move to abolish it in the first place. Tapi pada masa sama, kita memerlukan sistem jual beli dan membina rumah yang lebih optimum untuk memastikan supply memenuhi demand dan pada masa sama. Dan itu jalan ke arah masyarakat yang memiliki rumah sepatutnya

Dan pada masa sama, ketatkan lagi syarat-syarat pemilikian rumah ketiga dan ke atas. Jadikan cukai pintu tu kena bayar dengan melampau kepada mereka ini. Itu punca kenapa ramai masih tidak mempunyai rumah di negar-negara maju, kerana income inequality itu akhirnya membawa kepada wealth inequality, dan yang semakin lama samkin teruk. Di London tu bilangan homeless tersangat ramai. Bukan sebab diorang tak ada kerja dan kerajaan tak tolong. Tapi sebab harga rumah yang ridiculous.

Adakah 'bubble burst' untuk rumah akan berlaku?

Tanya diri sendiri. Kalau harga rumah jatuh, adakah korang akan nak membeli rumah walaupun korang sudah memiliki rumah?

Ye kan. Maksudnya tak, takkan jatuh. Kalau jatuh pun hanya sedikit. Sebab ada ramai yang tengah beratur dari beberapa tahun lepas untuk beli lepas harga rumah jatuh. Memang takkan jatuh la jawabnya. Limit kejatuhan adalah hingga pada tahap harga 2012. Haa pandai-pandailah buat anggaran

Wallahualam

p/s: post ini ditulis ketika mandi. Jadi tidak ada sebarang chart atau fakta yang boleh dimasukkan

Monday 5 December 2016

Selangor yang Sentiasa Surplus, Malaysia yang Sentiasa Defisit


Seperti saya dan kamu, kerajaan juga mempunyai pendapatan dan perbelanjaan. Sekadar bezanya pendapatannya majoriti diperolehi daripada cukai berbanding mendapatkan pendapatan sendiri. Jika ada yang bertanya kenapa kerajaan tidak mendapatkan duit sendiri dengan berniaga dengan negara luar, jawapannya tugas kerajaan adalah mengurus dan mentadbir negara. Bukan jadi businessman. Kalau orang kerajaan jadi businessman, maka pegawai kerajaan akan mendapat berbillion ringgit hasil daripada 'derma' dan 'jawatan' yang disandang. Di samping jangan harap ada private sector yang akan bersaing dengan kerajaan.

Sejak beberapa tahun ini, kerajaan persekutuan sangat memberi penekanan yang tinggi terhadap tahap hutang negara. Atas dua faktor. Pertama isu ni sangat dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Kedua, jika hutang kita terus meningkat, 'credit rating' Malaysia akan diturunkan, menjadikan kos untuk kerajaan membuat pinjaman semakin meningkat - which is bad.

Untuk pengetahuan, hutang kerajaan kita mengikut data terkini adalah sebanyak RM643.6 billion (lebih kurang 53% daripada GDP). Fiscal deficit kita adalah sebanyak 3.2% daripada GDP pada tahun lepas.



Adakah Malaysia Akan Bankrap?

Walaupun RM643.6 billion itu kelihatan banyak, tetapi realitinya Malaysia masih teramat jauh daripada 'bankrap'. Untuk individu, kita hanya akan diiktirafkan sebagai bankrap di saat kita tidak lagi mampu untuk membayar komitmen hutang kita. Perkara yang sama untuk kerajaan. Untuk mengelak daripada 'bankrap', maka kerajaan hanya perlu memastikan yang mereka mampu untuk membayar komitmen hutang mereka. Dan buat masa ini, pendapatan negara masih jauh mencukupi untuk menunaikan tanggunjawab hutang tersebut.

Anggaran perbelanjaan bayaran hutang kerajaan adalah dalam lebih kurang RM25-30 billion setahun, buat masa ini. Jumlah pendapatan pula dalam lingkungan RM210-220 billion setahun.

Adakah sebarang usaha oleh kerajaan untuk mengurangkan hutang tersebut?

Yes and No. Buat masa ini, fokus yang lebih utama sedang diberikan kepada mengurangkan fiscal deficit negara, bukan untuk mengurangkan hutang tersebut secara keseluruhan. Sasaran pada tahun ini adalah kita hanya mengalami defisit sebanyak RM38 billion, atau bersamaan 3.1% daripada GDP. Apa yang disasarkan, adalah untuk Malaysia mencapai 'balanced budget' i.e. tidak mempunyai defisit pada tahun 2020. Apabila apa yang disasarkan adalah untuk mencapai 'balanced budget', sekaligus turut bermaksud kerajaan buat masa ini tidak mempunyai sasaran untuk mengurangkan jumlah hutang negara tersebut.

Penting ke 'balanced budget'?

Yes and No. Bagi aku, apa yang penting adalah 'balanced budget' in the long run, dan bukannya sentiasa balanced sepanjang masa, apatah lagi secara spesifik 'balanced' pada tahun 2020. Ini kerana kerajaan itu perlu bersifat 'counter cyclical'. Iaitu di saat ekonomi kuat, maka kerajaan perlu mempunyai budget surplus (pendapatan > perbelanjaan). Tapi di saat ekonomi perlahan pula, kerajaan perlu mempunyai budget deficit (pendapatan < perbelanjaan), bertujuan untuk membantu rakyat yang ditekan oleh keadaan ekonomi yang tidak membantu ---> sekaligus turut membantu ekonomi untuk bangkit kembali.

Bagus atau tidak jika kita mengalami 'budget surplus' sentiasa, selama-lamanya?

Ianya seperti kita mempunyai duit simpanan, tetapi duit itu tidak digunakan untuk selama-lamanya. Adakah bagus? Tidak.

Bayangkan jika kerajaan mempunyai lebihan RM1 billion pada tahun ini, yang mana semakin banyak business yang tutup dan rakyat yang dibuang kerja. Berbanding disimpan begitu sahaja, lebih baik duit itu diberikan sebagai bantuan / pinjaman kepada rakyat yang ingin memulakan perniagaan sendiri, atau sebagai latihan kepada para graduan untuk mengharungi dunia pekerjaan sebenar. Atau menambah baik sistem pengangkutan awam. Dan sewaktu dengannya.

Kerana duit kerajaan hakikatnya adalah duit rakyat. Jika tidak digunakan untuk perbelanjaan rakyat, maka akan digunakan untuk apa?

Namun ketika ekonomi tengah sihat walafiat, semua orang sedang berkerja dan gaji meningkat dengan sihat. Maka di saat itu kerajaan wajar mengalami fiscal surplus dan menyimpan, sebagai tabung simpanan di saat ekonomi memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Net-net, strategi itu akan menjadikan kerajaan mempunyai simpanan ketika ekonomi baik, dan menggunakan simpanan tersebut semasa ekonomi sedang sakit. Maka dalam jangka masa panjang, kita akan memperolehi 'balanced budget'. Itulah strategi yang betul.

Selangor yang sentiasa Surplus

Apa yang menarik adalah, pada tahun 2009, rizab (duit simpanan) negeri Selangor hanya RM696 juta. Tetapi kini sudah meningkat ke tahap RM3.95 billion. Ramai yang kagum dengan negeri Selangor, kerana ianya seolah-olah menggambarkan tahap pengurusan kerajaan negeri tersebut yang baik.

Namun rakyat kena ingat, kayu ukur 'pengurusan yang baik' sepatutnya bukan dari segi berapa banyak simpanan yang dibuat oleh kerajaan. Ianya sepatutnya diukur dengan berapa banyak kebajikan rakyat yang sudah disokong, berapa banyak jalan berlubang yang sudah dibaik pulih, berapa banyak pembangunan yang sudah dilakukan. Dan paling penting sekali, berapa ramai orang miskin yang kini sudah mampu menampung kos sara hidup sendiri.

Di saat sekarang yang mana ramai business ditutup, peluang pekerjaan yang sangat terhad dan turut ramai yang dibuang kerja. Inilah masanya untuk kerajaan berbelanja, memberi pancing kepada mereka yang tidak mempunyai pancing. Mengajar memancing kepada mereka yang tidak reti memancing. Bukan memberikan ikan, apatah lagi untuk ditayang duit simpanan yang banyak.

Apabila Ekonomi itu Dipolitikkan

Tetapi ianya tidak berlaku. Kerana bagi rakyat marhaen, yang baik itu adalah kerajaan mempunyai duit lebihan. Semuanya gara-gara mereka menyaksikan sebahagian ahli politik yang menjadi kaya raya dengan rasuah, sedangkan subsidi untuk rakyat diambil, hutang negara meningkat.

Sebenarnya nak mendapat surplus itu mudah. Sangat mudah. Hentikan segala projek pembangunan. Tak perlu buat lebuhraya itu ini. Tak perlu berikan bantuan kepada usahawan. Tak perlu berikan BR1M. Tak perlu buat hospital dan sekolah baru. Yelah, kalau kita boleh hidup tanpa sekolah yang masih belum wujud tu sekarang, kenapa kita perlukan sekolah tu diwujudkan? (ini adalah sindiran). Serius, untuk mendapat surplus itu langsung tidak susah, malahan jauh lebih mudah daripada ingin menghabiskan duit.

Tapi yang susah itu adalah untuk menggunakan duit itu secara 'efficient' dan pada tempatnya. Itu yang susah. Dan  itu jugalah yang buat masa ini, tidak terbukti pun mana-mana kerajaan sekarang berjaya melakukannya dengan baik, tidak kiralah pihak parti politik yang mana satu pun. Ura-ura rasuah itu selalu didengar. Kerajaan membayar lebih mahal daripada yang sepatutnya itu perkara biasa (walaupun tidak melibatkan rasuah). Dan surat sokongan itu masih lagi menjadi amalan.

Apa yang paling dirisaukan. Adalah kalau tiba-tiba duit simpanan beberapa tahun itu habis pada tahun pilihanraya diadakan.

Kita perlukan rakyat yang memahami ekonomi untuk memastikan kerajaan yang berlandaskan 'demokrasi' ini melakukan apa yang betul untuk ekonomi. Kerana akhirnya, kerajaan 'demokrasi' akan melakukan apa yang diperlukan untuk mengaut undi, maka permintaan polisi yang salah oleh rakyat akan membawa kepada pelaksanaan polisi yang mengarut oleh kerajaan.

Wednesday 23 November 2016

Kaedah Membangunkan Sebuah Kampung


Jika diperhatikan pemikiran IMF, World Bank dan sewaktu dengannya, mereka akan mengatakan bahawa ciri-ciri negara maju itu boleh dilihat pada services sector negara tersebut. Seolah-olah jalan ke arah 'kemajuan' itu adalah terletak pada services sector.

Apabila bercakap berkaitan 'kemajuan', maka majoriti orang akan membayangkan kereta terbang, internet yang laju, smartphone dan juga bangunan-bangunan yang lawa. Semua itu bukanlah di dalam defini 'services sector' yang merangkumi pelancongan, perhotelan, restoran, housekeeping dan sewaktu dengannya.

Jadi kenapa IMF, World Bank dan sewaktu dengannya mengalami satu 'delusion' berkaitan kepentingan 'services sector' di dalam menjadi sebuah negara maju? Yup, aku dengan sukahatinya mengatakan diorang delusion. Sebab memang benda tak logik.

Antara Ciri dan Punca

Jika dibandingkan antara Malaysia dan United Kingdom, jujurnya aku merasakan kedua-duanya tidak jauh berbeza dari segi services sector. Kedua-duanya mempunyai kedai makan di mana-mana (malahan rasanya Malaysia lagi banyak). Kedua-duanya mempunyai kedai gunting rambut (sekali lagi, pilihan di Malaysia lagi banyak) dan kedua-duanya mempunyai hospital dan universiti. Sekadar satu je perbezaan yang besar antara services sector Malaysia dan UK

Services sector UK sangat teramat jauh lebih mahal. Maka sebab itulah services sector mereka 'menyumbang' lebih banyak pendapatan kepada negara - sekaligus dilihat sebagai 'ciri negara maju'.

Dengan kata lain, untuk menjadi negara maju, harga-harga perkhidmatan di dalam services sector mestilah naik mendadak. Gunting rambut kena naik RM20-40. Makan di luar average kenalah RM50 seorang. Melancong kenalah mark-up seorang untung sekurang-kurangnya RM1,000.

Itulah 'ciri-ciri' negara maju.

Tapi itu bukan 'punca' untuk sesuatu negara menjadi 'maju'.

Membangunkan Sebuah Kampung



Untuk memahami kenapa negara maju mempunyai ciri seperti services sector yang mahal, cuba kita bayangkan sebuah kampung M yang pada asalnya para pekerjanya hanya membuat kerja-kerja kampung. Pada masa itu hanya ada satu 'services sector' sahaja di kampung itu, iaitu tukang urut, namanya Nek Pah. Nek Pah ni charge dia murah je, dalam RM10 sekali urut. Yelah, orang kampung mana mampu nak bayar mahal-mahal. Namun para penduduk di kampung itu amat mementingkan pendidikan, maka hasilnya ramailah anak-anak muda yang berpendidikan lahir dari kampung itu. 

Suatu hari, anak-anak muda di kampung itu membuat keputusan untuk membangunkan kampung tersebut. Maka mereka membina sebuah kilang pemprosesan makanan di kampung itu, hasil daripada pinjaman yang dilakukan dengan bank dan bantuan oleh kerajaan. Bermula dari saat itu, ramailah orang kampung yang mula berkerja makan gaji. Namun sudah tentulah orang-orang kampung itu tidak akan mampu untuk membeli semua makanan yang diproses di kilang itu. Maka majoriti daripada hasil kilang tersebut dieksport ke bandar-bandar yang lebih besar.

Hasilnya, kilang tersebut berjaya mendapat keuntungan yang tinggi, dan mampu untuk membayar gaji yang lebih tinggi kepada para pekerja kilang tersebut. Kalau dahulu pendapatan purata kampung tersebut RM500 hasil daripada menoreh getah, kini sudah menjadi RM1,600 sebulan. Mereka yang berpendidikan tinggi dan memegang jawatan penting lagilah, gaji mencecah RM4,000-6,000 sebulan. 

Nek Pah, walaupun masih terus menjadi tukang urut, tapi dia tidak bodoh. Semakin tinggi gaji pekerja kilang tersebut, bayaran untuk perkhidmatannya juga turut bertambah. Jika dulu hanya RM10 sekali urut, sekarang sudah menjadi RM50. Orang kampung masih mampu, sebab disposable income minus minimum cost of living dah bertambah. Jika dulu kais pagi makan pagi. Sekarang lepas makan kenyang terlentang pun mereka  masih ada lebihan RM1,000. Apalah sangat RM50 untuk urut sekali sebulan.

Bukan saja upah urut sudah bertambah, demand juga turut meningkat! Jika dulu adalah seorang dua dalam sehari. Sekarang weekdays dalam 3-4 pelanggan. Weekend lagilah, penuh! Mencecah 15-20 orang.

Maka pendapatan Nek Pah? Minimum RM9,300 sebulan! Damn itu lagi tinggi daripada golongan-golongan atasan di kilang yang susah-susah pergi universiti.

Akhirnya, pekerja-pekerja kilang mendengar kisah gaji Nek Pah. Ramai antara mereka membuat keputusan untuk 'berkerja sendiri'. Ada yang membuka restoran, ada yang membuka kedai runcit. Ada yang menjadi penceranah bebas. Ada yang mengajar orang lain cara untuk memulakan bisnes sendiri. Majoriti mereka di dalam services sector. Kerana ianya satu sektor yang tidak perlukan ilmu yang khusus, boleh belajar sendiri melalui buku, pengalaman atau kursus-kursus pendek.

Kesannya? Gaji keseluruhan kampung tersebut mula meningkat. Satu demi satu orang kaya mula muncul. Mereka ini melabur di sana sini di kampung tersebut, mewujudkan peluang pekerjaan sekaligus membangunkan kampung tersebut. Perlahan-perlahan, kampung tersebut tidak lagi bergelar kampung. Tetapi menjadi sebuah bandar yang gah. Kilang awal-awal tadi sudah menjadi multinational corporation.

Manakala keturunan Nek Pah ada yang masih terus menjadi tukang urut, tetapi bukan tukang urut biasa, tetapi tukang urut yang boleh merawat segala penyakit termasuk kanser, dengan charge RM3,000 sekali urut. Mereka juga turut menjual pelbagai jenis kosmetik dan minyak urut, dan mempunyai ejen di seluruh negara. Walaupun tidak ada seorang pun keturunan mereka yang mempunyai degree universiti. Tetapi mereka kaya, maka ramai orang merasakan mestilah mereka itu betul.

Itulah cara membangunkan sebuah kampung. Juga menjawab paradoks bagaimana services sector yang 'besar' dilihat sebagai 'ciri-ciri' kepada sebuah negara yang maju.

Soalan Kuiz Ekonomi


Maka bagi para pembaca, apakah caranya untuk membangunkan sebuah 'kampung'?

A) Pendidikan
B) Pinjaman Bank
C) Bantuan Kerajaan
D) Eksport
E) Naikkan harga services sector
F) Berniaga sendiri (walau menipu sekalipun)

Monday 21 November 2016

Ringgit dan NDF Market


Kebelakangan ni Ringgit jatuh secara berterusan, tak kiralah against USD atau mana-mana currency

Punca Kejatuhan Ringgit

Ianya bermula atas 3 faktor:
1) risiko ke atas ekonomi Malaysia kalau Trump melakukan protectionism policy
2) expectation terhadap US Fed rate hike semakin tinggi
3) risiko harga minyak semakin jatuh jika OPEC gagal mencapai persetujuan hujung bulan ni dan oversupply yang lebih tinggi jika Trump mengurangkan regulation untuk industri oil and gas selepas ini

Entah kenapa Ringgit sentiasa jauh lebih volatile berbanding currency lain semenjak Ogos tahun lepas apabila isu 1MDB menjadi hangat. Perkara yang sama boleh diperhatikan setiap kali expectation terhadap Fed rate hike berubah, apabila jangkaan terhadap Fed akan naikkan rate pada hujung tahun lepas meningkat, Ringgit jatuh teruk. Apabila jangkaan merosot awal tahun 2016, Ringgit naik sehingga mencecah RM3.90/USD dan apabila jangkaan akan menaikkan fed funds rate meningkat kembali, Ringgit naik sehingga RM4.20/USD dan sekarang RM4.43/USD semenjak kemenangan Trump.

Sekarang ini, BNM melakukan sekatan terhadap offshore non-deliverable forward (NDF) transaction yang dilakukan di Singapore dan Hong Kong. Kerana BNM berpendapat NDF offshore market antara penyumbang kepada kejatuhan Ringgit yang mendadak.  Selama ni foreign bank menggunakan offshore NDF sebagai kaedah hedge untuk investment diorang dekat Malaysia. Supaya diorang tak perlu risau dengan sebarang currency movement membenarkan mereka untuk fokus pada pelaburan mereka.

Hedge adalah istilah di dalam financial market untuk mengurangkan risiko di dalam pelaburan tersebut. Sebagai contohnya, kalau kita adalah stock market investor, maka kita akan ingin fokus kepada performance stock tersebut. Tetapi untuk foreign investor yang melabur di Malaysia, mereka akan terdedah kepada stock dan juga Ringgit currency punya movement. Jadi mereka akan mengambil langkah untuk hedge terhadap currency movement tersebut, dan cara yang paling biasa dilakukan adalah melalui NDF offshore market.

Mereka dari awal akan 'lock' harga Ringgit contohnya pada 1 tahun akan datang di dalam NDF offshore. Kemudian mereka masuk untuk melabur di dalam Malaysia. Selepas setahun, bila diorang nak keluarkan investment daripada Malaysia, kalau Ringgit jatuh maka mereka akan rugi pelaburan Ringgit di Malaysia, tetapi untung di NDF market (memandangkan harga diorang lock tu lagi tinggi berbanding harga jatuh). Jadi net-net, perubahan Ringgit tidak mendatangkan kesan terhadap pelaburan mereka, menjadikan untung dan rugi hanya akan ditentukan oleh performance stock yang diorang beli di Malaysia.

Tetapi pada masa yang sama, offshore NDF itu juga sangat open kepada speculation, menjadikan walaupun investor tak boleh short Ringgit onshore (dalam negara), diorang masih boleh short NDF offshore, dan biasanya Ringgit opening for the day akan dipengaruhi harga NDF offshore memandangkan market NDF offshore adalah 24 jam (jadi market ada 'latest' reference price untuk Ringgit trading pada permulaan hari, berbanding bergantung kepada closing price onshore semalam).

Ingat, dulu semasa 1997 Ringgit kita jatuh teruk dan kita memasuki krisis disebabkan ramai foreign investor short kita punya Ringgit.

Disebabkan itu, BNM membuat keputusan untuk menyekat penglibatan foreign investor di dalam NDF offshore transaction, untuk menjadikan NDF offshore transaction tidak ada demand sekaligus tidak dipandang. Caranya adalah dengan BNM mewajibkan foreign investor untuk sign surat yang mengatakan mereka sudah tidak akan melibatkan diri di dalam NDF market pada masa hadapan jika ingin mengeluarkan duit dari Malaysia. Tak nak sign, takleh keluar duit. Tapi benda tu mendatangkan dua kesan:

1) foreign investor kurang cara untuk hedge against ringgit
2) ianya memberi signal seolah-olah ada kemungkinan capital control akan berlaku pada masa hadapan

Capital control adalah suatu istilah yang diberikan untuk sebarang langkah oleh pihak berkuasa (kerajaan ataupun bank negara) untuk mengawal atau menyekat keluar masuk duit daripada negara tersebut. Biasanya ianya dilakukan dengan tujuan untuk melindungi currency dan kedudukan ekonomi negara tersebut.

Capital control pada tahun 1997 menjadikan foreign investor tersekat, tidak boleh mengeluarkan duit mereka selama setahun. Bayangkan kita beli stock, tapi tak boleh jual stock tu, dan hanya boleh tengok je harga stock dan duit kita semakin jatuh beransur-ansur.

Kerisauan itu menjadikan foreign investor tidak lagi memandang Malaysia untuk melabur, sekaligus yang ada duit kat Msia pun cepat-cepat ingin mengeluarkan duit mereka. Semenjak kemenangan Trump, foreign net selling di dalam stock market sudah mencecah RM2.1 billion setakat minggu lepas. Itu hanya di dalam stock market, kemungkinan besar apa yang berlaku di dalam bond market adalah jauh lebih besar lagi.

Kesannya?

Kejatuhan Ringgit yang berterusan

Adakah akan pulih?

Berbeza dengan isu 1MDB pada tahun lepas yang bersandarkan sentimen, kali ni ianya lebih kepada structural. Selagi BNM tak sediakan kaedah lain untuk hedge ringgit dengan lebih senang onshore, maka very unlikely untuk foreign investor akan masih nak masuk Msia yang boleh push Ringgit higher.

Setakat ni yang aku dengar daripada beberapa sumber, kebanyakan foreign investor sudah meletakkan Malaysia di luar radar pelaburan mereka. Maksudnya walaupun mereka akan memasuki emerging market economy balik, kemungkinan besar mereka akan fikir 4-5 kali untuk memasuki Malaysia.

CIMB mengatakan ada kemungkinan Ringgit jatuh ke tahap 4.80. Dan jujurnya kemungkinan itu ada, walaupun forecast tersebut agak 'berani' kerana bermaksud mereka meramalkan Ringgit akan jatuh sebanyak 10% lagi.



We have a triple whammy now
Falling stock market
Falling bond market
Falling currency

Tapi jujurnya, aku suka foreign investor keluar daripada Malaysia. Sebab foreign holding yang begitu banyak di Malaysia memberikan risiko seperti sekarang. It's inevitable.