Saturday, 19 November 2016

Capital Market - Punca Krisis Ekonomi?



Sejak Global Financial Crisis 2007-2008, sangat banyak filem, dokumentari, malahan artikel-artikel yang menceritakan betapa bermasalahnya financial market pada zaman sekarang. Kesemua ini melahirkan perasaan dan pandangan prejudis terhadap financial market, sehinggakan keluar pendapat-pendapat yang berpandangan bahawa financial market itu tidak diperlukan.

Kedudukan dan status financial market, adalah sesuatu yang aku dilema sejak dahulu lagi. Biar aku jelaskan dalam artikel ni kenapa, dan korang bolehlah buat penilaian sendiri.



Secara umum, financial market terbahagi kepada tiga:

i) Capital market
ii) Money market
iii) Commodities market

Kepentingan financial market terletak pada capital market, atau bahasa melayunya, pasaran modal. Seperti namanya, ianya adalah satu market di mana syarikat mahupun startup pergi untuk mendapatkan modal. Kerana di market itu terdapat sangat ramai pelabur dari individu sehingga institusi seperti KWSP, PNB dan lain-lain yang bersedia untuk memberikan modal kepada pihak yang memerlukan.

Nak mudah, bayangkan kawan kita nak bukak business kilang lokcing. Dia perlukan modal untuk membeli mesin membuat lokcing, sewa / bina kilang dan bahan-bahan untuk membuat lokcing tersebut. Maka dia pun meminta modal daripada kita. Kita memberi dia dua pilihan, iaitu samada dia nak berhutang dengan kita dan satu lagi dia kena berikan sebahagian daripada 'share' business dia kepada kita.

Jika berhutang: dia perlu membayar interest / riba kepada kita
Jika share: dia perlu berkongi sebahagian daripada keuntungan dengan kita

(ye aku tahu interest / riba itu haram. Tetapi itu perbincangan di bahagian lain, artikel ini lebih kepada ingin memahamkan keadaan sistem financial market sekarang).

Maksudnya yang pertama tu nak tak nak, kita akan mendapat balik duit kita + interest / riba i.e. risiko rendah, pulangan rendah. Yang kedua, kalau dia berjaya membuat untung, maka kita akan dapat jauh lagi banyak pulangan, tapi kalau dia rugi, kita boleh kehilangan kesemua duit kita i.e. potensi pulangan tinggi, risiko tinggi.

Ianya samalah dengan capital market. Hutang itu melalui debt market (bonds), manakala shares itu pula stock market. Tapi seperti yang kita mungkin terfikir, tidak kiralah memberi hutang ataupun share, macam mana kalau business tersebut terus bankrap? Atau macam mana kalau kita tiba-tiba perlukan balik duit tersebut?

Maka datanglah pilihan untuk kita menjual hutang / share tersebut kepada orang lain. Kalau kita menjual hutang kita tu, maksudnya kita akan mendapat balik duit kita tetapi segala bayaran interest / riba selepas ni akan pergi kepada pembeli hutang tersebut. Manakala kalau menjual shares, maka segala keuntungan selepas ni akan pergi kepada pembeli shares tersebut. Penjualan / pembelian hutang / shares sebegini dilakukan di 'secondary market'.

Sejarah Capital Market

Perkara yang aku ceritakan di atas memang dah berlaku sejak dulu, sedahulu tahun 1300+ masihi. Ketika itu peniaga-peniaga di Venice sudah mula menjual beli hutang (debt securities) sesama mereka. Kemudian pada tahun 1500+, East India company yang sangat terdedah kepada aktiviti lanun hatta berisiko pula sudah biasa mengamalkan 'share issuance' untuk mengurangkan risiko. Shares itu pula turut boleh dijual beli sesama pelabur, dan akhirnya pada tahun 1602, Dutch East India Company menjadi syarikat pertama yang publicly listed di Amsterdam Stock Exchange.

Itulah yang dipanggil 'liquidity'. Secara umum, capital market itu dilihat lebih 'baik' jika ianya mempunyai lebih banyak 'liquidity'. Maksudnya kalau nak jual je, dah sedia ada pembeli. Kalau nak beli je, dah sedia ada penjual. Tanpa liquidity yang mencukupi, kemungkinan besar susah untuk kita mendapat penjual / pembeli kepada hutang / shares yang kita pegang.

Betulkah?

Tidak lama selepas itu, walaupun tanpa sistem elektronik seperti sekarang, stock bubble yang pertama sudah berlaku pada tahun 1800+, sehinggakan kerajaan England mengharamkan share issuance pada tahun 1825. Ianya menjadi 'bubble' apabila syarikat-syarikat ni boleh issue shares yang sangat banyak, mendapat duit, tanpa pernah ada satu kapal pun yang pernah berlabuh dan membuat perniagaan.

Bandingkan Dengan Jual Beli Rumah

Cuba kita perhatikan market untuk rumah. Jual beli rumah tidak boleh dilakukan di dalam exchange market, melainkan REIT (kena cakap nanti ada pakar-pakar yang persoalkan). Tetapi untuk rumah secara spesifik, contohnya sebuah rumah di TTDI, kita tidak boleh menjual beli rumah tersebut dengan mudah di atas talian seperti saham. Prosesnya panjang, mengambil masa berbulan-bulan dan sesetengah itu sehingga setahun lebih.

Tetapi wujudkah masalah liquidity di dalam menjual beli rumah? Tidak. Melainkan jika harga yang ditawarkan itu tidak masuk akal. Letak sahaja pada harga yang munasabah, dalam seminggu pasti sudah banyak panggilan telefon yang diperolehi. Sama juga dengan menjual kereta Mazda 6, pada hari yang sama diletakkan di internet, sudah lebih 5 panggilan telefon bertanyakan berkaitan kereta tersebut.

Wujudkah masalah liquidity tersebut? Macam tak....

Jadi apa sebenarnya kepentingan liquidity? Kepentingan liquidity adalah untuk memastikan 'harga' security tersebut bergerak.  Security di sini bukan bermaksud keselamatan ekk. Security di sini merujuk kepada segala 'financial asset' yang boleh ditukar milik di dalam financial market. Kerana hakikatnya zaman sekarang, kebanyakan pelabur tidak membeli stock untuk dividen. Mereka mengharapkan harga stock tersebut akan naik di masa hadapan, dan akan dapat menjualnya dengan lebih tinggi.

Yelah, dividen stock dalam 4-10% setahun. Sedangkan harga stock itu boleh turun naik 10% seminggu kalau ada liquidity yang mencukupi. Hatta 'pentingnya' liquidity di dalam financial market.

Cuma sebenarnya kalau harga dia dah dekat 'fair price', apa keperluan untuk harga dia bergerak?

Trading Di Dalam Secondary Market

Tidak kiralah stock market, bond market, mahupun commodity market. Apabila segala aset-aset ni mula dimasukkan di dalam secondary market, disebabkan 'liquidity' yang sangat banyak, maka ianya sangat terdedah kepada spekulasi.

Stock yang sepatutnya bernilai RM1.00 boleh overprice sehingga RM4.00. Manakala yang sepatutnya bernilai RM2.00 boleh underprice sehingga RM0.80. Lebih bermasalah apabila sistem-sistem seperti 'short' (menjual saham dahulu, beli kemudian), derivatives (menetapkan harga untuk belian / jualan untuk masa akan datang pada masa sekarang), credit default swap (seperti 'insurance' kalau 'hutang' yang dibeli 'default') dan segala bagai 'tools' yang kompleks wujud di financial market.

Disebabkan ramainya orang yang melabur di dalam financial market pada zaman sekarang, samada secara terus ataupun tidak (KWSP, ASB melabur di dalam stock market). Maka apabila stock market collapse selepas overprice disebabkan spekulasi, maka sangat ramai yang akan mengalami kerugian besar. Bank-bank mula tidak mempunyai duit yang mencukupi. Akhirnya? Financial crisis berlaku. Apabila financial crisis berlaku, ekonomi pun mula tergolek. Sebab mereka yang menyimpan / melabur di dalam financial market selama ni kehilangan duit.

Sejarah 'Financial Crisis'




1929 The Great Depression - bermula dengan stock market crash
1987 Black Monday - bermula dengan stock market crash
1997 Asian Financial Crisis - bermula dengan currency crash, diikuti dengan stock market crash
2000 Dot Com Bubble - bermula dengan technology stock crash
2008 Global Financial Crisis - subprime mortgage, yang membawa kepada mortgage-backed securities crash. Tapi subprime itu juga berlaku disebabkan spekulasi dan moral hazard yang berlaku di dalam financial market.

Di Manakah Masalahnya?

Sebenarnya, ianya tidak akan ada masalah selagi mana harga berterusan naik. Sebab masalah hanya akan berlaku apabila harga mula jatuh. Dan ianya menjadi lebih senang untuk jatuh, apabila ada cara untuk orang membuat keuntungan melalui kejatuhan harga (short, puts dll. Untuk pengetahuan, semua itu tidak dikira patuh syariah dan agak limited di Malaysia). Namun ianya takkan berlaku melainkan ada peningkatan liquidity yang berterusan di dalam financial market seperti melalui Quantitative Easing (QE).

Mungkin ada yang bertanya, dah tau harga ovreprice tak payahlah beli? Bayangkan, kita sedar dia overprice sejak bulan Januari. Tapi tengok-tengok lepas setahun harga dia masih terus double, atau triple dan tak jatuh-jatuh. Rasa-rasa kalau korang nampak stock yang sama pattern dia macam tu pada tahun depan (melalui technical analysis), korang beli tak? Majoriti orang akan terliur dan masih beli. Memikirkan kemungkinan harga masih akan terus naik walaupun overprice (speculate).

Sesuatu aset di financial market boleh overprice untuk bertahun-tahun lamanya. Lihat saja harga emas dan minyak pada tahun 2009-2013, itu overprice namanya. Ianya sudah menjadi pendirian institusi-institusi kewangan untuk sentiasa melabur walaupun pada keadaan market yang overprice. Sebab tu sekali market burst / collapse, tidak ada yang akan terlepas.

Dan ingat, ini aku hanya cakap berkaitan stock market. Tak termasuk lagi bond market, commodity market, dan lain-lain securities. Semua itu terdedah kepada speculation.

Alternatif Kepada Capital Market?

Bayangkan kalau kita mempunyai satu market / platform untuk company raise capital, di mana semua pelabur boleh masuk secara percuma dan menilai setiap business plan yang diberikan. Tetapi pada masa sama kena ingat share business tersebut tidak boleh ditukar milik dengan mudah. Kalau nak ditukar kena sign agreement, stamp duty dll, sama seperti proses menjual beli kereta / rumah. Yang menjalankan business itu pula kena sedar yang dia akan dikenakan tindakan undang-undang jika dia gagal menjalankan tugas dia dengan sepatutnya, apatah lagi kalau dia lari dan membeli kondo (eh)

Rasa-rasanya masih ada ke yang akan melabur?

Well, I will.

Ringkasannya?

Secara ringkasnya, kita perlukan capital market sebab di situlah senang untuk mendapatkan modal. Dan akan ada pihak yang dia ingin menjual kembali shares / hak hutang yang dia perolehi untuk apa-apa saja sebab, maka dari situ wujudlah kepentingan secondary market. Disebabkan liquidity yang tinggi (memandangkan proses jual beli menjadi mudah), maka harga di dalam secondary market pun turun naik dengan sangat banyak (volatile), menjadikan para pelabur lebih berminat dengan cuba target untuk membeli pada harga murah dan menjual pada harga tinggi (speculate) berbanding menunggu interest / dividen syarikat tersebut, hasilnya? Volatility yang jauh lebih tinggi.

Kesimpulannya?

Kesimpulannya, secondary capital market itu mula menjadi masalah apabila majoriti pelabur mensasarkan untuk mendapatkan untung disebabkan perubahan harga, sehingga tahap ada yang beli pada waktu pagi, jual masa tengahari, dan beli semula pada waktu petang. Ada pula yang mengambil position untuk jual dan beli pada masa sama. Lebih lagi bermasalah bila margin trading dibenarkan, contra dilakukan.

Betapa ramainya stock market trader zaman sekarang yang katakan "tak perlu tengok fundamental". Yup, sebab memang banyak stock yang bergerak tidak ada kaitan langsung dengan fundamental. Malahan sesetengah institutional investor pun tak kisah dengan fundamental melainkan inside information, dan lebih ingin tahu stock apa yang harganya akan naik dalam sebulan, tak kiralah akan naik sebab apa sekalipun.

Cuba bayangkan kalau aku boleh jual beli shares dalam kilang lokcing aku semudah tu, melihat kepada perkembangan market dan business kitorang, senang-senang aku dah boleh dapat at least double daripada pelaburan aku.

Tapi kalau aku jual pun shares aku kepada orang lain, itu adalah satu tindakan yang tak produktif. Ye aku dapat duit, tapi ianya tak menambahkan peluang pekerjaan di kilang lokcing aku. Tapi 'kos' pelaburan itu menjadi lebih tinggi.

Samalah dengan menjual beli di stock market. Ianya bukan suatu pelaburan yang 'produktif' jika dilakukan di secondary market.

p/s: semakin lama semakin banyak jargons yang aku tulis dalam post aku. mintak bagitau kalau ada terms confusing yang penting tapi tak dijelaskan

Thursday, 17 November 2016

Kesan Kewujudan Financial Market dan Musibah yang Dibawa Quantitative Easing

Quantitative Easing (QE) adalah satu topik yang sangat menjadi kegemaran aku di zaman universiti dulu, dari degree sehinggalah zaman master. Sampaikan salah seorang lecturer kegemaran aku macam tergelak, sebab aku tak habis-habis suka kaitkan banyak benda dengan QE.

Tapi itulah realitinya, harga emas yang naik banyak kemudian jatuh? Ada kaitan dengan QE. Harga minyak yang mencecah lebih daripada USD110 kemudian tergolek sehingga bawah USD30? Ada kaitan dengan QE. Duit Ringgit Malaysia yang menjunam daripada sekuat RM3.00/USD kepada RM4.30/USD? Pun ada kaitan dengan QE.

Semua itu ada kaitan dengan Quantitative Easing dan US Federal Reserve.

Dua Jenis 'Market'


Kena sedar zaman sekarang ni sebenarnya ada dua jenis 'market'. Satu yang aku suka untuk berikan nama sebagai 'real economy' dan satu lagi adalah 'financial market'.

Real economy ni merujuk kepada market ekonomi yang 'sebenar'. Ianya market di mana kita membeli nasi lemak di tepi jalan dan membeli ikan di pasar. Termasuk juga proses membeli dan membina rumah. Ianya adalah sebuah 'market' yang produktif. Market yang betul-betul akan memberikan peluang pekerjaan dan menghasilkan sesuatu. Ianya adalah market yang kita perlu berikan fokus yang tinggi. Yang semakin kita berusaha, semakin tinggi kemungkinan kita akan berjaya.

Financial Market pula adalah suatu market yang sentiasa meresahkan fikiran dan menyakitkan hati. Kerana ianya irrational, tak masuk akal dan sering kali bergantung kepada nasib. Financial market jugalah tempat untuk membuat pinjaman, tempat utama untuk hidupnya sistem interest (riba), juga tempat untuk orang melakukan pelbagai jenis 'taruhan'. Rasakan Brexit akan menang? Short British Pound! Rasakan Clinton akan menang? Beli US Dollar! Rasakan MBS akan runtuh? Beli CDS!. Ianya adalah seperti suatu kasino yang besar. Sesiapa sahaja yang biasa bergelumang dengan financial market akan mengakui suatu perkara. Iaitu financial market sangatlah tidak rasional, hasil daripada ramainya orang melakukan pelbagai jenis spekulasi yang tidak jauh bezanya dengan judi.

Malahan sesiapa sahaja yang biasa melabur di dalam stock market pasti sudah menyedari. Tidak kiralah selepas melakukan seberapa banyak fundamental dan technical analysis sekalipun, akhirnya samada akan memberi keuntungan ataupun tidak masih bergantung kepada nasib. (Kalau tak, tiada orang yang akan rugi di dalam pelaburan stock market). Malahan antara trader stock market yang paling legend di dunia, dia menyedari bakat dia di dalam stock market selepas menyedari bakat dia di dalam berjudi. Pada umur 15 tahun dia boleh mendapat 400,000 yen (RM15,000) sebulan hanya dengan berjudi! Maka sekarang dia boleh membuat jutaan USD hanya dengan bertaruh di dalam stock market.

Apabila Dua Market Bertemu

Segalanya tidak akan menjadi masalah jika kedua-dua market itu tidak pernah bertemu. Tetapi malangnya, kedua-dua mereka sudah bertemu sejak dari dulu lagi. Kita sekarang membeli rumah dan kereta menggunakan pinjaman daripada financial market. Duit simpanan kita diletakkan di dalam financial market. Malahan sehingga tahap harga petrol pun ditentukan oleh financial market, berbanding demand dan supply yang sebenar. Dan malangnya duit Ringgit kita juga ditentukan oleh financial market

Apa kesannya? Kesannya adalah volatility. Di dalam financial market, segala-galanya adalah 'liquid'. Maksudnya, katakanlah aku mempunyai duit di dalam stock market. Kemudian aku merasakan harga emas akan naik, jadi aku pun jual stock aku untuk beli emas di dalam financial market. Tindakan aku untuk menjual stock dan membeli emas itu akan menjadikan harga stock tersebut jatuh dan harga emas naik. Walaupun secara fundamentalnya langsung tidak ada perubahan pada kedudukan stock company yang aku pegang, namun harganya masih jatuh. Harga emas pula langsung tidak jaminan akan naik pada masa hadapan tetapi masih naik disebabkan tindakan aku. Akhirnya, spekulasi bertukar kepada realiti.

Ianya sehingga tahap orang mula membuat ramalan terhadap spekulasi ke atas spekulasi yang akan dibuat oleh orang lain. Hasilnya? Volatility. Irrationality. Anxiety.

Mungkin ramai tidak tahu, tetapi sebenarnya harga minyak juga dipengaruhi oleh financial market. Secara ekonomi, sepatutnya harga minyak hanya akan naik jika berlaku kenaikan kos, ataupun kekurangan supply. Tetapi kalau tengok dari tahun 2009 sampai 2013, jelas ketara lagi banyak oversupply berbanding short of supply.... tapi harga minyak masih naik ke tahap paling tinggi dalam sejarah. Dan harga di financial market itu menjadi 'realiti' apabila harga di stesen minyak pun turut sama menjadi mahal seperti harga di financial market.

Kenaikan tersebut turut dilalui oleh harga emas, harga property dan harga getah. Sehinggakan kerajaan yang tidak memahami perkara ini berbelanja dengan jauh lebih banyak, sedangkan patutnya ketika itu kita mampu untuk mengurangkan defisit. Orang-orang biasa yang tidak memahami apa-apa pula berpusu-pusu membeli emas, terpengaruh dengan dogma bahawa harga emas akan naik selama-lamanya. Penoreh getah, bangga mendapat RM10k sebulan, sekaligus membeli pelbagai jenis kereta mewah yang sekarang aku tak tahu macam mana diorang nak bayar balik. Tiada yang memahami ekonomi, hatta tiada yang mengetahui, bahawa harga kesemua itu pasti akan jatuh.

Federal Reserve dan Monetary Policy

Di dalam teori ekonomi, semakin banyak duit di dalam ekonomi tersebut akan menjadikan harga barang semakin mahal. Ianya samalah seperti perbandingan duit monopoli yang aku pernah ceritakan dahulu, bahawa harga tanah yang dilelong akan menjadi lebih mahal jika semua orang mempunyai 10,000 berbanding semua orang mempunyai 1,000.

Mandat central bank (bank pusat) seluruh dunia adalah berbeza. Contohnya untuk Bank Negara Malaysia (BNM), matlamat BNM adalah untuk memastikan kadar inflation yang rendah, dan pertumbuhan ekonomi yang stabil. Untuk US Central Bank (Federal Reserve, Fed) pula, matlamat Fed adalah untuk memastikan mereka mendapat inflation pada kadar 2%, dan mencapai 'full employment level' (yang mana pada masa ini ditetapkan pada kadar unemployment 4.9%).

Di saat unemployment rate naik jauh melebihi 'full employment level' tersebut, Fed akan menurunkan 'fed fund rate' (FFR). FFR ni samalah macam 'overnight policy rate' (OPR) oleh BNM. Rasanya ramai tahu, bila OPR jatuh, maka kos pinjaman kita juga berkurang, bayaran pinjaman rumah berkurang, bayaran kereta berkurang. Kesannya, kita akan mempunyai lebihan duit untuk berbelanja. Ianya akan 'stimulate the economy'. Maka itulah yang dilakukan oleh Fed. Sehingga tahap, FFR sudah mencapai dekat kepada 0%.

Menaikkan atau menjatuhkan OPR / FFR ini adalah asas utama kepada monetary policy central bank seluruh dunia. Sangat sedikit central bank yang tidak mengawal interest rate, antara yang aku tau Monetary Authority of Singapore (MAS) yang menggunakan exchange rate sebagai alat utama untuk monetary policy. Sebab tu tak perlulah nak bandingkan Ringgit sekarang dengan SGD dahulu, memang ianya polisi Singapore untuk sentiasa appreciate SGD berbanding Ringgit.

Quantitative Easing

Tapi apa nak buat, kalau unemployment rate US masih tinggi, dan FFR dah mencapai 0%?

Nak biarkan dia negatif? Pada masa tu ianya masih lagi sesuatu yang tidak pernah dibuat orang, dan theoretically tak masuk akal. Takkanlah nak bagi pinjam duit, tapi kita pulak yang kena bayar interest. Semua orang akan nak meminjam dan tak ada la orang yang nak memberi pinjam kalau macam tu (theoretically)

Maka orang-orang Fed, menggunakan otak-otak PhD dan puluhan tahun pengalaman mereka, memperkenalkan Quantitative Easing (QE).

Bahasa mudahnya, QE ni adalah tindakan untuk Fed 'inject duit' ke dalam financial market dengan membeli government bonds, menggunakan duit yang baru dicipta (secara elektronik). Tujuannya adalah untuk menambahkan 'lambakan duit' di dalam financial market, supaya ianya akan merendahkan interest rate di dalam financial market sekaligus menjadikan lebih ramai yang akan membuat pinjaman disebabkan interest rate yang rendah - hence stimulating the economy.

Side-Effect Quantitative Easing

Tapi QE ada 'side effect' dia yang tersendiri. Sepertimana di dalam game monopoli tadi, iaitu semakin banyak duit di dalam market, maka harga barang akan semakin mahal. Maka perkara yang sama berlaku di dalam financial market. Sekadar barang-barang di sini adalah 'barang-barang' di dalam financial market.

Bond? Stock? Harga Minyak? Getah? Harga Emas?

Semua, semua naik. Kerana semua itu adalah 'barangan' di dalam financial market.

Maka yang katakan harga emas akan naik selama-lamanya tu. Tak. Ianya sebab QE. Yang rasakan harga getah sekarang rendah sebagai satu bala atau salah kerajaan. Tak. Dulu dia tinggi disebabkan QE.

Yang rasa bangga trade dalam stock market dengan technical trading dan untung beribu-ribu sebulan? Tak. Itu sebab QE, bukan sebab korang power.

Ringgit appreciate sehingga RM3.00/USD? Itu sebab QE dan US Monetary Policy. Kerana foreign investor melabur di Malaysia memandangkan interest rate di Msia jauh lebih tinggi berbanding US dan sebab diorang ada terlalu banyak duit yang tak tahu nak letak kat mana, jadi laburlah di dalam stock market Emerging Market.

QE dan FFR pada 0% itu menjadikan pegangan foreign investor di dalam Malaysia Government Securities (MGS) melonjak daripada 13% kepada lebih 50%. Sekaligus menjadikan financial market kita, dari Ringgit, stock market dan bond market sekarang sangat terdedah kepada sebarang aktiviti oleh Fed, sebab pelabur akan bawak masuk dan keluar duit dari Malaysia dengan jumlah yang banyak bergantung kepada aktiviti dan ucapan Fed.

Apabila QE Berhenti



Pada 22 Mei 2013, Ben Bernanke (governor Federal Reserve masa tu), mengumumkan niat Fed untuk menghentikan QE. Sekaligus segala yang naik dulu jatuh, dari harga minyak sehinggalah harga emas dan Ringgit. Kerana ianya satu petanda bahawa Fed akan mula menaikkan kembali interest rate mereka.

Disember 2013, apa yang digelar sebagai 'QE tapering' bermula dan akhirnya QE dihentikan sepenuhnya pada Disember 2014. Dan pada masa itu, semua market participants memahami bahawa langkah seterusnya adalah kenaikan interest rate US.

Sekaligus ketika itu bermulalah zaman kejatuhan harga emas, harga minyak, Ringgit dan segala sewaktu dengannya. Kebanyakan negara-negara membangun terkesan, kebanyakan pelabur yang tidak memahami perkara ini sengsara. Tetapi mungkin juga ramai yang tidak sedar, the worst has yet to come....

Setakat ini, Fed hanya baru menaikkan interest rate sebanyak 0.25%. Sekurang-kurangnya, Fed masih ada lagi dalam 2.75% untuk dinaikkan. Namun itu baru di tahap interest rate.

Fed akan kena buat satu lagi perkara, iaitu segala lambakan duit hasil daripada QE sebelum ini perlu 'ditarik' semula. Jumlah QE yang dilakukan oleh Fed sahaja mencecah USD3.5trillion.

atau dalam Ringgit Malaysia, dalam RM15,326,675,000,000.

Aku tak dapat bayangkan macam mana mereka nak menarik kembali duit sebanyak tu daripada financial market. Sebab jika ianya dilakukan, kemungkinan sangat besar ekonomi pun akan jatuh terduduk tergolek-golek, terkapai-kapai mengharapkan QE yang baru.....

Jadi rasanya kepada yang bertanya ke mana arah Ringgit selepas ni, ianya sangat bergantung kepada secepat mana Fed akan naikkan interest rate mereka. Semakin cepat daripada jangkaan, maka Ringgit akan semakin jatuh. Semakin lambat daripada jangkaan, maka Ringgit akan semakin kukuh.

Fokus Perlu Diberikan Pada Real Economy, Bukan Financial Market

Siapa tak sukakan 'easy money'. Bagi duit, boom dapat 8% setahun (ASB). Orang yang ada duit RM1 juta tu lagilah seronok, dapat RM80,000 setahun tanpa buat apa-apa pun. Atas sebab itu jugalah sangat ramai yang sukakan skim cepat kaya, yelah dapat 15% sebulan dengan goyang kaki.

Ramai tak sedar sebenarnya mendapat 'easy money' itu tidak jauh dengan riba. Bagi pinjam duit, goyang kaki, dapat duit lagi banyak. Pelaburan di dalam Islam sepatutnya wajib ada risiko dan produktif. Kalau pelaburan rugi, maka kita rugi. Kalau untung, maka kita untung. Jika duit kerajaan perlu digunakan untuk menampung kerugian pelaburan kita, maka itu kita sudah mengambil 'hak rakyat' lain.

Tetapi disebabkan sukakan kepada 'easy money'lah masih sangat ramai yang melibatkan diri di dalam financial market. Tidak kiralah forex ke, stock market ke. Ianya bukanlah salah di sisi Islam (Forex tu lain cerita), tetapi ianya bukanlah aktiviti yang produktif. Ianya tidak mewujudkan peluang pekerjaan.

Sebab tu aku lebih suka jika ada duit lebihan, cari orang yang ingin memulakan bisnes dan labur dengan mereka. Rasa gembira bila hasil duit kita mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain. Semua orang untung. Kita untung, pekerja untung, pembeli gembira dapat makan lokcing sedap (eh). Cuma yang rugi mungkinlah pesaing kitorang keh keh. Tapi persaingan yang sihat itu bagus di dalam ekonomi.

Tun Mahathir sedar benda ni, sebab tu dia sangat menekankan kepentingan 'real economy'

Seperti yang pernah aku cakapkan sebelum ni. Islam itu menggalakkan untuk kita menjadi produktif. Dan pelaburan di dalam financial market itu (terutamanya secondary market)..... bukanlah sesuatu yang produktif

Tuesday, 15 November 2016

Antara Adam Smith, Karl Marx dan Rasulullah - Ekonomi Itu Seperti Jalan Raya

Dalam sebuah forum baru-baru ni, salah seorang panel menyebut sesuatu yang sangat menarik perhatian aku:

"Rasulullah tidak pernah membentangkan bajet"

Ianya menyedarkan aku, walaupun sudah sangat ramai yang membincangkan perbandingan dakwah Rasulullah dan zaman sekarang, perbandingan hukum hakam dulu dan sekarang, yang membincangkan perbezaan pelbagai jenis 'gaya hidup' ataupun 'deen' antara dulu dan sekarang, tetapi masih sangat sedikit yang membincangkan perbezaan sistem ekonomi zaman Rasulullah dan zaman sekarang, tidak kiralah dari sudut teori mahupun praktikal.

Kerana ekonomi itu sendiri suatu cabang ilmu khusus, menyerahkan hukumnya kepada ustaz / ulama yang tidak 'hidup' di dalam bidang ini, seperti meminta fatwa feqah daripada ahli usuluddin



Centralised vs Decentralised Economy

Apabila mengatakan 'Rasulullah tidak pernah membentangkan bajet', dengan kata lainnya ianya samalah seperti mengatakan Rasulullah tidak pernah 'merancang' ekonomi umat Islam ketika itu. Di dalam ekonomi, 'tidak merancang' sendiri sebenarnya adalah suatu 'perancangan' ataupun strategi di dalam membangunkan ekonomi, di mana kita menyerahkan kepada 'market' sendiri untuk menentukan apa yang baik dan apa yang buruk di dalam ekonomi.

Teori ini adalah sama dengan teori yang dipeloporkan oleh seorang yang diberi gelaran 'bapa ekonomi' i.e. Adam Smith. Membesar di dalam zaman yang mana ekonomi itu sangat dirancang oleh golongan diraja, beliau berpendapat bahawa ekonomi ini sebaik-baiknya 'dilepaskan' saja, dan 'invisible hand' akan melakukan kerjanya, di mana akhirnya ekonomi tersebut akan memberikan hasil yang terbaik apabila setiap individu melakukan apa yang dirinya sendiri merasakan terbaik untuk dirinya, berbanding membiarkan kerabat diraja yang menentukan apa yang terbaik untuk mereka.

Itulah permulaan lahirnya teori 'free market' economy.

Ke satu tahap, apa yang dilakukan oleh Rasulullah itu bolehlah dikatakan seperti pendekatan 'free market', sepertimana pernah para sahabat mengadu akan kenaikan harga barang dan Rasulullah bersabda:

”Sesungguhnya Allah lah al-Musa’ir (Yang Maha Menetapkan harga), al-Qabidh, al-Basith, dan ar-Raziq. Dan sungguh aku benar-benar berharap berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dengan kezaliman dalam masalah darah (nyawa) dan harta”
(HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan dishahihkan Al-Albani)

Ada tiga point utama di dalam hadith tersebut:
i) Rezeki itu di tangan Allah
ii) Rasulullah tidak bersetuju untuk melakukan 'direct intervention' dengan mengawal harga
iii) Rasulullah memandang 'direct intervention' itu akan membawa kepada kezaliman dari sudut harta

Maksudnya apa? Jika harga barang naik, maka Rasulullah memandang harga yang naik itu adalah hak penjual. Jika baginda meletakkan harga 'syiling', maka ianya samalah seperti mengambil hak harta penjual tersebut, dan Rasulullah tidak inginkan perkara tersebut.

Kena sedar menetapkan harga di sini adalah berbeza dengan menetapkan harga melalui pemberian subsidi.

Falasi Free Market Economy

Hakikatnya 'free market' i.e. totally decentralised economy hanyalah satu idealism. Ini kerana manusia itu sendiri sebenarnya tidak rasional dan tamak, dan sistem kehidupan ini hakikatnya tidak adil.

Ada tiga benda yang akan menjadikan sistem ekonomi 'free market' itu tidak akan menjadi dalam bentuk yang ideal:

i) Asymmetric information (maklumat yang tidak sama) - kita ingat kedai tu terpaksa naikkan harga sebab GST, tapi kita tak tahu yang sebenarnya keuntungan dia mark-up dalam 100%

ii) Inequality - dari segi kekayaan, pendidikan, opportunity sehinggalah perbezaan kemampuan akal fikiran. Ianya menjadikan walau kita nampak ada peluang membuat untung dengan membuka syarikat kapal terbang atau membuat apps, kita tidak mampu dari segi modal, ilmu dan networking

iii) Irrationiality beyond monetary gain - kita tahu minyak masak jagung sama juga boleh dibuat memasak, tetapi kita masih ingin membeli minyak kelapa sawit yang lagi mahal. Tidak kiralah apa sebabnya, samada sebab dah biasa ataupun menyokong barangan tempatan

Kesannya?

Mereka yang ada kelebihan akhirnya mempunyai peluang untuk memonopoli. Akhirnya lahirlah golongan 'capitalist'

Capitalism Melahirkan Socialism

Jika Adam Smith itu lahir di zaman golongan feudal yang menguasai dan mengawal ekonomi, maka Karl Marx itu pula menyaksikan golongan capitalist i.e. golongan hartawan yang menguasai dan mengawal ekonomi. Kesannya sama - rising inequality

Maka Karl Marx memberikan pandangan bahawa 'ekonomi' itu perlu dimiliki oleh masyarakat, bukan kerajaan mahupun individu - satu cadangan yang sedap didengar, tetapi ketinggalan satu lompong persoalan yang besar. Iaitu siapakah 'masyarakat' - bagaimana pula pembahagian ekonomi dilakukan sesama 'masyarakat' itu

Akhirnya penganut kepercayaan ekonomi Karl Marx menubuhkan 'Politburo' yang mengawal segala aktiviti ekonomi negara tersebut - yang effectively, tidak jauh beza dengan sistem feudal di mana kerabat diraja menguasai dan mengawal ekonomi.

Bagaimana Dengan Zaman Rasulullah

Ada seorang itu pernah mengatakan, bahawa sistem ekonomi Islam itu ada dua: zakat dan pengharaman riba

Ianya suatu simplification yang aku rasakan tidak adil kepada perbincangan ilmu ekonomi, kerana ianya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah orang miskin yang tidak mampu membeli nasi, orang muda yang masih gagal mendapat kerja ataupun para peniaga yang terus kaya dengan menaikkan harga barang

Namun apa yang jelas, yang diterapkan oleh Rasulullah adalah prinsip di dalam ekonomi, bukanlah dasar ataupun kaedah pengurusan ekonomi itu sendiri. Itulah yang menjadikan perbincangan ekonomi Islam sangat limited.

Prinsip ekonomi Islam:
i) Jangan menindas - maka riba itu diharamkan, gharar itu diharamkan, menjual barang yang sudah buruk itu diharamkan, menipu dalam jual beli itu diharamkan
ii) Jangan mengambil hak orang lain - maka menetapkan harga syiling itu dilarang (jika tanpa subsidi)
iii) Kena produktif - maka maisir itu diharamkan, berkerja serta berniaga itu digalakkan
iv)  Bantu-membantu - maka zakat itu wajib, sedekah itu digalakkan

Kenapa prinsip dan bukannya sistem? Supaya umat Islam tidak menyempitkan diri kepada satu-satu jenis pengurusan ekonomi. Sedangkan ianya perkara yang perlu berubah mengikut zaman.

Gift Economy

Ada yang berpendapat satu unsur penting di dalam 'sistem ekonomi Islam' adalah unsur beramal soleh i.e. bersedekah, saling bantu membantu dan sewaktu dengannya. Suatu idea yang pernah aku fikirkan beberapa tahun dahulu, dan juga pernah dibincangkan oleh ahli ekonomi barat yang diberikan nama 'gift economy', serta pernah berlaku di luar sistem ekonomi Islam di kepulauan Trobriand (Google: Kula Ring)

Aku tak berminat untuk membincangkan secara terperinci. Kerana rasanya semua sedar bahawa untuk membiarkan ekonomi bergantung kepada sistem 'gift economy', adalah suatu teori ekonomi idealism yang lebih ideal daripada free market economy.

Antara Ekonomi dan Jalan Raya

Persoalan centralized economy vs decentralized economy ini samalah seperti persoalan adakah perlu meletakkan traffic light di atas jalan raya?

Semua orang tahu jawapannya, ada tempat yang perlu, ada tempat yang tidak.

Di kampung yang mana kereta hanya lalu sekali setiap 10 saat, meletakkan traffic light adalah suatu kebodohan

Di bandar yang 100 kereta lalu setiap 10 saat dengan pejalan kaki yang ingin melintas jalan, tidak meletakkan traffic light itu adalah suatu kebodohan

Maksudnya apa? Samada ekonomi itu perlu dirancang oleh kerajaan ataupun tidak, sangat bergantung kepada saiz ekonomi tersebut.

Untuk ekonomi yang penduduknya masih kecil seperti zaman Rasulullah, maka ianya tidak perlu. Apabila ianya sudah besar seperti pada zaman Umar Ibn Khattab, maka sedikit demi sedikit perancangan dan sistem ekonomi itu dibentuk

Sebab itu aku bukanlah seorang yang berpegang kepada mana-mana mazhab ekonomi, kerana keperluan ekonomi itu bergantung kepada keadaan semasa dan bukanlah keadaan ekonomi 100 tahun dahulu (Maynard Keynes), apatah lagi 250 tahun dahulu (Adam Smith).

Friday, 11 November 2016

Kemenangan President Trump - Kekalahan Perdagangan Dunia



Donald Trump Sebagai Presiden Amerika Syarikat

Kebanyakan polls, betting market, political experts dan lain-lain semuanya mengatakan bahawa Clinton yang akan menang, yang mana majoriti pendapat tersebut semuanya berasaskan kepada polls yang dibuat oleh banyak pihak.

Dan of course seperti Brexit, akhirnya mereka semua salah.

Walaupun di dalam media semua mengatakan Clinton akan menang, tetapi aku yakin di 'belakang' media, perdebatan yang hangat berlaku, sehingga tahap ada sesetengah mereka yang membuat pertaruhan sesama sendiri untuk menentukan siapa yang akan memenangi pilihanraya tersebut. Sekadar secara 'rasminya', semua akan mengatakan Clinton. Semata-mata kerana polls mengatakan Clinton dan pendapat 'rasmi' sentiasa perlu didalangi dengan fakta dan hujah yang kukuh.

Walaupun ada pihak yang sudah meramalkan Trump yang akan menang pilihanraya tersebut seperti Nadeem Walayat, tetapi aku baca macam mana pun dia bukan ada mengatakan sebarang hujah kukuh. Just pure rough assumptions based on Brexit. Analyst sebegini kebiasaannya dia suka membuat kenyataan yang lain daripada mainstream, sekadar untuk mendapatkan perhatian dan suka quote balik bila dia betul, dan diam bila dia salah. Dia menjangkakan oil price dah sampai bottom masa September tahun lepas pada $36 setong dan akan rebound in 'immediate future', kemudian akan terus berada dalam lingkungan $40-$64 (besar tu range tu) dan capai dalam $60+ dalam tempoh setahun.

Dan yup, dia salah sepenuhnya. Harga minyak selepas tu flat sekejap dan terus jatuh sehingga bawah $30, dan harga minyak WTI tak pernah melepasi $51 sehingga sekarang. Sekurang-kurangnya daripada analisis aku sendiri, aku memang tahu dari awal minyak memang akan sangat-sangat susah untuk mencapai $60 tahun ini, melainkanlah kalau Fed tiba-tiba cakap diorang tak akan naikkan interest rate langsung lagi.

Hakikatnya tak ada siapa yang boleh membuat forecast dengan 100% accuracy. Samalah dengan kes US Presidential Election. Tapi bagi aku ada satu sebab jelas kenapa Brexit dan Trump menang election. Ianya berpunca daripada kebangkitan golongan kanan.

British ke American ke, Sama je dengan Malaysian

Pernah tak dengar orang cakap "orang Bangladesh yang duk jual lemang kat tepi jalan sekarang ni", "construction company tu sebenarnya orang Indonesia yang punya", "kau tahu majoriti kedai kat KL tu sekarang milik orang Myanmar" dan "Pasar Borong Selayang tu yang jual majoriti bukannya orang kita!"

Apa ayat-ayat tu? Itu ayat-ayat anti-immigrant. Atau xenophobic. Mungkin juga sebenarnya adalah racist atau chauvinist. Mana-manalah. Sama. Ianya sikap yang deep inside, wujud dalam diri kebanyakan manusia, terutamanya yang tidak membesar dan hidup di dalam kepelbagaian kaum dan bangsa. Malahan yang membesar dalam kepelbagaian bangsa pun, ada kemungkinan untuk wujud pendirian sebegitu.

Perasaan bencikan pihak 'lain' dan inginkan pihak 'sendiri' yang bangkit dan berjaya - inilah asas kepada kejayaan Brexit dan Trump. Mereka ini jauh lebih bersemangat inginkan 'perubahan', maka mereka turun beramai-ramai dan mengundi demi kepercayaan mereka, berbanding satu lagi pihak yang hanya inginkan 'status quo' i.e. tiada perubahan. Golongan yang inginkan perubahan sentiasa lebih bersemangat daripada yang tidak inginkan perubahan - dan itu memberikan kesan terhadap bilangan dan jenis pengundi, atau lebih tepat orang yang turun mengundi. Maka hasilnya adalah kemenangan Brexit dan Trump.

Malahan memandangkan 'racism' itu adalah sesuatu yang dipandang sangat negatif di barat, wujud kemungkinan bahawa mereka menjawab untuk menyokong Clinton di dalam poll, hanya kerana pollster tersebut mempunyai rekod peribadi dia, tetapi menyokong Trump di peti undi sebenar.

Antara Trump dan Clinton

Ramai orang takutkan Trump, sebab memang sepanjang tempoh kempen dia, dia membuat 1,001 kenyataan yang sangat merapu. Nak halau muslim dari US, nak buat Mexican wall, dan entah apa-apa lagi.

Sekadar persoalannya, sejauh mana dia akan betul-betul buat semua tu. Sebaik sahaja dia memenangi pilihanraya US, website Trump terus menghapuskan kenyataan yang dia akan melarang muslim di US. Boleh jadi kenyataan tu memang dia akan buat, boleh jadi sekadar untuk kempen pilihanraya sebab dia tau ramai orang US tak suka muslims, dan juga boleh jadi ianya dipadam atas faktor-faktor politik.

Apa yang pasti? Yang pasti tak kiralah Clinton atau Trump, tak perlulah nak mengharap mereka akan baik kepada muslims.

Sekadar, antara Trump dan Clinton. Trump hanya baru cakap, manakala Clinton memang pernah menyokong untuk segala jenis serangan dan peperangan yang dilakukan olah US kepada umat Islam di seluruh dunia. Disebabkan itu, aku lebih menyokong Trump berbanding Clinton.

Apa yang Dibawa?

Trump is all about American. Dia menjanjikan yang terbaik untuk American - sesuatu yang semua orang US suka untuk mendengarnya, melainkan golongan immigrants dan keluarga mereka, kerana mereka menjadi kambing hitam di dalam perjuangan politik Trump. Manakala Clinton kekal menjadi orang politik yang inginkan kebaikan untuk semua. Yang mana semua orang tak mengambil serius dengan apa yang dikatakan, sebab merasakan itu hanyalah ayat sandiwara politik.

Kaitan Trump, US, dan China dengan Ekonomi Dunia

Dalam business dan sekaligus bermaksud dalam ekonomi, business / ekonomi itu 'maju' apabila kita mempunyai ramai pembeli. Dekat dunia ni memang ada beberapa negara yang merupakan 'pembeli utama' produk dunia, iaitu US dan China. Kenapa? Sebab diorang besar. Penduduk diorang ramai. China mewakili 19% daripada penduduk dunia. Manakala walaupun penduduk US jauh lebih sedikit berbanding China (4% daripada penduduk dunia), tetapi disebabkan kuasa ekonomi dan duit mereka yang jauh lebih tinggi, maka mereka masih sama penting dengan China. Kedua-dua US dan China masing-masing mewakili 16%+ daripada keseluruhan ekonomi dunia, di mana jumlah kedua-dua negara tersebut membawa kepada 32.5% daripada ekonomi dunia.

Maksudnya, dunia sekarang sangat bergantung kepada kedua-dua negara ni. Maka silalah faham kalau negara kecil macam Malaysia ni menjaga hubungan politik dengan kedua-dua negara ni, sebab untuk negara yang kecil, untuk menjadi 'maju' itu hubungan yang baik dengan US dan China sangatlah perlu.

Apabila Trump "wants to make America great again", maka apa yang dia perjuangkan adalah kebangkitan America, sekaligus bermaksud segala unsur-unsur yang menjatuhkan America dan tidak bagus untuk America, akan dibuang. Ini termasuklah barangan-barangan dari China yang jauh lebih murah dan banyaknya meniru barangan US, pekerja Mexico yang murah dan bermasalah serta corruption yang menyekat potensi ekonomi US. And... it works. Sebab Americans memang dari kecil lagi semangat nasionalist itu ditanam dengan sangat kuat.

Protectionism

Bermula dari separuh kedua tahun 2016, isu protectionism sudah menjadi satu isu besar di dunia ekonomi yang hangat dibincangkan, terutamanya di kalangan mereka yang menguruskan trade activity dan di dalam penerbitan-penerbitan IMF, WTO, World Bank dan sewaktu dengannya. China sedang berusaha untuk mengurangkan import, US sudah membuat beberapa langkah protectionism manakala exporters kita sangat ramai yang memberi aduan betapa susahnya untuk mereka eksport barangan ke Indonesia sekarang ini, dengan semua non-tariff measures yang dibuat. Hasilnya? Global trade activity tahun ini sangatlah lemah.

US vs China

Kalaulah apa yang Trump katakan ingin lakukan selama ni betul-betul dibuat, di mana dia nak naikkan tariff untuk barangan dari China sebanyak 45%, itu boleh jadi permulaan kepada 'trade war' di seluruh dunia. Hasilnya, negara-negara yang sangat bergantung kepada eksport seperti Malaysia akan terkesan, kerana 1/3 daripada ekonomi kita bergantung kepada industri eksport..

Untuk tahun ini, 11.9% daripada export kita pergi ke China, dan 10.4% pergi ke US. Kena ingat itu hanyalah 'direct relationship'. Disebabkan 36.6% daripada eksport kita adalah Electrical and Electronic Products, yang sebahagian besarnya adalah intermediate goods, i.e. komponen-komponen untuk final goods, maka sebenarnya kebergantungan ekonomi kita kepada US dan China adalah lebih besar daripada 10-12% di atas. Ini disebabkan production supply chain untuk satu-satu barangan elektrik zaman sekarang adalah sangat panjang dan bertaburan di seluruh dunia. Apa yang kita eksport ke Hong Kong, Singapore atau Taiwan, berkemungkinan besar destinasi akhirnya masih China ataupun US.

Tahun ini, eksport Malaysia ke China masih jatuh dengan teruk, walaupun China punya ekonomi mempunyai momentum yang jauh lebih baik daripada tahun lepas. Kerana China memang sudah menyatakan dari awal untuk melakukan 'imports substitution', di mana mereka ingin menggantikan semua imports yang boleh digantikan kepada local production. Aku jujurnya ingat mereka takkan berjaya. Tapi memandangkan diorang ni very centralised economy, nampak gayanya macam diorang dah berjaya.... Well, they have everything in their disposal, from land, cheap labour to the knowledge and technical skill. So of course it is possible.

Eksport China ke US sahaja mengambil 20% daripada keseluruhan eksport oleh China. Kalau kedua-dua negara, US dan China, ingin melakukan imports substitution i.e. menggantikan imports dengan local production tidak kiralah melalui kenaikan tariff, non-tariff measures ataupun secara terus mewujudkan industri yang diperlukan, maka yang akan sakit terduduk adalah kita. Trade war akan berlaku, dan negara-negara yang tak begitu penting di dalam production chain mereka akan disisihkan dan.... pandai-pandailah hidup.


Theory of Trade

Dalam teori ekonomi perdagangan, dia ada satu teori yang digelar 'comparative advantage' theory. Penjelasan mudahnya, kalau kat Malaysia kos pekerja murah, manakala di US pula ramai pekerja pakar, maka adalah lebih baik untuk Malaysia fokus di dalam menghasilkan produk yang 'labour intensive', manakala US menghasilkan produk yang 'knowledge intensive'. Dan itulah yang berlaku selama ni.

Logik tak? Mestilah logik, sebab kita bukannya ada orang yang reti buat iPhone. dan US mana ada yang nak kerja dengan gaji RM1,000 sebulan. Maka jadilah US menghasilkan blueprint untuk menghasilkan iPhone, dan tugas Malaysia adalah memasang iPhone tersebut mengikut cara yang US beritahu. So it's a win-win situation, kan? Ianya akan merugikan dunia kalau pekerja kita cuba untuk menghasilkan smartphone yang takkan setaraf dengan iPhone, manakala iPhone pula akan lebih mahal jika dipasang di US disebabkan kos pekerja yang mahal. (Cuma realitinya iPhone dipasang di China).

Cuma masalahnya sekali lagi, kita akan tersekat di situ. Kita tersekat di dalam 'specialising' in 'labour intensive' economy. Maksudnya rakyat kita tak akan boleh jadi kaya macam US. Kita tak akan menjadi 'innovative' macam orang US. Kita akan terus berada di bawah, dan mereka terus di atas. Dan seperti di dalam post sebelum ni, bila kita cuba untuk lari daripada masalah ni, maka Foreign Direct Investment (FDI) akan lari dari kita.

Siapa Menang dan Siapa Kalah?

Maka, kalaulah. Kalau ekk. Trump memang betul-betul anti-China dan sangat nationalist, chauvinist, xenophobic, seperti yang dia perjuangkan selama ni. Maka kemungkinan besarnya dia akan melakukan banyak protectionism policy, dari tariff barriers sehinggalah non-tariff barriers, untuk melindungi interest America. Itu akan menjatuhkan demand untuk barangan China, dan juga berkemungkinan untuk menjatuhkan demand barangan-barangan dari seluruh dunia sekaligus. Paling teruk, kemungkinan berlakunya 'trade war', yang mana semua negara mula menjadi protectionist. Kesannya boleh jadi sangat negatif kepada negara kecil seperti Malaysia, terutamanya untuk manufacturing sector. Tapi untuk Singapore lagilah buruk, boleh jatuh terduduk terguling-guling. Unemployment akan meningkat di Malaysia disebabkan kelembapan di bahagian manufacturing, tapi harapnya ianya akan menjadi suatu creative destruction yang baik, untuk mengubah struktur ekonomi Malaysia pada jangka masa panjang.

Kebebasan

Apa yang diperlukan adalah untuk Malaysia tidak lagi bergantung kepada mana-mana negara, untuk bebas, sekurang-kurangnya di tahap ekonomi. Biarlah negara lain yang bergantung kepada Malaysia, tetapi kita sendiri bebas mempunyai pilihan untuk membeli barangan keluaran Malaysia, ataupun barangan luar.

Barangan ini merangkumi dari tahap paling asas, iaitu beras, sehinggalah tahap produk teknologi dan khidmat nasihat. Tidak perlulah mengambil nasihat daripada World Bank mahupun Jack Ma, sedangkan rakyat Malaysia lebih memahami rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi di Malaysia sendiri. Apa yang kita perlukan daripada mereka adalah ilmu teknikal mereka, dan peluang untuk rakyat Malaysia cuba mengaplikasikan ilmu itu di tanah air.

Apa guna bayar beribu-ribu pelajar bijak pandai Malaysia belajar di luar negara setiap tahun, mensasarkan pemegang PhD seramai 60,000, tapi akhirnya bukan nak mendengar nasihat daripada orang sendiri. Sedih apabila begitu banyak bakat terpendam di Malaysia yang tidak mempunyai peluang untuk menonjolkan bakat mereka.

Tiada yang Sudah Pasti

Walaupun begitu, seperti Brexit, tidak ada jaminan pun yang Trump akan betul-betul melakukan semua yang dia katakan sebelum ini. Malahan jika dia ingin lakukan pun, ada kemungkinan Republicans yang lain akan menghalangnya. Samalah seperti Brexit, yang sekarang ini mendapat perintah daripada mahkamah bahawa mereka perlu mendapat kelulusan Parlimen terlebih dahulu.

Yang Pasti

Tapi apa yang pasti, kalau ekonomi kita masih di tahap bawah, masih bergantung kepada cheap labour dan easy money, masih tidak menuju ke arah innovative and knowledge-based economy.

Maka dalam jangka masa panjang, kita akan menjadi sangat kasihan.

Monday, 7 November 2016

Kos Sara Hidup: Orang Kaya dan Subsidi



Cost of living @ kos sara hidup

Ianya isu yang sangat sukar untuk dibincangkan, sebab memang semakin maju satu-satu negara, maka kos sara hidup dia akan semakin tinggi.

Teori mudah dia, bayangkan tengah main game Monopoli, kemudian ada seorang pemain nak lelong tanah dia. Kalau masa tu semua pemain lain cuma ada $1,000 kat tangan, maka paling-paling mahal dia boleh jual pun hanyalah $1,000. Tapi kalau masa tu semua pemain lain ada $10,000, maka paling mahal dia boleh jual adalah $10,000. Kalau korang penjual tu, adakah korang akan nak jual pada harga $1,000 kalau ada yang menawarkan $10,000? Memang tak lah.

Maksudnya apa? Maksudnya semakin kaya satu-satu masyarakat tu, semakin mahallah harga barang di kawasan tersebut. Atau lebih tepat jika peniaga naikkan harga dan masih ada orang beli sehingga barangnya habis, maka harga barang tersebut akan terus mahal dan harganya takkan jatuh. Kerana demand masih ada. Cuba tengok kos gunting rambut negara-negara maju i.e. UK, US, Jepun dan sewaktu dengannya. Mencecah RM50-150 kot.

Ada dua faktor untuk kenaikan harga barang, samada disebabkan kenaikan demand / kenaikan kos

Kenaikan Demand

Siapa orang Bangi? Kalau korang orang Bangi mesti perasan bahawa Bangi ni memanglah bak kata orang, "the City of Food and Tudung", walaupun kebelakangan ni bukan sekadar tudung, tapi juga merangkumi segala bagai pakaian-pakaian muslimah dan sewaktu dengannya.

Kedai makan cakap jelah kedai makan macam mana, dari yang roti canai RM1.20 kepada air minuman RM15-20 yang mengandungi 90% ais sehingga nak minum pun asyik tersekat sebab ais, sentiasa penuh dan ada orang. Sebab orang Bangi majoritinya berduit, hasil daripada ramainya pensyarah, doktor, cikgu, pegawai-pegawai kerajaan dan sewaktu dengannya yang duduk di Bangi.

Situasi di mana harga barang naik hasil daripada meningkatnya kekayaan masyarakat di situ, adalah sesuatu yang bermasalah apabila 'creation of wealth' itu tidak sekata. Atau dengan kata lain, ada pihak yang ketinggalan....

Mengikut data daripada Department of Statistics, 50% daripada masyarakat di Malaysia yang berkerja mendapat gaji RM1,600 ke bawah. Jadi sesiapa yang mula-mula gaji sahaja sudah mendapat lebih daripada tu, maka bersyukurlah sebab sebenarnya korang adalah golongan 'above average', walaupun korang rasa tak logik sebab masih tak ada simpanan setiap hujung bulan, tapi itulah realiti.

Masalahnya yang menaikkan barang kat Malaysia ni adalah golongan yang berduit. Walaupun mereka mungkin hanya mewakili 10% daripada masyarakat, tapi diorang jugalah yang boleh berbelanja tanpa kisah dan memberikan keuntungan kepada peniaga, sekaligus menjadikan peniaga tidak rasa bersalah untuk menaikkan harga barang. Sehingga tahap, ada barangan yang mana pelanggan barang tersebut hanyalah untuk golongan 10% terkaya di Malaysia. Maka harga yang ditetapkan adalah berdasarkan kemampuan pelanggan mereka, bukan kemampuan masyarakat secara keseluruhan.

Golongan ini, walaupun complaint di FB cakap harga barang naik, tapi mereka masih berbelanja seperti biasa. Diorang ni hanya akan mula berhati-hati berbelanja kalau ada risiko kena buang kerja atau potong gaji sahaja, setakat roti canai naik dari RM1.00 kepada RM1.20 (naik 20%) tu, diorang kisah apa....

Kenaikan Kos

Kalau dalam teori ekonomi, bila economic slowdown, maka peniaga akan kurangkan harga. Atau kalau kos kurang, maka harga akan jatuh.

Realitinya? Cuba tanya diri sendiri. Kalau kita beli tudung Neelofa kat Vietnam, dengan kos RM5 sehelai. Ada ke kita nak jual balik dengan harga RM10? Takdenya. Paling murah pun RM30, yang 'bijak' pulak akan jual RM100. Kalau kos naik maka kita akan naikkan harga, untuk pastikan keuntungan kita terjamin, tapi kalau kos turun, kita ambil jela keuntungan tambahan tu, rezeki. Sangat susah untuk jumpa peniaga yang akan kurangkan harga dalam keadaan tu.

Why? Cause most people are selfish i.e. profit oriented. Kebanyakan jela, bukan semua.

Rasanya semua dah lama perasan yang kalau harga minyak naik, maka harga semua barang akan turut naik. Tapi bila harga minyak turun, semua peniaga buat bodoh tak faham apa kaitan dengan diorang.

Perasan tak situasi yang sama berlaku dengan bil elektrik kita. Pada tahun 2014, TNB menaikkan tarif elektrik, kerana katanya harga bahan api sudah meningkat. Antara yang diceritakan pada masa tu adalah harga LNG, yang meningkat dengan banyak pada masa itu.



Ye betul, memang harga LNG melonjak naik pada masa tu, dan ada kemungkinan besar TNB akan mengalami kerugian jika mereka tak naikkan tarif elektrik. Tapi macam mana selepas tu? Pada tahun 2015 harga dah jatuh jauh lebih rendah daripada tahun 2013, tapi ada tarif elektrik dikurangkan? Tak ada dan memang takkan berlaku, melainkan ada ahli politik yang masuk campur.

Satu lagi dalam membincangkan isu harga barang, volatility di dalam commodity prices tu memang satu hal, tapi satu hal yang lain pula bila ianya melibatkan subsidi.

Subsidi

Jujurnya, aku kurang bersetuju dengan sistem subsidi ke atas barangan. Contohnya subsidi gula, petrol, minyak masak dan sewaktu dengannya. Sebab memang realitinya, ianya banyak keburukan. Memang satu hakikat bahawa banyak berlaku kes penyeludupan untuk barang-barang yang diberikan subsidi, dan pada masa sama jenis subsidi sebegini turut dinikmati golongan kaya top 10% yang duit terlebih, maka ianya menjadi satu pembaziran kepada duit kerajaan.

Tapi jika dimansuhkan dengan sebegitu sahaja, maka golongan 50% yang dapat RM1,600 ke bawah tadi pastilah akan jauh lebih sakit. Maka memang cara terbaik adalah targeted subsidy. Buat masa ni ianya dilakukan melalui kaedah BR1M, tapi aku tak suka sangat sebab ramai yang salah guna BR1M ni. Bagi aku lebih baiklah subsidi tersebut diberikan dalam bentuk kuota untuk barangan-barangan tertentu i.e. beras, petroleum dan segala bagai keperluan yang lain. Hanya perlu buat macam style debit card, sama seperti kad debit yang diberikan untuk para pelajar IPT sekarang untuk menggantikan BB1M. Sangatlah possible.

Dia masalah dengan polisi kerajaan, adalah sebaik saja kerajaan bagi benda tu, maka Rakyat akan mula merasakan itu adalah suatu 'hak' mereka, dan bukannya 'keistimewaan'. Ini termasuklah subsidi petrol, minyak masak, dan satu hari nanti BR1M dan BB1M (atau sekarang dah jadi kad debit) pun akan menjadi perkara yang sama. Pada saat itu, melainkan ada 'political will' yang kuat, maka benda tu akan terus menjadi beban di dalam kewangan kerajaan. Jadi subsidi sebegini memang dari awal sepatutnya adalah targeted, supaya memang yang betul-betul memerlukan sahaja yang dapat, dan bukan rakyat secara keseluruhan merasakan ianya 'hak' mereka.


Inflasi

Secara ekonominya, yang menjadi kayu ukur untuk kos sara hidup kita adalah inflation rate, atau dengan kata lainnya kadar kenaikan harga barang. Yang mana untuk bulan September 2016, inflation rate Malaysia adalah pada kadar 1.5%.

Kalau cakap nombor tu, memanglah semua orang rasa ianya sungguh merapu dan tak logik. Orang punya susah nak hidup sampai ada yang bunuh diri, kau cakap harga barang naik 1.5% je?

Masalah dengan inflation rate, adalah ianya mengambil kira purata perbelanjaan rakyat seluruh Malaysia. Maka yang menjadikan inflation rate yang rasmi itu berbeza daripada apa yang kita rasa adalah disebabkan perbezaan perbelanjaan antara kita, dan 'purata' rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Atau bahasa teknikalnya, ianya perbezaan 'weightage' perbelanjaan kita

Contohnya weightage untuk keretapi (LRT, KTM, Monorail dll). Aku sampai sekarang tak pasti orang yang jawab survey tu tak faham ke ataupun apa, tapi hasilnya, weightage untuk keretapi kepada inflasi adalah 0%. 0%!! Lebih tak logik bila sebelum ni, dalam survey yang dibuat tahun 2005, weightage keretapi 0.03%, ni selepas semua pembangunan, LRT, Monorail whatever, jadi 0.0%. Aik?? Malahan weightage untuk kapal terbang pun lagi berat, sebanyak 0.30%. Like..... seriously?

Aku spend dalam RM180 sebulan dekat keretapi kot, boleh kau kata weightage untuk keretapi 0%....

Aku sampai sekarang rasa orang-orang yang jawab survey tu bayangkan keretapi yang jalan jauh-jauh antara bandar bila cakap pasal 'rail transportation', membawa kepada result macam tu.... Tapi biarlah.

Jadi sebenarnya, untuk kita betul-betul tau kos kenaikan harga barang KITA sendiri, maka kita tidak boleh bergantung kepada official inflation rate. Mengikut economist Khazanah Research Institute, untuk golongan yang susah, 94% daripada pendapatan mereka digunakan untuk makanan. Dan Kalau melihat kepada makanan sahaja, maka sejak 2010, kos makanan sudah naik sebanyak 26%!

Maka aku dengan rajinnya ada membuat excel spreadsheet, yang merangkumi 63 barangan, daripada beras sehinggalah bayaran insurans kereta menggunakan data oleh Department of Statistics. Kalau nak tahu, jumlah barangan yang aku boleh access data indeks harganya adalah sebanyak 162 jenis barangan. Tapi 63 barang-barang tersebut dipilih berdasarkan apa yang aku rasakan majoriti orang memang akan berbelanja untuk barang-barang tu.

Download: Personal Inflation Calculator

Korang hanya perlu masukkan detail perbelanjaan korang kat dalam tu dekat column B, dan akan keluarlah result personal inflation korang. Tapi untuk segala perbelajaan yang 'fixed' i.e. hutang kereta, rumah, bayaran insurans nyawa dan sewaktu dengannya, tak perlulah dimasukkan. Sebab benda-benda tu takde 'perubahan harga' (melainkan berlaku perubahan interest rate, but even that quite marginal).

Secara ringkasnya, harga barang naik disebabkan:
1) Orang kaya semakin kaya, yang mewujudkan permintaan untuk barangan yang mahal. Kesan buruknya kepada golongan miskin yang pendapatan tak berubah-ubah
2) Peniaga sentiasa memastikan keuntungan mereka terpelihara. Tetapi jika ada pengurangan kos, maka mereka gembira mendapat keuntungan lebih.
3) Pemansuhan subsidi hasil daripada rakyat merasakan subsidi adalah 'hak' mereka. Subsidi sepatutnya hak kepada mereka yang memerlukan, bukanlah hak kita semua.

Wallahualam

Saturday, 5 November 2016

Foreign Direct Investment: Kisah Orang Kampung dan Bandar




Foreign Direct Investment (FDI)

Bahasa mudahnya FDI ni adakah bilamana foreign investor labur ke dalam Msia, yang mana pelaburan tu memberi kuasa ownership terhadap pelaburan tersebut. Contoh paling mudah bila Samsung buat kilang di Msia, maka itu dikira FDI. Kalau ada foreign company takeover / beli company milik Malaysia, maka itu FDI. Tapi pelaburan saham tak termasuk dalam FDI.

Dalam teori ekonomi, FDI adalah sesuatu yang sangat diagungkan. Malahan ianya turut menjadi KPI utama untuk kebanyakan negara-negara membangun, termasuklah Malaysia. Logiknya mudah.

Bayangkan pakcik di sebuah kampung bernama M, yang ada tanah yang besar tapi tidak diusahakan. 
Bagus tak kalau tiba-tiba datang orang dari bandar, datang ke pakcik tu dan mintak nak beli / sewa tanah dia untuk dibuat kilang smartphone? Bukan saja pakcik tu dapat duit 'free', malahan orang-orang kampung pun boleh mendapat pekerjaan di kilang tersebut. Makahan lebih best lagi, ada kemungkinan orang kampung tu akan belajar cara buat smartphone dan boleh buat smartphone sendiri!!

So bagus tak FDI. Mestilah bagus!! Maksudnya ada 3 manfaat FDI di sini:
1) dapat capital - pakcik tu boleh guna duit tu utk buat business baru
2) membina peluang pekerjaan - orang kampung boleh beri makan anak bini
3) transfer of knowledge / technology - orang kampung akan reti buat smartphone

Yeah right. If only the reality is the same in the textbook theory.

Cuba fikir balik.... kenapa orang bandar tu nak bukak kilang di kampung M? Jauh kot dari rumah dia.

Jawapannya mudah, tanah murah, pekerja pun murah. Dia buat tu untuk kurangkan kos, supaya boleh dapat lagi banyak untung. Rasa-rasanya dia akan nak biar ke orang kampung tu tau cara buat smartphone sendiri? Memang tak lah. Buat apa nak mewujudkan competitor di masa hadapan....

Maka untuk semua key position, lagi-lagi yang sangat strategik, orang bandar akan mengambil orang lain dari bandar untuk memegang jawatan tersebut. Mereka inilah golongan 'expatriate' atau lebih dikenali sebagai 'expat'. Yang kalau kat KL ni semua condo-condo kawasan KLCC tu majoritinya dioranglah yang duduk. Orang bandar kena bawak expat, sebab pertama tak nak trade secret terbongkar, dan sebab lebih penting bukan orang-orang kampung ni boleh pikul tanggungjawab tu pun, fikir mereka.

Malahan kalau nak berpijak kepada realiti, yang diorang buat dekat Kampung M tu mungkin bateri Smartphone je, chip diorang buat kat kampung jiran I, assemble dekat kampung C pulak. Kesannya takde mana-mana kampung akan reti untuk buat smartphone diorang sendiri, melainkan orang bandar tersebut.

Jadi baguskah FDI? Sangat subjektif

Malaysia dahulu sangat sama dengan orang kampung tu. Kita sangat menggalakkan FDI, dengan memastikan kita boleh menawarkan pekerja dengan kos yang murah. Maka kilang-kilang Multinational Corporation tumbuh seperti cendawan di Malaysia. 

Adakah Msia mendapat manfaat? Semestinya. Yelah cuba fikirkan, kalau pakcik tu tak biarkan orang bandar tu buat kilang kat tanah tu, bukan tanah tu akan jadi apa pun. Orang kampung tu takde capital dan technical knowledge untuk buat apa-apa yang berbaloi sangat pun dengan tanah tu. Jadi baguslah FDI dari orang bandar tu

Tapi dalam jangka masa panjang, ianya bukanlah model yang sustainable

Bila ketua kampung melihat manfaat yang dapat daripada kilang tu, maka dia pun cuba menarik lebih ramai orang bandar untuk bukak kilang di situ. Maka kilang pun tumbuh satu demi satu.... semakin banyak penduduk kampung yang mendapat kerja.... sehinggalah tahap... dah takde pekerja untuk kerja di kilang baru... gaji semakin meningkat, dan orang bandar mula mempersoalkan adakah masih berbaloi untuk teruskan operasi di kampung tersebut.

Ketua kampung yang mula risau orang-orang bandar akan mula membawa keluar pelaburan mereka, mula mengimport pekerja-pekerja dari kampung jiran. Maka buat masa ni orang bandar pun gembira dan memuji tindakan ketua kampung. Orang kampung M pula marah dengan kehadiran pekerja-pekerja dari kampung lain yang menekan gaji mereka. Akibatnya kenaikan gaji terus berlaku. Sehinggalah tahap orang bandar akhirnya membuat keputusan untuk berpindah operasi ke kampung V, yang dilihat masih mempunyai tenaga pekerja yang murah

Akhirnya barulah ketua kampung tu sedar.... bahawa dia tak boleh terus bergantung untuk menarik FDI melalui cheap labour.... Pelbagai usaha dilakukan, daripada ingin menarik FDI menggunakan skill dan knowledge orang-orang kampung di situ, kepada ingin menghasilkan smartphone mereka sendiri....

Tapi kedua-duanya gagal..... sebab hakikatnya kampung M tak pernah menghasilkan apa-apa... sudah menjadi culture mereka untuk mendapatkan duit melalui 'easy money'. Pasang je apa yang orang suruh pasang. Buat je apa yang orang bandar suruh buat. Sewakan je hak tanah mereka kepada yang nak menyewa.... Atau kalau tawaran menarik, jualkan je.

Kampung M berbeza dengan kampung C.... yang turut sama menerima FDI yang banyak disebabkan kos pekerja yang murah, tetapi dari awal lagi sudah merancang untuk tiru dan curi teknologi orang bandar, untuk mewujudkan teknologi mereka yang tersendiri..... ramai penduduk M mengutuk barangan keluaran C yang dipandang sebagai 'cetak rompak' dan 'low quality'.... tapi mereka tak sedar.... sekurang-kurangnya, itu barangan yang dibuat kampung C sendiri....

Setelah 20 tahun.... beza kampung M dan C sangat ketara.... Kampung C mula berjaya mewujudkan smartphone mereka sendiri, yang berdiri setanding dengan smartphone dari orang bandar. Manakala kampung M pula mula datang ke kampung C, untuk meminta orang kampung C melabur pula di kampung M.....

Sehingga ke sudah, akhirnya banyak tanah-tanah kampung M bukan lagi milik orang kampunya sendiri, tetapi sudah dimiliki oleh pihak-pihak luar. Orang kampungnya pula, mendapat gaji jauh lebih besar berbanding dulu, tapi merasakan hidupnya lebih susah memandangkan nak mendapat rumah / tanah untuk hidup pun tak mampu. Ada yang akhirnya membunuh diri, hasil daripada tekanan hidup dan susahnya mendapatkan pekerjaan.....

Maka itulah al-kisah FDI di kampung M....

FDI sentiasa berlaku untuk mendapat lebih keuntungan, samada:
i) untuk mengurangkan kos
ii) untuk meningkatkan jualan / keuntungan
iii) untuk mendapatkan talent / teknologi negara tu
iv) untuk mendapat manfaat regulation di negara tu (low tax / strict intellectual property policy, etc etc)

Sekarang dah faham apakah itu FDI... maka kita perlu faham pula apa yang terjadi sekarang ni di dunia ekonomi sebenar....

Sekarang ni, FDI ke dalam Malaysia tengah sangat perlahan. Kebanyakan orang awam merasakan puncanya adalah disebabkan 1MDB. Tapi percayalah, that's not it. Yup ianya mendatangkan kesan sekejap sebab foreign investor risau akan berlaku rusuhan ke apa, tapi sekejap jelah. Sebab hakikatnya rakyat Msia ni tak mencapai tahap desperate untuk membuat rusuhan besar-besaran pun

FDI menjadi kurang disebabkan kos pekerja yang semakin mahal, lebih-lebih lagi bila Malaysia seperti serius mahu mengurangkan pekerja asing. Mereka kini mempunyai pengganti, iaitu Vietnam. Satu demi satu kilang ditutup di Malaysia bukan disebabkan ekonomi Malaysia, tapi disebabkan mereka boleh membuka kilang dengan kos yang jauh lebih murah di Vietnam.

Tapi adakah rakyat Vietnam mendapat manfaat daripada perkara ni? Entahlah. Dengar cerita wage growth diorang semakin slow walaupun permintaan untuk pekerja semakin tinggi. Sebab nak terus tarik FDI melalui low wage. Tahun ni kenaikan minimum wage diorang adalah yang paling perlahan sejak 2007.

Secara umumnya kerajaan sedar perkara ni, mereka tahu ini akan berlaku. Maka keluarlah usaha-usaha seperti innovative economy, year of start up etc etc. Untuk menggalakkan rakyat Malaysia sendiri mula mencipta barangan mereka sendiri dan biar rakyat Malaysia yang melabur membuka business baru untuk mencipta peluang pekerjaan....

Tapi silapnya? Ingin membetulkan sistem akademik tapi penyelesaian yang tak tepat diberikan. Ingin membina innovative economy tapi peruntukan UA dan biasiswa dipotong. Ingin menggalakkan rakyat membuat business (supposedly with high value add) tapi yang dijadikan contoh adalah peniaga nasi lemak (yang admit it, tengah berjaya disebabkan rupa dia dan free publicity yang diterima)

Aku bukan orang engineer. Jadi dari dulu aku tak faham.... kalau Honda tu boleh buat kereta dia sendiri tanpa sebarang university degree, purely from his strong passion towards car.... kenapa Malaysia tak boleh ekk? I mean yup kita ada kereta kita sendiri.... but how about other E&E devices..... nak kata orang Msia bodoh tak gak..... member aku sorang buat GPS sendiri sebagai assignment uni dia.... yang betulkan lecturer dan soalan exam kat UK lagilah aku banyak kali dengar.... cukup pandai la tu....

Is it because of lack of opportunity? Lack of fund? Entah aku jujurnya tak faham dan tak tahu... tapi tanpa semangat ke arah innovative economy yang dipikul bersama.... Malaysia takkan menuju ke arah 'negara maju'

Itu dari sudut manufacturing. Dari sudut services lagilah..... kerajaan terutamanya..... tak faham kenapa suka sangat ambil consultancy bayar MNCs macam KPMG, PWC dan sewaktu dengannya pada harga 5-10 kali ganda berbanding jika diberikan kepada local consultant.... yang buat kerja tu semua last-last fresh grad gak..... pastu benda technical majoritinya diorang outsource kepada local talent gak.... aku teringin sangat nak tahu berapa banyak Msia boleh jimat kalau kita stop bayar these foreign consultancy companies. Seriously, diorg overpaid..... lebih ridiculous bila BNM hanya dianggap sebagai second opinion untuk sebarang nasihat ekonomi.... sedangkan dalam industri kewangan, orang tak dengar sangat pun forecast @ opinion berkaitan Msia economy oleh foreign economists ni... banyak yang ke laut. Pastu Bloomberg pun quote diorang, sama-sama ke laut.

Okay dah merapu

Penulisan ni ada kaitan dengan pelaburan dari China tu sebenarnya. Cuba dapatkan jawapan untuk tiga benda ni, maka korang akan dapat nilai adakah pelaburan tu bagus untuk Malaysia atau tak:
1) duit masuk ke Malaysia. Tapi last-last majoriti duit tu pergi ke siapa? (Dari segi bahan, gaji pekerja dll)
2) dalam jangka masa panjang, aset tu akan menjadi milik siapa
3) adakah sebarang jaminan oleh kerajaan terhadap pelaburan tersebut i.e. kalau rugi Gov akan tanggung ke, kalau tak naik tambang kerajaan akan kena bayr ganti rugi ke etc etc

Wallahualam

P/S: ini adalah sudut perbincangan ekonomi yang terdapat perbezaan pendapat dan perdebatan yang sangat panjang. Tapi untuk benda macam ni, aku langsung tak berminat dengan paper-paper research untuk topik ni. Sebab aku tau yang sangatlah senang untuk tweak result research sebegini untuk mencapai hasil yang diingini

Wednesday, 2 November 2016

Meramal Harga RON95



Aku tau dah sangat ramai yang cerita itu ini berkaitan RON95. Sebenarnya ini isu lama pun. Banyak dah pun penjelasan yang diberikan dari banyak pihak. Tapi yang mungkin ramai tak tahu, sebenarnya kalau nak marah korang patut marah awal tahun hari tu, bukan sekarang. Sebab harga sekarang memang adalah 'fair price', manakala awal tahun hari tu yang korang rasa dah cukup murah sepatutnya lebih murah lagi.

Ringkasnya:

1) Harga minyak ikut harga minyak sedunia untuk bulan sebelumnya. Diorang tak buat forecast untuk harga minyak akan datang. Ada tiga teori aku pernah dengar berkaitan spesifik period yang digunakan. Contohnya untuk menetapkan harga minyak bulan November:

i) Sebulan sebelum. Maksudnya harga purata pada bulan Oktober
ii) 15hb kepada 15hb. Maksudnya dari 15hb September hingga 15hb Oktober. Ini berikutan diorang perlukan approval dari 'orang atas' dulu sebelum menetapkan harga minyak.
iii) Harga purata tiga bulan sebelumnya. Ni cara yang aku pernah buat dulu. Tapi aku rasa mungkin kebetulan je tepat time tu, sebab inside info semua cakap ianya hanya sebulan sebelum

2) Harga minyak yang digunakan adalah harga 'refined petroleum' (MOPS95). Bukan harga 'crude petroleum'. Sedangkan harga 'crude petroleum' yang berbeza-beza jenis pun ada masanya direction berbeza, apatah lagi harga refined petroleum berbanding crude petroleum. Tapi selalunya direction harga tu masih sama i.e. kalau naik maka dua-dua pun naik

3) Harga perlu ditukar ke dalam Ringgit. Harga minyak dunia dalam USD, manakala harga domestik RON95 akan dijual dalam Ringgit. Jadi nak tak nak kena ingat dan kena faham, kalau Ringgit jatuh, minyak akan jadi lagi mahal, and vice versa.

4) Harga terakhir masih di tangan kerajaan. At the end, harga minyaj

Jadi, untuk kiraan-kiraan di bawah, aku gunakan 15hb-15hb punya anggaran. Data harga minyak aku gunakan crude brent, manakala Ringgit aku gunakan USDMYR. Kedua-dua sumber data aku adalah daripada Bloomberg. Jadi untuk masa-masa depan, korang bolehlah ramal sendiri harga minyak menggunakan cara ni.

Hasilnya:

Perbandingan harga minyak RON95 dan RON95 Model


Apa yang boleh diperhatikan? Harga minyak RON95 yang sebenar biasanya lebih murah daripada model bila harga tinggi, dan lebih tinggi daripada model bila harga rendah.

Nak lebih jelas, perhatikan perbezaan antara keduanya di bawah


Nampak kan? Pada awal-awal tahun hari tu, kebanyakan masanya harga sebenar adalah lebih mahal dalam 10-30 sen berbanding harga yang sepatutnya. Tapi takde siapa yang bising, sebab time tu harga masih turun dan tak naik. Pandai tak kerajaan haha



Jadi adakah boleh aku meramal harga minyak dengan cara ni?

Dengan cara ni, kita boleh dapat agak harga minyak untuk bulan depan seawal 15hb bulan ni. Dengan kata lain kepada sesiapa yang sangat berkira dengan harga minyak, diorang dah boleh decide nak isi penuh ke tidak 15 hari sebelum harga minyak diumumkan.

Tapi, cara ni tak akan dapat teka harga minyak dengan ketapatan 100%. Yang paling boleh dilakukan, adalah meramal samada harga minyak lebih tinggi kemungkinan akan naik atau turun. Setakat ni semenjak Januari 2015, hanya ada 2 bulan yang mana kaedah ni gagal meramal arah harga minyak RON95, iaitu bulan Mac 2015 dan Oktober 2015.



Sekian, itulah. Disertakan sekali raw file calculation aku. Siapa yang pandai untuk fahamkan tu faham-fahamkanlah sendiri. Siapa yang tak faham tu, tanyalah kepada yang faham. Aku tak berminat nak tulis benda-benda teknikal secara detail.

Download: Raw file

Di atas tu hanyalah model based on data-data yang orang awam pun boleh dapat. Kalau nak spesifik cara kira sebenar boleh tengok di sini, tapi kena tau yang at the end, final price ditentukan oleh Gov. Jadi aku tak rasa kaedah tu pun boleh dapat forecast yang betul-betul tepat walaupun ada semua info yang diperlukan.

Friday, 21 October 2016

Dokumen Hijau dan Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2017: Satu Pandangan



For the first time in history, Malaysia akan ada 3 bajet yang dibentangkan untuk tahun 2017. Tiga tu

1) Dokumen Hijau, PAS
2) Bajet Alternatif, Pakatan Harapan (PKR + DAP + Amanah)
3) Bajet 2017, BN (kerajaan Malaysia)

Penulisan ni niatnya nak membincangkan baik buruk, logik dan tak masuk akal, bijak dan merapu untuk dua bajet yang pertama i.e. Dokumen Hijau dan Bajet Alternatif.

Memandangkan Dokumen Hijau yang dikeluarkan dulu, maka kita akan kupas isi kandungan Dokumen Hijau itu dahulu.




Dokumen Hijau

Mengikut Dokumen Hijau, mereka ada 5 prinsip utama di dalam menguruskan ekonomi:

i) Harta negara tidak boleh berlegar di kalangan orang kaya sahaja
ii) Cukai diambil daripada lebihan golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin
iii) Menaikkan taraf golongan miskin dan penurunan kos sara hidup
iv) Fardhu Kifayah dalam penyediaan keperluan masyarakat
v) Anti-monopoli, anti 'ghulul' dan anti 'bubble'

Setuju? Of course setuju. Malahan prinsip-prinsip tu tidak lari daripada prinsip-prinsip ekonomi dunia sekarang

i) Free market i.e. no monopoly
ii) Redistribution of income and wealth
iii) Income equality and low cost of living / inflation
iv) Public goods
v) Anti-monopoly, anti-corruption and anti-bubble

Note: istilah 'bubble' yang digunapakai di sini adalah tidak tepat. 'Bubble' yang sebenar merujuk kepada kenaikan harga aset secara mendadak dan tidak berlandaskan fundamental yang diikuti dengan kejatuhan harga tersebut, bukan merujuk kepada sebarang 'barang' yang mahal.

Nak kata kat sini, tidak kiralah sistem ekonomi Islam ataupun sistem ekonomi yang tengah digunapakai sekarang, secara teori kedua-dua mempunyai matlamat yang sama. 

Maka mengikut Dokumen Hijau, ada tiga masalah dengan ekonomi Malaysia sekarang ni, i) pelaksanaan GST, ii) kejatuhan matawang Ringgit dan iii) kenaikan kos sara hidup.

Jadi kita kupas satu per satu penyelesaian kepada masalah mereka. Korang boleh tengok heading dan baca topik yang diminati. Sebab ianya agak panjang. Hanya orang yang betul-betul berimnat akan rajin membaca setiap perkataan.

Pelaksanaan GST

Sedikit fakta, perlu diketahui GST (Goods and Services Tax) adalah sejenis cukai jualan (consumption tax). Selama ni Malaysia dah ada cukai jualan i.e. SST (Sales and Services Tax). Beza utama antara keduanya, satu SST dikenakan di tahap kilang, manakala GST dikenakan di tahap penjualan. Pada kadar yang sama, SST akan lebih murah berbanding GST. Walaupun SST Malaysia sebelum ni 10% dan GST 6%, selepas GST harga barang masih banyak yang naik. Ini disebabkan 'market chain' barangan biasanya panjang dan harga akhir yang dijual kepada pengguna adalah jauh lebih tinggi daripada harga di kilang. Ini menjadikan jumlah 6% GST adalah lebih tinggi daripada 10% SST.

Dalam sejarah, hampir semua negara yang baru memperkenalkan consumption tax, ataupun menaikkan kadar cukai tersebut, akan mengalami kemerosotan ekonomi. Maka kalau ekonomi Malaysia sedikit perlahan selepas pengenalan GST, maka itu adalah normal.

Secara struktur, ada 2 manfaat GST:
i) Ianya mengelakkan berlaku kes double taxation
ii) Peniaga kurang insentif untuk mengelak daripada membayar cukai - sebab kalau tak nanti tak boleh claim tax refund.

Okay, tapi aku faham semua orang secara umumnya akan kondem GST. Jadi aku malas nak backup GST banyak sangat walaupun kalau tanya semua ahli ekonomi yang sebenar, mereka akan menyokong tindakan memperkenalkan GST.

GST dijangka memberikan hasil sebanyak RM39 billion untuk tahun 2016, berbanding SST sebanyak RM17 billion pada tahun 2014. Anggaplah sekarang masih ada SST, maka hasil kutipan SST kemungkinan akan berada pada RM20 billion.

Jadi senang ceritanya, GST mendatangkan tambahan hasil sebanyak RM19 billion.

Okay jadi kalau mansuhkan GST, mana nak dapat RM39 / RM19 billion tersebut?

Maka di sini Dokumen Hijau berpendapat, adalah lebih wajar jika kita ambil daripada orang kaya melalui:

1) Cukai atas simpanan syarikat dan korporat
2) Cukai atas keuntungan saham

Emmm.... cadangan pertama adalah sesuatu yang tak pernah dibuat orang, dan cadangan kedua adalah benda biasa tapi apa yang dicadangkan secara terperinci di dalam Dokumen Hijau ni adalah sangat luar biasa dan lain daripada yang dibuat orang.

Angka mereka betul, iaitu lebih kurang RM566 billion duit deposit oleh businesses (tidak termasuk financial sector). Maka jika dikenakan 2.5% cukai / zakat, maka dapatlah dalam RM14 billion.

Memandangkan aku dah spend time untuk tulis dengan detail, maka aku pun tak bagi belas kasihan dan akan turut analyse dengan detail.

Syarat yang diberikan adalah 'jumlah minimum' setahun. Yang pertama sebenarnya banyak business yang dalam setahun tu, duit dalam akaun mereka keluar masuk dengan sangat banyak sehingga berkemungkinan ada masa di mana minimum yang tinggal tak sampai 10%. Kena tau 60% daripada ekonomi Malaysia adalah SME (small and medium enterprises), yang mana lebih kurang 97-98% daripada syarikat di Malaysia. SME ni keluar masuk duit dalam akaun tu macam air je. Masuk RM50,000, minggu depan dah keluar RM49,000, tinggal baki RM1,000 dalam akaun. 2.5% daripada RM1,000 = RM25

Maka untuk betul-betul mendapat RM14 billion adalah sangat tipis. Dapat separuh daripada tu pun dah cukup bertuah.

Tak timbul lagi persoalan, antara hutang dengan zakat, mana lagi berhak untuk dibayar? Kebanyakan syarikat semuanya ada hutang, lagi-lagi yang besar-besar.

Dari sudut ekonomi pula, mengenakan cukai / zakat secara paksaan pada kadar 2.5% setahun berkemungkinan besar akan menjadikan semua MNC kat dunia ni lari daripada membuka operasi di Malaysia. Ini sekaligus akan menjadi risiko kepada peluang pekerjaan, dan pengurangan Foreign Direct Investment yang mendadak.

Berkaitan cukai atas atas keuntungan saham....... Okay dia ada dua cara untuk percukaian yang dicadangkan

i) cukup tempoh pelaburan setahun
ii) atas keuntungan jual / beli saham

Sekaligus apa yang dicadangkan sebenarnya bukan cukai atas keuntungan saham (capital gain tax) sahaja, tapi cukai keuntungan saham + cukai pegangan saham.

Orang pernah buat cukai keuntungan saham, tapi pegangan saham tu tak pernah dibuat orang melainkan zakat saham. 

Menggabungkan kedua-duanya adalah merapu. Kenapa? Sebab dengan mudah, pelabur boleh menjual saham mereka pada bulan kesebelas dan kemudian membeli semula. Sekaligus membatalkan tempoh haul setahun tersebut dan hanya dikenakan ke atas keuntungan jual / beli.

Cukai pegangan saham tidak akan berkesan tanpa cukai deposit.  Yang mana tidak akan berkesan melalui cara paksaan. Sebab mereka yang tak nak bayar akan mengeluarkan duit simpanan di dalam bank, sekaligus membawa kepada masalah 'bank run'.

Maka jika hanya betul-betul 'capital gain tax' tanpa cukai saham tersebut, kemungkinan duit cukai yang dapat dikutip hanyalah dalam RM3-6 billion. Jauh daripada RM37.5 billion yang diunjurkan.

Kejatuhan Matawang Ringgit

Apa keburukan kalau nilai Ringgit jatuh? Barang import menjadi semakin mahal. Bila dengar 'barang import' mungkin sesetengah akan berfikir "takpelah, aku bukannya beli barang import". Tetapi ketahuilah, makanan-makanan kita daripada beras, daging, sayur malahan ikan pun banyak yang diimport. Maka bila Ringgit jatuh, kos sara hidup pasti naik.

Faedah kejatuhan Ringgit? Exporter akan membuat lebih banyak untung, sebab kebanyakan barang dijual dalam USD.

Cadangan Dokumen Hijau:

1) Import substitution
2) Value engineering

Cadangan yang ringan di mulut, mustahil di tangan. Kenapa? Sebab kedua-duanya berfokuskan untuk menukarkan import kepada local content. Jikalau wujud local supply yang mencukupi untuk barangan import ini, dan pada harga yang sama / lagi murah dengan kualiti yang sama / lagi bagus. Maka percayalah tak ada siapa yang nak import barang tersebut.

Kita import sebab kat luar lagi murah / kat dalam negara takde supply yang mencukupi. Import substitution adalah cadangan yang baik, tapi tanpa sebarang perincian untuk cadangan walaupun spesifik industri yang berkemungkinan untuk dilakukan import substitution, maka ianya kekal sebagai cadangan di atas kertas yang tidak praktikal.


Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat

Walaupun tajuknya kos sara hidup, tapi yang diberikan fokus adalah harga rumah. Maka Dokumen Hijau mencadangkan 'affordable-home ownership' programme, melalui dua cadangan:

1) Kaedah musyarakah
2) Kaedah sukuk al-ijarah

Kaedah yang pertama tu secara praktikalnya tidak ada beza dengan skim rumah pertamaku, yang pembeli tidak lagi perlu membayar 10% downpayment kerana akan ditampung / dijamin kerajaan. Namun masalah dalam sistem ini pihak bank akan mengambil kira pembeli tidak perlu membayar downpayment sebagai risiko yang lebih tinggi, sekaligus mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada biasa, membawa kepada beban bayaran bulanan yang lebih tinggi.

Yang kedua.... jujurnya aku tak nampak sangat apa faedah dia. Sebab akhirnya pembeli masih perlu membeli sebahagian daripada rumah tersebut (contoh yang diberikan 20%, lebih tinggi daripada downpayment 10%)..... Dari segi teknikal ianya berbunyi seperti Mortgage Backed Security, sekadar ianya bukanlah Collateralised Debt Obligation, sebaliknya hanya sebuah rumah sahaja. Ianya berkemungkinan besar akan mengalami isu liquidity.

Di samping itu, Dokumen Hijau juga mencadangkan untuk mewujudkan COLA untuk pihak swasta. Cadangan ini ada kelebihan dan kelemahan. Tapi aku personally tidak pernah faham kenapa perlunya COLA untuk swasta, sedangkan ianya patutnya sudah dimasukkan ke dalam gaji. Jika COLA diwajibkan, maka majikan hanya perlu mengurangkan gaji untuk memberikan COLA. Memang wujud elaun untuk jawatan-jawatan besar, tapi bagi aku itu lebih macam gula-gula dan bertujuan untuk tidak perlu membayar caruman EPF untuk bahagian elaun tersebut keh keh.

Kesimpulan

Cadangan yang boleh dipertimbangkan:

1) COLA untuk swasta

Cadangan yang merapu:

1) Cukai atas simpanan syarikat
2) Zakat saham

Cadangan yang tidak membawa perbezaan:

1) Affordable-home ownership
2) Import substitution

Maaflah kalau aku berbunyi terlalu negatif. Aku ni memang dah biasa direct sampai tak reti sangat nak bertapis lembut sekarang ni....



Bajet Alternatif 2017

Ini panjang, dan banyak cadangannya. Untuk mengupas setiap satu akan mengambil masa yang lama. Jadi aku akan bersifat selektif dan memilih isu-isu yang aku rasakan menarik untuk dibincangkan. Sebelum tu aku nak memberikan pujian, kerana dengar cerita bajet kali ni bertujuan untuk membiarkan kerajaan meniru cadangan-cadangan yang diberikan, supaya memberikan kebaikan kepada rakyat. Ini juga bajet yang entah kenapa mendapat liputan yang sangat meluas, dari segi liputan rasmi kepada tidak rasmi.

Andaian Hasil

Income tax jatuh sebanyak 3.3%, atas jangkaan 60,000 orang akan kehilangan pekerjaan bersamaan mencapai unemployment rate pada 3.9%. Corporate tax juga jatuh sebanyak 2.0%, namun secara magiknya consumption tax (GST) naik dengan banyak kepada RM42 billion. Ini tidak logik huhu.

Kena tau dulu yang banyak buang orang sebelum ni adalah oil and gas sector, financial sector dengan factories. Oil and gas sector, sekarang harga minyak dah stabil. Financial sector, diorang dah buat macam-macam cost cutting measures, unlikely akan buang banyak dah tahun depan. Factories jelah pun kalau masih ada buang orang. Tapi pada tahun 2015 yang ramai orang dibuang pun jumlah pengurangan pekerja hanya dalam 50,000, tak sampai pun 60,000. Tahun depan unlikely menjadi jauh lebih teruk.

Menukar semula GST kepada SST? Itu hanyalah tindakan populis yang tidak akan ada seorang economist yang sejati pun akan setuju. Malahan langsung tidak ada jaminan harga barang akan turun jika GST dimansuhkan. Ada nampak harga barang turun bila harga minyak turun? Takde kan.

Andaian harga minyak akan terus jatuh tahun hadapan adalah sangat pelik. Buat masa ni tidak ada sebab untuk harga minyak jatuh ke bawah USD40 setong dan kemungkinan besar akan stabil pada USD50 setong. Jadi pendapatan hasil minyak paling kurang pun sama dengan tahun 2016, jikalau tidak lebih banyak,


Andaian Perbelanjaan

3 andaian utama:

i) Tarik RM10 billion daripada JPM. Setuju, tetapi perlu dikaji semula kenapa berlaku kenaikan yang mendadak di bawah JPM semenjak DS Najib menjadi PM. Terdapat banyak agensi di bawah JPM sekarang, jika buang sebahagian yang redundant penjimatan RM10 billion adalah munasabah. Tetapi perlu mengambil kira pula penempatan semula pekerja-pekerja tu.

ii) Penjimatan 20% / RM20 billion hasil daripada anti-rasuah. Emmm... Nope, tak logik. Aku tak percaya di bawah PH, terus secara magiknya kerajaan akan dapat berjimat sebanyak RM20 billion hasil daripada anti rasuah. Dengar cerita kat Selangor dan Pulau Pinang pun rasuah masih berlaku.

iii) Tiada kenaikan emolumen di bawah PH, berbanding kenaikan 3.0% di bawah BN. Pun pelik dan tak logik. Sebab gaji pekerja kerajaan sentiasa meningkat, manakala pekerja yang keluar perlu diganti baru. Sekarang pun ramai doktor dan cikgu yang tunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan penempatan. Pengambilan pekerja baru memang tengah kena hold dan masih lagi kos emolumen meningkat.


Equal Employment and Education

Tidak perlulah dinafikan, ini cadangan yang baik. Iaitu untuk mengelakkan diskriminasi di dalam peluang pekerjaan dan pendidikan. Hakikat kawan-kawan ku dari Sabah langsung tidak tahu kewujudan matriks untuk selepas tamat SPM dan kawan-kawan non-Malay yang langsung tak tahu berkaitan SBP / MRSM sudah cukup menjadi bukti yang peluang pendidikan di Malaysia kini tidak sama rata.

Itu pendidikan, sama juga dengan pekerjaan. Tapi apa yang lebih difikirkan adalah apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan diskriminasi ini berlaku?

Mereka yang berbangsa Cina, akan lebih selesa bersama dengan mereka yang berbangsa Cina sebab boleh bersembang di dalam Bahasa Cina. Begitu juga dengan Melayu, jikalau berkawan di universiti yang bebas tiada kekangan pun ramai gemar memilih yang sama bangsa, perkara yang sama berlaku di tempat kerja.

Sesetengah tempat meletakkan syarat reti berbahasa Cina sebagai syarat pengambilan pekerja. Hujahnya mudah, mereka mempunyai ramai client berbahasa Cina. Adakah itu dikira sebagai diskriminasi ataupun tidak? Malahan jika terdapat 5 calon yang memohon jawatan PTD, 2 india, 2 cina dan seorang melayu dan akhirnya yang melayu itu diambil. Jikalaupun dia memilih melayu atas faktor bangsa, apa yang boleh dikatakan jika dia mengatakan ianya dilakukan atas hasil interview?

Ianya idea yang baik, tapi masalah sebegini lebih kepada masalah kesedaran berbanding masalah polisi. Ianya masalah penyakit di dalam masyarakat, hakikat kita dari kecil memang hidup berasingan di rumah dan di sekolah, menjadikan kepelbagaian bangsa itu hanya suatu slogan di mulut dan televisyen.


PTPTN

Tidak pasti kenapa pihak pembangkang kali ini melakukan U-Turn 180 darjah, daripada dahulu memperjuangkan pendidikan percuma tetapi kini pula mencadangkan untuk menaikkan beban peminjam PTPTN.

Antara cadangan-cadangan yang diberikan:

i) Pinjaman balik hanya jika mendapat gaji RM2,000 dan ke atas - menarik, tapi sukar untuk implementasi. Tidak ada kaedah spesifik dicadangkan bagaimana ingin memastikan gaji sebenar seseorang itu. Akan terdapat insentif untuk menipu di dalam melaporkan pendapatan.

ii) Menaikkan kadar faedah pinjaman daripada 1% kepada yang lebih tinggi (dibandingkan dengan pinjaman rumah pada kadar 4%) - sangat pelik dan tidak bersetuju. Polisi di dalam isu pendidikan sepatutnya menuju ke arah untuk permudahkan, bukan menyusahkan.

iii) PTPTN hanya layak kepada mereka yang memerlukan - ini aku setuju

iv) Menghapuskan diskaun untuk mereka yang mendapat first class - ini sangat pelik dan tidak bersetuju. Alasan yang diberikan satu kerana yang mendapat first class ramai daripada golongan yang berpendapatan tinggi dan sederhana, kedua mereka ini lebih mudah mendapat kerja hatta mampu membayar hutang. Tidak bersetuju kerana lebih baik memberi insentif untuk mereka belajar dengan tekun dan mendapat keputusan cemerlang lantas kerja yang baik, berbanding menghapuskannya semata-mata kewangan negara.

v) Menyerahkan beban pinjaman kepada pihak swasta - sangat tidak bersetuju memandangkan interest rate untuk education loan swasta dalam lingkungan 6-8%. Gila tinggi.

Aku faham timbul isu untuk mengurangkan beban hutang PTPTN hasil daripada dapatan yang PTPTN adalah beban tanggungan jaminan hutang kerajaan yang paling tinggi. Tapi bagi aku ini adalah pelaburan. Yang lebih perlu dilakukan adalah mengejar mereka yang mampu bayar untuk bayar, bukan menjadikan generasi muda lebih sukar untuk mendapatkan pendidikan.


Minimum Wage RM1,500

Cadangannya adalah untuk dinaikkan kepada RM1,500 berbanding RM1,000 sekarang ini. Beban tambahan RM500 itu akan ditampung sama rata antara majikan dan kerajaan, iaitu sebanyak RM250 seorang. Kos tambahan kepada kerajaan dijangkakan pada RM4.98 billion. 

Tak dinafikan ianya cadangan yang menarik, tapi satu benda anggaran kos tersebut memang pasti salah. Mereka membuat anggaran bilangan pekerja dengan gaji bawah RM1,000 di Malaysia adalah seramai 361,787 orang. Itu tidak logik, memandangkan 50% daripada pekerja di Malaysia (jumlah pekerja: 14.7 juta) mempunyai gaji RM1,600 dan ke bawah. Paling kurang, akan ada seramai 2 juta berpendapatan RM1,000 dan ke bawah. Manakala mereka juga perlu mengambil kira mereka yang bergaji RM1,000-RM1,500. Ini menjadikan jumlah pekerja yang terlibat di dalam skim ini sekurang-kurangnya 45% daripada 14.7 juta pekerja, iaitu 6.6 juta orang.

50:50 antara kerajaan dengan majikan. Tup tap tup tap, aku punya anggaran kos tambahan kepada kerajaan adalah dalam RM15 billion, tiga kali ganda lebih tinggi daripada anggaran mereka RM4.98 billion.

Walaubagaimanapun, ini memang cadangan yang menarik. Pemberian gaji minima sebegini adalah lebih baik daripada pemberian BR1M yang turut diterima mereka yang malas berkerja.


Pekerja Asing

Kebanyakan cadangan-cadangan yang diberikan daripada menaikkan levi, pemutihan dan insentif untuk mengurangkan pekerja asing, semuanya sudah dilakukan oleh kerajaan sekarang. Namun isu pekerja asing bukanlah isu yang mudah untuk diuruskan, memandangkan sesetengah jenis business memang nature business tersebut adalah tidak sesuai untuk automation. Permintaan kepada produk mereka sentiasa berubah sehingga tahap mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan kembali modal pembelian mesin jika melakukan automation.

Tetapi aku suka dengan cadangan mengambil pelarian sebagai pengganti untuk pekerja asing.


Menghapuskan Korupsi dan Rasuah

Ramai orang-orang yang aku kenal yang biasa mendapat projek kerajaan. Dan perlu diketahui sesetengah tu tak ada rasuah pun memang dibayar mahal, sesetengah pula ruang untuk rasuah terbuka luas. Rasuah itu kadang-kadang diminta selepas projek diberikan, bukan diminta sebelum projek diberikan terlebih dahulu. Sesetengah bahagian pula sudah menjadi satu kebiasaan untuk mark-up siap-siap harga sebanyak 20%, supaya boleh diberikan pihak berkaitan.

Yang susahnya, tidak mudah untuk menangkap rasuah yang dilakukan. Kebanyakan di dalam jumlah yang tidak begitu besar, tetapi bila dikumpul akan menjadi besar. Kebanyakannya juga bukanlah lantikan politik, tetapi pegawai kerajaan yang biasa, dilantik melalui SPA.

Tetapi jika ditanyakan kepada aku, aku sendiri merasakan kalau betul pun ketirisan dapat dikurangkan, ianya hanya bernilai di dalam lingkungan RM5 billion, berbanding RM20 billion / 20% seperti yang dikatakan. Tetapi itu hanya anggaran aku sendiri. Buat masa ini, langsung tidak ada jaminan yang rasuah akan dikurangkan di bawah parti pembangkang. Kes-kes di Selangor dan Pulau Pinang tidak memberikan bukti yang kes rasuah tidak berlaku di bawah kerajaan pembangkang, malahan sebaliknya yang berlaku.

Ianya sesuatu yang mudah untuk diucapkan, tetapi sangat sukar untuk implementasi.


Industri Beras

Cadangan untuk membangkitkan semula industri beras. Kena faham untuk bidang agriculture, memang negara-negara yang semakin menuju ke arah negara maju tidak akan dapat survive tanpa bantuan daripada kerajaan i.e. subsidi. Kena faham juga fokus pembangunan ekonomi ke arah kemajuan juga memakan kawasan-kawasan tanah di Malaysia, yang mana akhirnya mengurangkan kawasan untuk bidang agriculture.

Malaysia hanya ada lebih kurang 680,000 hektar sawah padi, berbanding 9,500,000 hektar untuk Thailand. Itupun Thailand kini mengalami persaingan daripada negara-negara jiran yang lain, dengan kos pekerja yang lebih murah seperti Vietnam dan Kemboja. Kemboja pun mempunyai lebih kurang 3,100,000 hektar sawah padi.

Kajian untuk produktiviti penanaman padi memang dilakukan setiap tahun. Tapi of course hasilnya tidak begitu mudah. Aku pun tak pasti apa silapnya atau memang just simply difficult. Untuk pengetahuan, pengeluaran padi tempatan hanya cukup untuk menampung lebih kurang 60% daripada permintaan tempatan. Jadi memang kita walau bagaimanapun perlu import beras untuk memenuhi permintaan.


Pengangkutan Awam

Ada 5 cadangan:

i) Integrated pricing system - tak setuju sebab keselesaan menaiki bas adalah berbeza daripada LRT, menjadikan bas lebih murah. Pada masa sama, ianya mengurangkan pilihan pengguna. Akak cleaner kat ofis aku tak naik LRT sebab tak mampu, maka dia naik bas setiap hari.

ii) Menaikkan gaji pemandu bas - Aku agak yakin jika begitu mudah untuk menaikkan gaji pemandu bas dan masih membuat untung dan boleh beroperasi, maka sudah lama syarikat-syarikat bas ini melakukan sedemikian. Malangnya, untuk industri sebegini labour cost itu mengambil peratusan yang besar di dalam kos operasi syarikat. Sehingga kini Uber masih lagi mengalami kerugian, disebabkan pelbagai insentif yang diberikan kepada driver Uber?

iii) Perjalanan bas ditentukan majlis tempatan - jujurnya ini bukan bidang aku, jadi aku tak berani komen dengan terperinci. Tapi aku merasakan ianya cadangan yang baik, kerana majlis tempatan lebih mengetahui keadaan ditempatnya,

iv) Menaikkan hasil selain tambang - Emmmm.... rasanya dah bersepah dah iklan dekat LRT, LRT stesen dan bas-bas. Tak ke? Nak buat macam mana lagi? Tidak ada contoh yang diberikan melainkan menyebut nama syarikat di Singapore dan Hong Kong

v) Seperate ownership and operation - True that. Dah banyak industri yang buat macam tu, hasilnya focus and specialisation.


Mengawal Kadar Keuntungan Kontraktor

Keuntungan kontraktor pada 5-10%? Emmm.... Not sure workable or not.... Malahan rasanya keuntungan tu bukan menjadi isu utama kenaikan harga rumah. Ianya hasil daripada sistem pembelian rumah yang sangat perlahan dan supply yang mismatch dengan demand serta ruang-ruang untuk melabur di dalam sektor perumahan sebelum ni.

Cadangan untuk mempunyai etnik yang bercampur itu menarik. Tapi tak tahu dari segi implementasi macam mana..... Nak mewujudkan kuota kaum untuk satu-satu kawasan perumahan ke?


Kesimpulan

Bagi aku ini adalah bajet pihak pembangkang yang paling realistik berbanding kesemua bajet-bajet alternatif sebelum ini. It's a compliment. Tapi sangat diharapkan untuk bajet-bajet alternatif pada masa hadapan:

i) Jangan ada lagi assumption penjimatan RM20 billion hasil pengurangan korupsi. Orang tak nampak benda tu kat mana-mana negeri di bawah pembangkang. Kalau yang dengar cerita sikit pun pada zaman Tan Sri Khalid Ibrahim dulu. Ianya suatu assumption yang terlalu besar dan memberi implikasi yang besar kepada budget alternatif pembangkang. Sekaligus menjadikan budget itu tidak dipandang serius, memandangkan key assumption-nya juga sudah diragui.

ii) Jangan guna past budget numbers to forecast your own budget.... Use actual numbers. Benda boleh dapat dengan mudah kot..... Kenapa nak kena guna nombor-nombor di dalam budget? Most of the time the actual numbers differ greatly as compared to the budget (as an example dalam bajet development expenditure sentiasa lebih tinggi dari tahun sebelumnya, bila tengok actual sentiasa lagi rendah pulak). Using outdated assumption numbers will definitely lead to misleading result. Memang sah-sah anggaran pendapatan, perbelanjaan dan lain-lain akan salah kalau basis pun salah....

iii) Janganlah salah guna term ekonomi yang basic lagi seperti fiscal deficit to GDP tiba-tiba jadi debt to GDP. Nampak sangat takde economist yang merangka benda ni....