Sunday, 3 July 2016

Antara Mazda 6, Economist dan Lokcing

Post ini adalah sambungan post yang lama di sini

3 Tahun Selepas Itu....


Sedar tak sedar, dah 3 tahun aku meninggalkan kerja lama aku. Ianya boleh dikira sebagai satu detik bersejarah dalam hidup aku, kerana kini ianya menjadi satu titik permulaan yang sangat bermakna..... Ye, satu permulaan. Permulaan kepada kisah kehidupan yang penuh cabaran, pengalaman, dugaan, air mata dan gelak tawa.... 

3 Sem di UKM

Lepas aku masuk UKM tu, aku bersyukur sangat yang aku tak teruskan dengan niat aku untuk terus lompat buat PhD. Ilmu-ilmu yang dapat time master kt UKM tu sangatlah berharga. Kalau aku x belajar benda-benda tu, boleh kata memang jangan haraplah aku boleh buat PhD dalam ekonomi tanpa melalui fasa depression huhu. Selain ilmu, segala networking yang aku buat kat situ sangatlah berharga. Ramai pegawai-pegawai kerajaan dari orang MOF sehinggalah orang atasan polis sambung buat postrgrad kat situ. Dan sebahagiannya menjadi connection yang sangat berharga sekarang ni lepas semua dah balik berkhidmat.

Seperti yang disyaki sebahagian anon2 yang komen dekat post lama aku, yup masa tu aku masih duduk rumah parent walaupun dah berkahwin. Adakah aku malu? Langsung tak. Sekadar kata-kata 'belakang' daripada golongan macam 'dekat' tapi sebenarnya 'jauh', sampaikan ujian emosi yang dirasai masa tu macam agak berat, dah la aku pun tengah dalam depression masa tu..... Adalah lebih bodoh tak bertempat kalau aku tak ada duit, tapi aku masih pergi duduk rumah sendiri. Ianya macam bergaji rendah tapi membeli kereta import yang mahal semata-mata nak jaga imej di pandangan orang lain. 

Masuk di Dalam Kategori 'Faqir'

Tak pernah terlintas dalam seumur hidup aku yang aku akan masuk dalam kategori 'faqir', tapi itulah yang terjadi. Dengan duit RM800 sebulan dari MARA untuk makan, beli buku, servis dan baiki kereta pinjam, juga untuk makan minum sakit kucing2 kitorang, agak cukup-cukup jugakla sebenarnya. Jadi memandangkan kedua-dua aku dengan wife aku masih belajar dan perlu bayar yuran, kitorang dua-dua ada mohon bantuan zakat. Dan tanpa pernah terlintas dalam fikiran aku, kitorang akhirnya dikategorikan sebagai golongan 'faqir' :|

Tak banyak mana pun, tapi alhamdulillah ianya masih sangat membantu. Sebab tu kadang-kadang aku tak pasti mereka yang complaint cakap dah mohom tapi tak layak dapat bantuan zakat tu macam mana.... Memang betul kena ulang alik beberapa kali, wife aku siap ada interview. Tapi semua tu macam sekadar formaliti. Takde pun permintaan kitorang ditolak ke apa... jadi mula dari tu aku pun dah tak pernah mengata pasal pusat zakat... sebab daripada pengalaman aku senang je nak dapat bantuan huhu.....

Dr Norlin Khalid, Pensyarah Ekonomi Terbaik di UKM

Kat UKM tu ada seorang prof madya yang turut sama belajar dengan aku dekat University of Southampton dulu, Prod Madya Dr. Zulkefly Abd Karim namanya. Dulu panggil abg zul, tapi sejak masuk UKM dan dia menjadi 'guru' yang rasmi, aku pun panggil dia prof sebagai penghormatan. Dialah yang perkenalkan aku dekat Dr. Norlin, antara pensyarah ekonomi terbaik di UKM.

Kenapa aku sampai buat satu sub-section khas pasal Dr Norlin? Sebab aku jujurnya rasa sangat terhutang budi kat dia. Dia mengambil aku menjadi Research Assustant dia, di mana aku mendapat pendapatan sampingan selain duit MARA RM800 sebulan tu. Malahan kalau campur duit MARA dan duit RA tu, income aku macam lebih pun daripada gaji tempat kerja lama aku. Jadi mulai dari tu kitorang pun dah stop mintak bantuan daripada pusat zakat, sebab rasanya ramai lagi yang lebih memerlukan daripada kitorang.

Dr Norlin sangatlah banyak membantu dalam aku mengembangkan ilmu aku. Dialah yang selalu mendaftarkan aku untuk kursus-kursus yang hanya untuk pensyarah dan selected students, dia jugak memudahkan aku grad dengan mengajak aku jadi co-author dalam menulis satu artikel yang kemudiannya diterbitkan di dalam jurnal. Tapi ada satu benda yang dia buat yang menjadikan aku sangat terhutang budi dengan dia, dialah yang menjadikan aku dapat tempat yang aku dapat sekarang......

Menjadi 'Economist' Rasmi di Sebuah Investment Bank

Setahun yang lepas, boss aku yang sekarang sedang mencari economist untuk dimasukkan di dalam team beliau. Jadi menggunakan kenalan yang ada, akhirnya semua pensyarah ekonomi mendapat iklan kerja tersebut dan disuruh untuk recommend pelajar mereka yang berpotensi. Yup, Dr Norlinlah yang memberikan nama aku. Sebelum tu dia dah pernah tanya untuk jawatan 'analyst' - aku cakap tidak berminat sebab aku memang nak menjadi economist, tak lama lepas tu dia tanya pulak untuk jawatan economist, aku pun laju jela hantar CV dll. Selain daripada kat dia, aku pun ada submit juga dekat JobStreet untuk jawatan economist di CIMB Investment.

Alhamdulillah, aku jujurnya langsung tak sangka. Tapi akhirnya aku dapat tawaran economist di kedua-dua investment bank tersebut. Tapi ada satu benda menarik berlaku time interview dengan company aku skrg yg menjadikan aku buat keputusan untuk menolak CIMB. Sebabnya, selepas habis sesi interview tersebut, diorang ada memberikan tazkirah

Berkaitan kalau dah femes dan berjawatan tinggi nanti jangan bangga diri, always be humble, jangan lupakan orang lain yang susah, jangan lupa time kita kat bawah dan lain-lain.....

Tak pernah seumur hidup aku, aku dapat tazkirah lepas habis interview. Menjadikan aku rasa.... Kalau kat sini, aku akan dapat lebih lagi daripada sekadar duit dan pengalaman berkerja......

Jutawan-Jutawan yang Tidak Menggunakan BMW

Alhamdulillah. Keputusan aku betul. Sangat banyak benda yang aku belajar di sini, yang luar daripada skop kerja utama aku sebagai economist

Pernah tengok Wolf of Wall Street? Atau mungkin Too Big Too Fail, atau The Big Short? Ada pernah tengok cara kehidupan diorang?

Haa, investment banker kat Msia yang aku kenal tak macam tu. Malahan terbalik

Di kalangan ahli keluarga isteri aku ada seorang investment banker, yang aku tak pasti gaji dia sekarang berapa, tapi dia punya bonus memang menggila banyak. Pernah sampai 24 bulan gaji.

Tapi tau apa yang aku paling suka pasal dia? Dia guna Viva. VIVA bro. Kalau dia nak beli kereta import cash pun dia mampu. Tapi dia terus setia menggunakan Viva yang dia pakai sejak awal-awal kerja dulu. Sebab bagi dia tak ada keperluan untuk tukar kereta lain

Itu seorang. Tapi lepas aku masuk kerja kat company aku sekarang, ramai lagi yang spesis macam tu jugak.

Gaji semua 5 angka, bonus berbulan-bulan. Itu tak masuk dengan bisnes dengan rumah-rumah sewa diorang kat luar lagi. Tapi apa kereta yang diorang pakai?

Sorang multi-millionaire tu kereta peribadi dia dah berusia 20 tahun. Datang kerja naik motor je

Sorang lagi tu gaji mungkin double daripada gaji rasmi menteri kat Msia, tapi kereta peribadi sendiri yang paling barunadalah yang dia dapat percuma daripada company lama dia.... Lupa dah berapa belas tahun...

Seorang yang lebih tinggi lagi jawatan dan gaji dia daripada yang atas2 ni, aku baru tahu kereta peribadi dia pun dah berusia 16 tahun...

Sorang pulak lagi best. Dia memang sentiasa setia dengan Proton. Tak ada kereta lain dia beli melainkan local national car.

Diorang ni, semua adalah jawatan tahap elaun kereta sahaja dah cukup untuk diorang beli BMW sebijik. Tapi bukan sahaja tak memilih untuk beli BMW, tukar kereta baru pun diorang tak ambik

Dia sampai tahap, kalau korang biasa bawak kereta2 import yang baru, mesti perasan kan handbrake kereta import yang baru majoritinya kat kaki. Ada seorang jutawan tu, time dia bwk kereta company nak pergi meeting, dia tak tau pun handbrake kat kaki! Serius aku terkejut. Menunjukkan dia memang tak pernah bawak pun kereta2 import yang baru. Bukan baru mana pun teknologi tu, Toyota Camry 10 tahun lepas pun dah ada benda tu rasanya. Diorang ni kalau jumpa kat pasar @ surau, memang takkan terlintas pun diorang sebenarnya mempunyai duit sebanyak tu.

Ye, mungkin dulu aku tersalah guna istilah zuhud untuk qanaah. Memandangkan aku pada masa tu tidak mempunyai apa-apa, jadi nak dikira zuhud tu macam tak layak langsung. Tapi diorang ni, diorang sangat sesuai dengan definisi zuhud Amirul Mukminin Ali r.a.

"Orang Zuhud bukanlah yg tidak memiliki sesuatu (harta), tapi orang zuhud adalah yang tidak dimiliki (dikuasai) oleh sesuatu (harta)"

Dulu-dulu-dulu, aku jujurnya berimpian nak beli BMW satu hari nanti. Tapi sekarang ni. Impian aku adalah nak jaga kereta2 second hand yg aku beli sekarang ni sebaiknya, dan cuba untuk tak beli kereta baru sampailah kereta-kereta ni dah kronik sangat. 

Oh ye aku guna kereta Waja dan Persona second hand sekarang ni. Kedua-dua dah dibeli tukar nama aku.

Menjadi Seorang Kapitalis Muslim Berwibawa

Alhamdulillah lepas dah selesai membeli rumah yang kecik tapi luas di hati, kereta yang murah tapi mampu mencecah 170 km/j, aku akhirnya membuat keputusan untuk menjadi seorang kapitalis. Atau bak nama group kitorang, seorang kapitalis muslim berwibawa (lol). Mentor utama aku berada di ofis aku sendiri. Sangat banyak yang dah belajar dan bakal belajar daripada dia....

Istilah kapitalis ni selalu menjadi sebuah istilah yang negatif. Sedangkan bagi aku tak ada apa yang negatif pun berkaitan kapitalis. Kapitalis ni hanyalah golongan yang mendapatkan pendapatan melalui 'passive income' dan 'asset appreciation'.

Berwibawa sebab kitorang elakkan daripada menjadi kapitalis yang meninas orang lain. Sebab tu aku jujurnya tak pernah bersetuju dengan menjadi property investor. Sebab dari sudut ekonomi, meningkatnya permintaan rumah oleh golongan investorlah antara punca kenaikan harga rumah yang mendadak dan menyusahkan orang-orang yang memerlukan daripada memiliki rumah. Kita nak 90% rakyat Msia memiliki rumah sendiri, bukan 90% rumah di Msia dimiliki 5% golongan Bumiputra.

Kapitalis ye, bukan bisnesman.

Skill yang diperlukan kapitalis adalah skill menilai orang dan bisnes tersebut berpotensi ataupun tidak. Manakala bisnesman pula memerlukan skill management dan ilmu berkaitan bisnes itu sendiri.

Kilang Lokcing

Bisnes pertama yang aku invest adalah lokcing a.k.a. sate ikan. Aku invest bukan sebab lokcing tu sangat, tapi disebabkan team yang menguruskan bisnes ni. Walaupun sekarang aku dah nampak yang bisnes lokcing ni mempunyai potensi yg sgtlah besar.

Selepas lebih sebulan beroperasi sepenuhnya, hampir semua orang mengatakan lokcing kitorang sangat sedap. Sehinggakan orang yang mula-mula mengahar kitorang cara-cara menghasilkan lokcing pun kembali bertanya kepada kitorang apa resepi kitorang. Sebab dah lagi sedap daripada dia punya. Tu baru lokcing, sos kitorang yang sedap tu pun diorang tanya gak apa resepinya haha.

Ejen kitorang ada di serata Malaysia dan potensinya sangat besar. Ada seorang ejen tu, dia menjual lokcing kitorang di atas motor di Shah Alam. Sehari dia boleh jual konsisten 1500 batang sehari (kitorang tau sebab dia memang konsisten order 1500 sehari daripada kilang kitorang). Tau x dia boleh buat untung antara RM200-300 sehari kalau boleh jual banyak tu sehari. Kiralah sendiri berapa income dia sebulan. 

Disebabkan kesedapan lokcing kitorang. Ada jugak yang membakarnya di kenduri. Dalam 30 minit, habis 500 batang. Memang kesedapan lokcing kitorang tidak perlu diragui lagi.

Walaupun aku owner kilang, tapi aku sendiri pun jadi ejen sekarang, disebabkan pulangannya begitu lumayan. Boleh PM di FB kalau nak jadi ejen, minimum order 1000 batang sekali. Aku akan bg no manager kilang kitorg. Tapi kpd yang duduk area sekitar Sri Kembangan, Bangi atau Gombak dan nak order bawah 1000 batang, boleh order dari aku. Cari aku kat FB ekk hahaha.

Ok iklan tamat.

Sehingga Kini, Rezeki Itu Masih Milik Allah

Ianya ironi. Dahulu ketika aku tak ada duit sangat, aku jauh lagi banyak dapat melancong berbanding sekarang....

Alhamdulillah sekarang aku cukup makan, tapi dulu pun bukanlah aku hidup dalam kelaparan. Tak kiralah hidup di rumah parent, parent mertua ataupun rumah sendiri, nikmat bahagia  hidul bersama keluarga dan isteri tercinta tu masih dikecapi. Jika ada suatu benda yang bagi aku merosakkan kebahagiaan dan ketenangan hidup kitorang pun adalah kata-kata orang lain. Tapi disebabkan itu jugalah kitorang menjadi orang yang hanya membuat apa yang betul dan diredhai Allah, mengabaikan apa yang dicakapkan orang lain.

Kini Selepas 3 Tahun....

Alhamdulillah aku sedikit pun tak menyesal keluar daripada tempat lama aku.... Memang ada masa kitorang menangis, depress dan lain-lain. Tapi aku terus mengejar apa yang aku percaya, apa yang aku nak buat. Selalu apa yang kita asalnya kejar tu tak dapat, tapi Allah akan tunjukkan jalan kepada sesuatu yang lebih baik lagi. Yakinlah dengan Allah....

Kini kitorang tak ada lagi masalah kewangan. Isteri aku pun dah mula berkerja sebagai guru. Kedudukan aku sekarang pun menjadikan aku dah pernah keluar TV, surat khabar, dan lain-lain. Aku tau, ujian kitorang seterusnya bukan lagi ujian tidak memiliki harta, tapi ujian yang lebih susah lagi. Iaitu ujian memiliki harta dan nama.....

Dan antara penguat aku sekarang ni. Adalah setiap kali aku ingat kembali zaman-zaman ketika aku tidak berduit dulu, dan segala rezeki yang Allah berikan pada masa tu.....

Kerana sesungguhnya setiap rezeki itu daripada Allah, rezeki dan nikmat bahagia itu bukanlah dari duit dan harta benda.... Ianya datang daripada Allah

Dan setiap yang berlaku tu sentiasa ada hikmahnya....

Yakinlah dengan Allah

2 comments:

Amma said...

Moga terus maju lokcheng mu ituu

<a href="http://arbatravel.com></a>

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)