Sunday 19 March 2017

Exam Oriented - Masalah Matlamat, Bukan Perjalanan


Isu Malaysia terlalu exam-oriented ni bukan isu baru. Ianya isu yang sudah bertahun-tahun lamanya. Selari dengan kesedaran ini, kerajaan sudah melakukan pelbagai kaedah untuk berusaha menukar Malaysia untuk tidak lagi menjadi terlalu exam oriented dengan pengenalan benda-benda seperti pentaksiran, score CGPA perlu bergantung kepada aktiviti koko dan sebagainya

Persoalannya.

Itu menyelesaikan simptom, atau masalah yang sebenar?

Puncanya pada matlamat, bukan perjalanan

Kalau ditanya. Kenapa kita pergi ke universiti? Kenapa kita mengambil degree?

Untuk ilmu?
Untuk pengalaman?
Sebab itu kebiasaan yang dibuat orang?

Sebahagian besarnya, adalah sebab degree diperlukan untuk mendapat kerja.

Tidak kiralah kerja itu memang kerja yang kita impikan, ataupun tidak

Asalkan ada degree. Kemungkinan besar mendapat pekerjaan yang lebih elok itu adalah tinggi.

Malahan, kalau mendapat CGPA 4.00, kemungkinan untuk mendapat kerja itu lebih tinggi daripada jika mendapat CGPA 3.00.

Walaupun yang mendapat CGPA 4.00 tu sebab dia hanya memilih subjek yang senang, lecturernya baik dan memang biasa semua mendapat A, manakala yang CGPA 3.00 itu pula mengambil subjek yang lebih daripada separuh biasanya fail seperti advanced econometrics, tapi dia masih mengambilnya untuk mendapatkan ilmu

Itu realiti kita

Jadi apa kaitan dengan exam oriented?

Masalah lebih besar adalah kesan daripada niat tersebut.

Ramai pelajar yang 'for the sake of having a degree' akhirnya mengambil jurusan-jurusan yang bukan minat diorang pun. Pelajar yang asalnya minat medic tak dapat, last-last ambik perhutanan. Yang minat arkitek tak dapat, last-last ambik sains aktuari.

Kesannya? Ramai yang mengambil jurusan tu bukan sebab nak belajar ilmu jurusan tu. Tapi hanya untuk mendapatkan degree.

Itu dari jurusan. Tidak kira lagi mereka yang tidak mengambil subjek-subjek yang lebih penting dan bermakna tetapi susah, demi menjaga point CGPA mereka

Biasa kan benda tu? Berlaku di universiti dalam dan luar negara

Ianya bukan salah pelajar yang melakukannya demi masa depan mereka. Bukan salah lecturer baik yang nak membantu kerana kasihankan pelajar mereka. Tetapi ianya masalah sistem di dalam dunia pekerjaan kita. Yang masih memilih pekerja berdasarkan keputusan exam perlu mendapat CGPA 3.60 ke atas

Ilmu di dalam kelas vs di luar kelas

Tanyakan kepada pelajar jurusan finance. "Eh apa stock yang bagus untuk invest sekarang"?

99% daripada mereka memang tak akan dapat jawab soalan tu

Kenapa? Sebab diorang sebenarnya bukan minat pun dengan isu finance @ investment ni. Walaupun diorang belajar semua benda alah derivative, warrant, black scholes model, etc2. Diorang hanya mengambil course tu sebab mungkin senang nak dapat kerja di bank nanti.

Yup, ianya untuk mencari kerja

Tapi tanyakan kepada mereka yang memang ada passion di dalam stock investment, walaupun bidang engineering. Bukan sahaja stock apa, mereka boleh lagi memberi hujah dr sudut technical dan fundamental analysis kenapa stock itu merupakan pilihan yang bagus.

Itu yang kita hilang

Universiti kini menjadi medium untuk pelajar mendapatkan kerja. Bukan tempat mencari ilmu

CV yang tidak memberi makna

Kebelakangan ini aku sering mendapat resume-resume mereka yang sedang mencari kerja. Dan aku perasan ada satu kelemahan ketara di kalangan sesetengah fresh grad di dalam CV mereka

Langsung tidak ada sebarang info apa yang mampu dilakukan daripada degree mereka

Kalau belajar finance cakaplah boleh analisa stock. Kalau belajar akauntan cakaplah boleh membuat akaun korporat. Kalau belajar ekonomi cakaplah boleh membaca trend ekonomi

Tapi ramai yang tak letak. Sebab aku tau memang majoriti sebenarnya tak tau pun nak cerita sangat apa yang diorang mampu lakukan dengan degree mereka. Kalau pelajar jurusan ekonomi/finance tapi Bloomberg tu apa pun tak pernah dengar, macam mana.....

Apabila keputusan akademik menjadi benchmark utama

Baru-baru ni kerajaan meletakkan syarat hanya mereka yang mendapat semua A+ sahaja yang layak untuk mendapatkan biasiswa

Jujurnya aku terkejut. Ingatkan kerajaan tengah nak jauhkan daripada exam oriented. Kenapa berpatah balik kepada result exam yang utama?

Aku sendiri seorang yang capable dalam mathematical and critical analysis. Tapi jujurnya hafalan aku agak lemah. Ada orang lain yang aku tau memang power menghafal. Tapi bab kira-kira biasa-biasa je.

Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Dan biasanya orang yang sangat berbakat dalam satu perkara akan ada kelemahan dalam perkara lain.

Malaysia perlukan lebih ramai pakar dalam setiap bidang. Bukan jack of all trade but master of none

Itu yang berlaku di dalam sistem kita sekarang. Kita memaksa pelajar belajar semua perkara, dan perlu mendapat result cemerlang untuk semua subjek tersebut. Ianya satu sistem yang pasti Albert Einstein, Wright Brothers dan Steve Jobs sekalipun akan dikira sebagai pelajar yang gagal


Kefahaman ilmu itu yang penting. Bukan result exam

Pada zaman di mana professor Google di hujung jari, kefahaman ilmu itu yang lebih penting berbanding fakta itu sendiri.

Sangatlah penting untuk pelajar jurusan ekonomi memang boleh memberi pendapat sendiri bagaiman keadaan ekonomi sekarang. Dan pelajar jurusan finance untuk memberikan pendapat stock apa yang bagus untuk dilabur. (Sori aku tak sentuh untuk bidang lain sebab takut salah cakap walaupun semasa SPM aku aliran sains).

Tapi itu yang tak ada di dalam pelajar kita. Dan itu yang perlu dibetulkan

Kalau akhirnya nak dapatkan scholarship perlu mendapat A+

Nak layak untuk apply interview pun perlu 3.60 ke atas

Nak layak untuk apply sebagai lecturer pun perlu mendapat first class

Tanpa mengira subjek yang diambil. Universiti tempatnya belajar. Kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari

Itu punca pelajar menjadi exam oriented

Akhirnya pensyarah dan ibu bapa yang exam oriented akan turut melahirkan pelajar dan anak yang exam oriented (tak merujuk kepada sesiapa)

Matlamat yang perlu diubah, bukan perjalanan

Menjadikan aktiviti koko sebagai sebahagian markah CGPA tidak membantu keadaan

Malahan hanya akan menerukkan lagi kerana keikhlasan akan semakin hilang dalam diri pelajar

Dah lah keikhlasan menimba ilmu sudah lama hilang. Kini keikhlasan membuat aktiviti juga mula hilang

Apa yang perlu adalah mengubah cara kerajaan dan majikan mengambil pekerja.

Ubah matlamat. Bukan perjalanan.

Kerana mereka sendiri akan mengubah perjalanan mereka selari dengan matlamat yang dituju.

"Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree. It will live it's whole live believing it is stupid"
-Albert Einstein-

3 comments:

biskut said...

Truth...!

Namun bagi sekolah2 elit seperti MRSM, bukankah itu tempat untuk melahirkan pelajar2 yang all rounder?

Armilde said...

Serious and fast cash loan offer with no application fees.
I put at your disposal a loan on very simple terms to all honest and serious people who can repay with a rate of 3% per year. I offer short, medium term loans with a rate of 3% per annum over an affordable repayment period in collaboration with my lawyer: matti.randoja@yandex.com

Unknown said...

Saya sangat berterimakasih banyak kepada aki wono atas bantuan dana ghaibnya dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisa mendapatkan uang sebesar 470 juta,berkat bantuan aki saya bisa melanjutkan bisnisku lagi dan saya tidak pernah menyanka kalau ini benar benar nyata karna sudah banyak paranormal yang sudah saya hubungi dan saya datangi,itu tidak pernah membawakan hasil bahkan uang saya habis dibawa lari sama mereka dan cuma aki wono saja yang membawakan hasil kalau anda mau di bantu silahkan hbg aki wono di nmr 085-320-535-559...aki wono juga bisa mengeluarkan angka togel yg di jamin 100% tembus seperti 4d 5d 6d angka dari aki betul-betul tembus karna sya udah buktikan terimakasi