Tuesday, 6 May 2014

Ada Apa Dengan GST






Definisi GST:

Goods and Services Tax (GST) adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap proses jual beli yang berlaku melainkan jika mendapat pengecualian daripada kerajaan. Cukai tersebut dikenakan dari tahap membeli barang mentah, kepada penghasilan, jualan kepada kedai-kedai dan jualan kepada pelanggan.


Kenapa Kerajaan Ingin Melaksanakan GST?

GST secara umum dipandang sebagai struktur cukai yang lebih baik. Paling utama kerana GST menjadikannya lebih sukar untuk seseorang lari daripada membayar cukai. Ianya perkara yang biasa di dunia korporat dan business untuk mereka manipulate account mereka sehinggakan mereka tidak perlu membayar cukai individu (income tax) dan corporate tax atau hanya dibayar pada kadar yang minimum.

GST sudah lama dicadangkan oleh International Monetary Fund (IMF) kepada Malaysia untuk dilaksanakan. Malahan Pak Lah sendiri pernah bersuara untuk mencadangkan GST pada tahun 2007/2008. Namun atas banyak sebab maka baru sekarang ingin dilaksanakan.


Kenapa Sekarang?

Sebab utama kerana kedudukan kewangan negara semakin lemah. Boleh jadi juga disebabkan korupsi, atau memang sekadar Malaysia tidak menghasilkan output melebihi hutang yang dibuat. Namun memang Malaysia perlu menambahkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Kedudukan kewangan yang lemah berbahaya buat Malaysia, silap-silap haribulan krisis ekonomi 1998 akan berulang.


Maksudnya Sekarang Kita Akan Kena Bayar Cukai Baru?

Kena tahu bahawa cukai secara umum ada dua jenis. Direct Tax dan Indirect Tax. Direct tax ni contohnya seperti income tax yang memang direct kena kepada kita. Indirect tax adalah cukai yang dikenakan apabila kita membeli barang. Of course, GST adalah indirect tax.

Sekarang ini Malaysia sudah ada Sales and Services Tax (SST) sebagai indirect tax. Sekarang ini kerajaan ingin tukar daripada SST kepada GST.


Apa Beza SST Dengan GST?


GSTSales TaxServices Tax
Kadar
6%
10%
5% untuk buah, makanan dan bahan binaan
6%
SkopDikenakan kepada semua barang dan perkhidmatan melainkan dikecualikanSemua kena melainkan dikecualikanSemua tak kena melainkan dinyatakan
PelaksanaanDikenakan di setiap peringkatHanya Satu PeringkatHanya Satu Peringkat (services memangla satu peringkat je)


Jadi Maksudnya......


Maksudnya, untuk barangan, cukai yang akan dikenakan adalah lebih rendah (10% kepada 6%). Manakala untuk buah, makanan dan bahan binaan pula akan meningkat sebanyak 1%. Namun perlu dilihat kembali senarai barang pengecualian daripada GST.

Manakala ini juga bermaksud untuk services (tourism, restoran, eletkrik, insurans dan lain-lain), akan mula dikenakan cukai. Namun perlu tahu syarat wajib membayar GST adalah jika hasil jualan melebihi RM500,000. Maka sepatutnya restoran kecik di tepi jalan tak dikenakan GST. Namun akan ada kedai kecil yang turut mendaftar untuk GST kerana mereka boleh mendapat rebate bayaran GST.

Maka ini juga bermaksud, kos elektrik dalam menghasilkan barang dan kedai, kos membayar insurans pekerja, kos pengangkutan barang, kos mengambil external accountant @ auditor.... Semua itu akan dikenakan cukai. Dengan kata lain, walaupun cukai kepada barangan lagi rendah, namun indirect cost untuk business tersebut akan meningkat.....

Dicampur lagi dengan kos pelaksanaan GST yang agak kompleks dan memakan kertas, agak dijamin harga barang takkan jatuh melainkan sesetengah syarikat politik, dan terdapat kemungkinan harga masih akan naik.


Jadi Bagus Atau Tidak?

Faedah Utama: Pendapatan negara akan meningkat dan orang-orang kaya businessman yang melarikan diri daripada cukai selama ni akan kena bayar cukai. Negara boleh menggunakan duit tersebut untuk melakukan lebih banyak pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Keburukan Utama: Paksaan cukai tersebut akhirnya konfim akan pass kepada pelanggan (jadi akhirnya bukan diorangla gak yang bayar cukai). Dicampur dengan indirect cost yang meningkat, harga barang secara overall konfim meningkat, sebaliknya harga barang bagi barangan bergantung kepada budi bicara penjual.

Kesan kenaikan barang akan lebih terasa ke atas golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Namun kajian mendapati jika barangan asas dikecualikan daripada GST seperti dilakukan Malaysia, perbezaan kesan antara golongan miskin dan kaya tidak begitu ketara.


Sebab Tu Orang Ramai Bantah?

Orang-orang yang faham membantah GST atas dua sebab:

1) Korupsi masih berleluasa, pembaziran masih banyak berlaku, namun kerajaan tidak mengambil serius di dalam menguruskan perkara tersebut, namun sebaliknya mengenakan GST seolah-olah ingin rakyat yang membayar korupsi dan pembaziran yang berlaku.

2) Harga barang tengah naik secara berturut-turut beberapa bulan ini bermula dengan kenaikan harga minyak, kemudian kenaikan tarif elektrik. Pelaksanaan GST bermaksud sekali lagi harga akan naik. Rakyat perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan harga yang baru.

Manakala orang yang tak faham GST membantah kerana salah faham, atau atas sebab yang kedua, di mana kerana GST akan menaikkan harga barang.


Alternatif Kepada GST:

Saya tak nak ulas alternatif yang bersifat andaian seperti kalau PR memerintah, korupsi dan pembaziran akan banyak berkurangan.

Alternatif Praktikal Kepada GST (dicadangkan oleh Rafizi di Parlimen):

1) Capital Gain Tax - boleh dikenakan ke atas bond, saham, unit trust, emas, atau apa saja jenis asset yang nilai harganya naik, dan dibuat keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan dijual pada harga lebih tinggi.

Namun realitinya agak tipis kemungkinan kerajaan akan mengenakan capital gain tax sebagai langkah menyelesaikan beban hutang kerajaan. Ini kerana kerajaan perlu mengurangkan beban hutang untuk memastikan ekonomi Malaysia mampu menarik perhatian pelabur asing. Tindakan mengenakan Capital Gain Tax akan melarikan mereka, maka sekaligus walaupun pendapatan negara semakin kukuh, pelabur asing akan lari maka antara matlamat utama hutang negara ingin dikurangkan tidak dicapai... Mungkin orang umum merasakan "apa la nak sangat pelabur asing datang Malaysia".... Tapi perlu tahu krisis ekonomi 1998 yang menyaksikan kadar inflasi yang sangat teruk, adalah disebabkan pelabur asing lari beramai-ramai.

Real Property Gain Tax (RPGT) juga adalah sejenis capital gain tax. Ini adalah satu-satunya capital gain tax yang wujud di Malaysia. Boleh dilihat kesan daripada penghapusan RPGT pada tahun 2007 oleh Pak Lah menjadikan harga rumah melonjak naik beberapa kali ganda.


2) Windfall Tax - adalah cukai yang dikenakan ke atas syarikat yang mendapat keuntungan besar hasil daripada keadaan ekonomi yang memanfaatkan industri tersebut. Kebiasaannya dikenakan ke atas barangan commodity seperti getah, kelapa sawit, biji timah, dan lain-lain

Mengikut wakil rakyat di Parlimen, windfall tax ada dikenakan di Malaysia seperti di dalam industri kepala sawit. (Maksudnya jika harga sawit naik melonjak, akan dikenakan cukai tambahan ke atas syarikat kelapa sawit). Namun detail tidak dikaji penulis kerana merasakan ianya isu yang berbeza.

Namun realitinya windfall tax adalah bergantung kepada keadaan ekonomi commodity tersebut. Adalah kurang munasabah ingin menggunakannya sebagai kaedah memulihkan kedudukan ekonomi sesebuah negara.



Maka persoalan asas kepada GST berkaitan samada patut dilaksanakan atau tidak adalah:

Antara Hutang Negara meningkat dan kita berpotensi jatuh ke dalam krisis ekonomi
(yang mana kita juga tahu kerajaan BN memang tak mampu nak kurangkan pembaziran dan korupsi)

Dengan

Harga Barang meningkat dan kita akan perlu makan lebih sikit, travel lebih sikit, dan semualah lebih sikit


It's Your Choice

"The beautiful thing about knowledge is no one can take it from you"
Do start a healthy discussion if you disagree or simply have new points to share

70 comments:

Anonymous said...

insyaAllah non accounting background pon boleh faham.. (:

Thanks

Anonymous said...

Saya lihat ada beberapa kesilapan pada rajah kiraan baju tadi. betulkan saya juga jika saya silap paham:
1. GST adalah 4% bukan 6%.
2. Kiraan GST yg saya faham adalah (4%):
- Manufacturer price - hrga baju+GST = RM50+RM2
- Wholesale price - harga baju+GST = 50+2+10+(RM62*4%)=RM2.48
- Retail price - harga baju+GST = 50+2+10+2.48+20+(RM84.48*4%)=RM87.86
so, RM87.86 adalah harga yg perlu customer bayar...
pendapat seposen saya.... :)

MHusaini said...

Anonymous no2,
GST negara mana yang 4% tu? Tak ikuti perkembangan ke? Sah-sah malaysia punya GST adalah 4%...adapun kiraan tu macam tak logik je kira macam tu, nampak sangat berganda-gandanya.

MHusaini said...

*sah-sah GST Malaysia ialah 6%. Silap tulis kat atas ni.

Anonymous said...

dengan andaian tiada kesilapan dalam rajah tersebut, ia betul IF and only IFF semua pihak yang terlibat sebelum end user, TIDAK menaikkan harga barangan dengan alasan PERLU MENANGGUNG TAX (walaupun tiada beban yang lebih mana pun) yang secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga..

Anonymous said...

silap tu kiraan tu berganda..
baca n study btl2 n paham balik mcm mane kiraaan GST..ade tolak cukai input lagi..mase zaman pak lah ye lah nk ltk 4%..skung dh nek 6%...tp yg pasti nye mesti akan ada inflation d sebabkn indirect cost utk produce product nnt..

Anonymous said...

Gst di retail dan wholesale pada markup price bukan pada cost.

Anonymous said...

Penerangan yang baik. Tetapi rajah tersebut tidak mencerminkan realiti sebenar. Dalam realiti sebenar nanti, walaupun harga baju akan turun kerana % GST < % SST tetapi penjual juga akan memberikan beban kos gst elektrik, air, pengangkutan, kos pelaksanaan gst (komputer, auditor dll) kepada pengguna. So moral of the story pengguna kena bersedia berdepan dgn ombak kenaikan harga barang n perkhidmatan sekali lagi.

Anonymous said...

Bg saya, gst adalah baik. Ia akan mengukuhkan lagi ekonomi negara. Sy telah lihat sendiri bagaimana org kaya melarikan diri dari membayar tax. Mereka pandai manipulate account supaya mereka tetap bayar tax tp dgn kadar lebih rendah. Dgn adanya gst, org kaya ini tidak lg dpt lari dr bayar tax. Sebagai contoh beras. Beras tidak dikenaka gst. Org biasa beli beras dan masak dirumah tidak dikenakan gst. Kedai makan biasa beli beras pun tidak dikenakan gst. Tp kalo beras yg sama dan dimakan di hotel2 mewah, akan dikenakan gst. Siapa yg mkn di hotel2 mewah? Org kaya lah... sekadar beri pandangan

Anonymous said...

inflasi pada harga barang berpunca dari GST pd elektrik,pengangkutan, auditor, nk print invois utk ltk no GST,lps siap sume barang tu br lah kne GST lagi pada markup price..yg nmpk kne GST bila barang dh siap, sebelum siap barang tu costing panggil indirect cost xperlu di ambil kira ke?

firdaus KJ said...

nk tanye.. kalau dah terang2 dari gambar rajah tu harga lgi murah... kenapa u ckp end user akan bayar lagi mahal?? apa yg u explain and pendapat u tentang keburukan GST ni bercanggah.

Anonymous said...

jgn tgk gambar rajah je..bcae n dgr penerangan dr pakar ekonomi,..negara yg lebih maju dr malaysia pn hadapi maslah kenaikan harga barang contoh nye kt Australia..ini br tgk kiraaan gambar rajah dh pecaya,,..senang kene tipu,,,siasat n kaji dulu..

Anonymous said...

kan adil bila semua kena bayar, berbanding orang2 kaya,syarikat kaya(mostly kat Malaysia ni Cina) yang dapat lari dari tax2 ni. Kerajaan nak hentikan masalah ni, tapi rakyat turut sama kena tempiasnya.Maklumat lanjut boleh cek kat laman web kerajaan yang berkaitan. Semoga lebih jelas, sebelum membuat kesimpulan. =)

Anonymous said...

Manufacturer/seller don't want to absorb the gst.they will put the mark up price for their service and products. Let say u biasa untung rm5 for your rm10 product, after gst u will and still want same profit. Btul x? Then u need to put more price on your product. So..who will absorb the gst? Of course the end user.

Anonymous said...

gst calculate dr markup price ke atau profit...sila yg buat artikel nie cek balik kat laman web gst.custom.gov....napak mcm salah jee gambarrajah tu...

Anonymous said...

kenapa dalam gambarajah kat atas 6% tu dikira dari profit saja (6% x rm10) bukan dari keseluruhan harga end product (6% x rm63)? kalau kat resit KFC 6% tu kira dari harga dinner plate bukan keuntungan dari product tu... mohon pencerahan..

Anonymous said...

"Harga Barang meningkat dan kita akan perlu makan lebih sikit, travel lebih sikit, dan semualah lebih sikit"

Kurang faham dengan ayat ni. Boleh tolong 'detail'kan atau contoh situasi.

Btw, saya suka dengan cara penjelasan. Tak biased and senang nak faham :)

Anonymous said...

GST 6%
4% tu janji masa pre-pilihanraya.

Ayakaishi Ayasy said...

Aq tak pandai ekonomi atau akaun
Aq berharap orang yang aq undi yang tahu semua ni akan dapat membantu aq dalam menangani isu ini

Anonymous said...

sapa wat penerangan ni cam xgeti wat calculation je ..1) 50+3=53.. 2) 53+10=63 tp yg kne tax rm 10 je kejadah die ape ke bengap la yg post ni .. macai sungguh

Izzuddin Yussof said...

Berkaitan 4 persoalan utama:

1) GST latest diumumkan 6%, yang 4% adalah perancangan sebelum ni.

2) Cukai hanya dikenakan ke atas 'value added' (maka GST di sesetengah negara seperti UK dipanggil Value Added Tax)... Theoretically kelihatan seperti ke atas profit, tapi realitinya ianya ke atas mark up price

Seperti gambar rajah tersebut, kalau wholesale ingin meningkatkan (add value) harga sebanyak RM10, maka cukai yang perlu ditambah hanyalah 6% daripada RM10, bukan keseluruhan harga tersebut. Kerana bakinya sudah dibayar pada tahap sebelumnya.

Tapi kesan akhirnya adalah 6% GST ke atas harga akhir yang perlu end user bayar, bukanlah hanya pada 6% added value

3) KFC adalah services tax, ianya bukanlah GST.

Tapi selepas GST pun, kita akan nampak 6% tu atas keseluruhan harga... Sebab sistem GST menjadikan 6% tersebut dikenakan ke atas harga akhir

Dari infografik tersebut contohnya, total harga sebenarnya RM80, 6% GST menjadikan harga naik kepada RM84.80

4) yang berkaitan makan lebih sikit tu saya pun sedar gak bila baca balik boleh jadi konfius, sori2

maksudnya nak kata kita kena lebih berjimat sikit dalam perbelanjaan :)

Kepada yang rasa2 saya tak reply atau jawab persoalan dia tu... rasanya ada salah faham terhadap mesej yang disampaikan... Boleh baca balik dan tengok balik infografik dan cuba fahamkan

Kepada semua yang bagi pendapat, yup I agree

Anonymous said...

I like... sy stuju sgt. Ble org kya dh biasa mkn lbih. Diorg akn cr jlan spaya spya kuntungn tdk trjejas scr mndadak.

Anonymous said...

Malaysia ni byk org asing..senang2 je keje dpt gaji n xyah byr cukai...

Anonymous said...

Lagi bagus kalau cukai pendapatan boleh tolak rebate gst selain zakat...baru org akan ramai declare income tax...

adie said...

Pucuk pangkalnya, kerajaan nk menaikkan pendapatan negara...soalannya, apa cara utk menangani korupsi dan pembaziran yg berlaku dlm negara. Semakin besar figure yg masuk, semakin besar juga figure korupsi dan pembaziran...bukan kah itu yg utama utk ditangani.

Anonymous said...

pendapat saya kite ni ibarat isi air dalam besen bocor. banyak mana pun air akan habis selagi tak ditampal bocor tu..

ayob ace said...

Korupsi korupsi.letak bukti sekali jgn maen sebut je korupsi.ckp gne air liur aku pn buleh.dasar melayu.demo sane sini.cina india boleh kira dgn jari la diorg tu bijak otak.bkn mcm melayu mcm poster ni ckp x gune otak.ni mesti copy paste je psl gst ni

Anonymous said...

kalaulah spender x kena gst..hmmm

Anonymous said...

Kita punch card dulu..... Lepas tu jommm minummm weiiii...

Anonymous said...

amat malang rakyat malaysia ni dapat pemimpin macam najib...tak berkredibiliti...puii..

Anonymous said...

57 tahun penuh dengan korupsi..ketirisan dalam mengurus ekonomi negara...sistem perundangan diketawakan dunia.....pemimpin yang dibelengu skandal...maksiat...dan macam2 lagi keburukan....nak bicara lagi soal kebaikan GST.....macam mana rakyat nak percaya...selepas ditipu berkali2....rakyat perlu ubah persepsi....bukan cap dacng sahaja yang mampu memerintah negara...terbukti laporan audit negara setiap tahun meletakkan negara dibawah pimpinan pakatan rakyat lebih maju ke depan....dari sudut ekonomi dan ketelusan....

Anonymous said...

Sorry to say..buat masa ni parti cap dacing jer kerkemampuan tuk memerintah..bukan sebab saya menyokong cap dacing tetapi realitinya PR tak mampunyai kredibili sebagai parti yang boleh memerintah..dalam laporan audit negara pun ada menunjukkan ketirisan dan salah tadbir oleh kerajaan PR..malah lebih teruk dr cap dacing..Salah laku moral jangan cakap la..pemimpin PR lagi hebat..

Anonymous said...

Lunch niee nak makann aper lakkk ekkkkk....

Anonymous said...

ko ddk dlm gua ke??

Anonymous said...

dia memang ambil dari end product. tapi seller boleh claim balik 6% dr harga kos sebab dah bayar time dia purchase dr previous seller. so intermediate seller hanya akan tanggung 6% dr markup price bukan total price. end user je akan tanggung the whole 6% dr total price

Anonymous said...

Ketirisan bgimn ek....?
agknya 20m3 free kpd rakyat kot?
atau tabung warisan anak selangor ?
Zmn bn bg kat slngor kenaikan hrg air baru dkatakn kredibiliti agaknya?
entahlah, sorry 2 say ...
agknya klu pr x prntah 3 negeri, blh jd pddk malaysia x akn dpt br1m.

Anonymous said...

ayob ace, tak baca laporan audit negara ke? taip komen sambil tutup mata eh? kesian. pandai baca blog tak pandai baca laporan audit negara. otak dia yg copy paste je ape kerajaan momokkan. be real lah. korupsi dan ketirisan wujud. bukan sedikit. juta2 okay.

Anonymous said...

gambar rajah salah kira harga barang.. sila rujuk http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_sr.aspx utk pengiraan cara pengiraan sebenar. penambahan 6% pada the whole price, bukan base on profit =)

Kamal Jais said...

Laksanakan GST dan jangan berbelanja melainkan sekiranya perlu..kita perlu menilai kesan jangka mass panjang demi kebaikan generasi Anak bangsa pads mass akan sayang..

Kamal Jais said...

Kita perlu menilai kesan jangka masa panjang demi keselamatan,kebahagiaan dan kesejahteraan generasi anak bangsa pada masa akan datang..

Izzuddin Yussof said...

Kepada yang bagi link gst.custom dan cakap 6% pada whole price,

Boleh tengok table dekat link tu, utk level retailer:
GST Collection: RM9.36
Less GST paid: RM7.50
GST Collectable: RM1.86

Mksdnya di tahap retailer, tambahan GST hanya RM1.86, iaitu 6% drpd tambahan RM31 drpd harga yang diorang beli dr wholesaler

Kesannya, end user kena bayar exactly 6% drpd final price, kalau dr awal setiap level kena bayar 6% drpd whole price, GST yg dibayar end user akn lebih dr 6%

Anonymous said...

Maksudnya kene bayar lebih la untuk makan, travel n semualah bila GST mula berkuatkuasa..

Anonymous said...

kesangsian saya ialah..bolehkah gst yg dikutip sampai ketangan kerajaan 100%. Kalau ada individu, koperat yg elah cukai, direct, mampukah kerajaan memastikan setiap sen yg dikutip dari end user akan sampai ke kerajaan. Cont oh, sbg peruncit saya pungut rm10k tapi saya hanya declare rm5k dan poket baki rm5k.

mohd shafiqzuddin said...

xdela..pendidikan percuma kt UNISEL je..abah ko percuma..haha

Anonymous said...

OP kata SST dikenakan pada satu peringkat sahaja tp kenyataan tu x tepat. SST juga dikenakan di setiap peringkat. GST dikenakan do setiap peringkat tp peniaga x perlu bayar serta merta kerana ada input tax credit. Jadi GST boleh mengelakkan double taxation. Theoretically harga barang boleh kurang atau kekal.

Anonymous said...

Kalo da bengap camni xyah komen la ayop oi. Amek tau la sikit. Ni mesti anak org kaya xpenah rase susah nak idup senang.

Izzuddin Yussof said...

Boleh bagi link atau proof statement berkaitan SST dikenakan pada setiap peringkat? Sebab fakta ni dpt dr website gov sendiri

"Sales tax administered in our country is a single-stage tax charged and levied on locally manufactured taxable goods at the manufacturer’s level and as such is often referred to as manufacturers’ tax"

http://www.customs.gov.my/index.php/en/trade-facility/internal-tax/facilitation/114-cukai-jualan?device=xhtml

sang pencerah said...

Hello kawan, cuba baca alternatif yg diberi oleh rafizi yg lebih spesifik kepada kumpulan sasaran org kaya yg kawan sebut tu. Kalau betul GST nak elak org kaya lari tax, knapa perlu libatkan golongan sederhana dan rendah. Jangan telan propaganda.

sang pencerah said...

Malu la yob. Delete je la komen ko ni. Picisan

sang pencerah said...

Banyak sangat baca utusan ni

Anonymous said...

Website kastam jugak menyatakan SST tu boleh jd cascading tax. Sales tax kat level manufacturer dgn service tax kt level retailer. Hence the double taxation. With GST this double taxation should be removed due to input tax credit. This is my understanding. Pls correct me if I'm wrong

Anonymous said...

Ayob ni budak skolah pasal tu yg ckp ntah ape2....org komen dia pn nk komen tp kesian...agak eh campak dlm laut bg jerung baru dia sedar

Ilfadluz said...

Alhamdulillah..ada inisiatif dlm memberi info ttg GST ni..berkaitan GST ni ambil ms sedikit utk memahami konsepnya..tp syabas buat izzudin kerana berjaya menjawab dgn baik..izzudin ada satu info kurg tepat penjelasannya iaitu dikenakan GST bila rm500k tu..spttnya syarikat atau yg menjlnkn perniagaan memperolehi pendapatan melebihi rm500k wajib didaftarkn sbg registrant dan tetap membayar GST and at the same time dpt claim input tax. As end user stiap brg yg dibeli of course kt perlu membayar GST 6% tersebut kecuali brg2 yg telah dikecualikn dr dikenakan GST..

Izzuddin Yussof said...

Oh kalau hasil gabungan tu memang betullah... KFC contohnya barang2 mentah sudah dikenakan Sales Tax, tapi memandangkan ianya service maka akan ada Services Tax pula

Under GST I think it should be the same..... because the tax at KFC level is on their service, which has never been 'paid' previously, I think they'll become the end user for the ingredients (which means they'll have to pay the 6% thenselves), then they'll charge another GST (for service) to their customer

but honestly not really sure myself, never made a research on this type of business... thanks for raising this issue :)

Izzuddin Yussof said...

Emmm kesannya kalau org tu x declare, maka dia xleh claim input tax credit pada tahap sebelumnya

sbb GST ni sistem dia setiap level kena bayar full, kemudian gov akan rebats balik bayaran GST yg dh dibuat pada tahap sebelumnya, kalau dia x declare, maka dialah yg akn jd end user bayar GST barang tersebut

Izzuddin Yussof said...

Haah betul, ayat saya memberi maksud yang salah @ mengelirukan, terima kasih tegur, yang bawah RM500k hanya xkan perlu mengenakan GST pada level dia. Tapi yang pada level2 sebelum ni diwajibkan jugak, jadi ada jugak GST, sekadar dalam resit nnt x nampak la kot, kot sebab x sure gak

Anonymous said...

Tapi hakikatnya, kita semua adalah end user..yang kaya, yang sederhana, yang miskin...harga mark up tu la yang merisaukan..harap kalau betul betul GST ni telus..kawal la harga mark up tu..



Anonymous said...

salah info ni.. 6% gst bukan hanya pada markup price (profit) tetapi kepada total retail price. bole refer kat http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_sr.aspx.

utk wholesale : input tax : rm 3
output tax : (rm50+3+10) x 6% = rm 3.78
gst kena bayar = 3.78 - 3 = rm 0.78

utk retail : input tax : rm 3.78 (output tax utk wholesale)
output tax : (rm50+3+10+3.78+20) x 6% = rm 5.21
gst kena byr = 5.21 - 3.78 = rm1.43

sooo.... retail price = (rm50+3+10+3.78+20) + 5.21 = rm 91.99

tlg betulkan kalo salah yer... hahaha

Anonymous said...

Aku bayar cukai..nnti bli jam dinding claim RM1000 yer..

Izzuddin Yussof said...
This comment has been removed by the author.
Izzuddin Yussof said...

Rasanya org yg sama komen sebelum ni dan komen kat page wardina ekk?

Kiraan saudara salah, sila fahamkan balik link yg diberi

dari contoh yang sendiri kira.... saudara dah tunjuk sendiri yang GST kena bayar perlu ditolak input tax

awat kat retail price tu last2 saudara kira setiap output tax tp bknnya kira gst yg perlu dibayar

nk tau kiraan betul ke tak selari dengan kiraan dalam link yg saudara bagi senang je

Cuba kira total sales price dalam link tersebut, 6% tu dapat x total GST yg ditulis? Konfim dapat

Kemudian kira balik yg saudara buat, GST saudara dah jadi14.98%

Abdul Hamid Jaafar said...

Infografik tu ok. Isu ialah (1) berapa cepat rebate boleh diterima balik oleh setiap peringkat. Jika lambat, manufacturer/wholesaler dll akan markup lebih tinggi tinggi. Secara reorinya markup tambahan akan sebanyak interest rate darab jumlah kos yg dia bayar dan prorate dgn jangka masa kerajaan ambil utk bayar balik rebate. ekoran itu harga barang naik. (2) isu juga ialah kepada kos pengeluaran manufacturer yg bernilai 50 ringgit tu. Ia mungkin berbeza. Kita kena pastikan harga input utk dptkan 50 tu tidak berubah. Dgn lain kata kena lihat sama ada setelah gst, input masih. Sama kedudukan spt dlm jadual http://www.customs.gov.my/index.php/en/trade-facility/internal-tax/114-cukai-jualan.

Izzuddin Yussof said...

Benda tu atas urusan gov lah, dan tiada siapa yang tahu lagi sejauh mana efisiennya semua pengurusan tersebut sebab tak buat lagi, wallahualam

Anonymous said...

saudara izzudin

dr jadual yg saudara berikan
retail price = (50+10+20) + 6% gst
so total rm 84.80
rm80 + Rm4.8(gst)

dr link(kte mula pd manufacturer shj)
retail price =(100+19+23.5)+6% gst
so total rm151.05 (dr link 165.36)
rm 142.5 + rm8.55(gst)
{19 adalah profit wholesle dan 23.5 adalah profit retailer)

so kenapa tak sama??? mcmana saudara kira bole jd sama??

kalo kira dr link rm156 + 6%gst memang la dapat
retail price rm165.36 dan gst (9.36). yg ni budak skolah rendah pun bole kire. tp cuba terangkan mcmana rm156 tu bole dapat???

Muhammad Asyraf said...

yg pastinya apa yg saya nampak setiap peringkat perniagaan juga adalah end user kpd:

6% tax bill letriknya,
6% tax bahan api,
6% tax kos selenggara fasiliti kilang & premis perniagaan,
6% tax kos minor servis ( tukar minyak hitam dan pelbagai perkara asas yg penting lg)terhadap transport mereka,
6% tax kos bayaran tol mereka untuk transport / shipping process,
6% tax utk setiap major service transport mereka (penukaran alat ganti yg kerap, sbg contoh tayar lori lingkungan RM2k sebiji),
6% tax bill talian internet mereka,
6% tax bill telefon mereka,
6% tax bahan iklan / komersial mereka,
6% tax auditor akaun sykt
6% tax alatan office mereka yg berterusan, (terutamanya dakwat, kertas, dan lain2nya)
6% tax kos pembuangan sisa2 berbahaya yg diuruskan sykt trtntu
6% tax urusan lain2 mereka yg mungkin kita tk tahu lg

kesemua ni punca2 harga tiap2 peringkat meningkat menjadikannya spt "ishikawa diagram", terlalu byk faktor

dan kesemua ini akan menjejaskan product costs yg juga akan dikenakan GST,
yg sepatutnya murah jadi mahal,
harga mahal & dpt kualiti yg teruk,
belum lg sampai kpd yg betul2 end user spt kita semua.

dengan ini mungkin juga akan terdapat pelbagai keburukan yg berlaku disamping apa yg dinyatakan dlm entry.

inilah pandangan saya...

Anonymous said...

Setuju dgn komen Sdr Muhammad Asyraf diatas. Production cost akan meningkat, krn pengilang juga end user kpd banyak benda lain utk produce product mereka. Bermakna, production cost akan meningkat mendadak. Mengambil kira faktor ini, adalah mustahil harga barang akan dapat dikurangkan.

Satu lg isu yg sy kurang jelas ialah, walaupun wholeseller / retailer / manufacturer atau sesiapa shj yg berdaftar utk mendapat itc, tetapi mereka ttp mengenakan caj 6% tersebut kpd buyer mrk...kemudian lps tu boleh claim pulak rebate dr gov....adakah ini bermakna, mereka akan buat double profit? i.e. caj kat pengguna,,,at the same time entitle to claim back whatever that they have charged earlier??

Anonymous said...

utk tuntutan.. pihak gov kena bayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima tuntutan.
melalui sistem yg dibekalkan.. pihak kerajaan akan dapat melihat pergerakan harga di setiap peringkat. maksudnya kerajaan dapat lihat berapa % di setiap peringkat mark up harga. sekiranya wujud mark up yg tidak munasabah dan tanpa alasan munasabah, tindakan mahkamah boleh di ambik terus. GST ni adalah satu sistem pemungutan cukai pengguna. cukai dikenakan kepada org yg menggunakankan produk tersebut. pilih-pilih lah mana yang terbaik. sila lihat list barang/perkhidmatan yg dikategorikan kadar cukai 6%, 0% dan tiada dikenakan cukai.

GST bukan menjadi punca pendapatan utama kerajaan. tp daripada golongan pemborong & peruncit yg tidak jujur mengambil duit tersebut utk kepentingan sendiri, baik kerajaan amik utk rakyat marhain. sebab itu saya tidak katakan GST mengelakkan 'ketirisan' kutipan cukai, ttp sistem cukai yg lama (sangat lama) itu telah dimanipulasi oleh pihak yg bijak utk mengaut keuntungan berganda. tapi jgn memandang negatif, GST itu sistem cukai, bukan sistem agihan pendapatan kepada rakyat. ihiii takut ada yg salahkan GST hanya kerana 'sistem' yg lain tidak berjalan lurus.

Anonymous said...

Tak perlulh di pertikaikan semua nie,, apa pun yang andaian semua beri pendapat,huraian or kesimpulan,, ianya akan tetap berlaku dn terus bergerak mengikut arus global ekonomi,, buat apa nak di fikir kan soal gst nie,, tapi cuba fiki kan negara kita nie,,
MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA PENGELUARAN HASIL BUMI,,

MINYAK
SAWIT
GETAH
BIJIH
DAN LAIN2

Semua tu adalah hasil yang di perolehi dari bumi dan perairan malaysia hampir keseluruhan penghasilan boleh di level kan dalam good and high quality,,

DI Mana pergi nya penghasilan keuntungan sebenar?
ini yg perlu anda cari jawapan nya

Di mana keuntungan itu di salurkan ?
ini yg perlu anda tanya kn

siapa yang harus menanggung bila ada nya kerugian dalam penurunan ekonomi negara?

siapa yang menikmati bila ada keuntungan dalam kenaikan ekonomi negara?

siapa yang menikmati atau lebih untung bila terjadi nya penurunan dan kenaikan ekonomi negara?

evielyas said...

Kalau nak di ambil kira soal orang kaya yang makan di hotel2 di kena kan gst,, berapa banyak yang kerajaan boleh perolehi dari pengambilan gst hasil makan minum mereka,,? Negara kita melebihi 25juta rakyat dan dalam angka tersebut berapa ramai yang kaya dan berapa kerap mereka makan minum di hotel ??

apa dah tiada makanan di rumah mereka? Apa mereka beli beras,gula, tepung dan lain2 dengan harga yang lain atau pun tetap sama harga nya seperti rakyat yang biasa berbelanja?

cukai jalan kenderaan pun sama juga dengan rakyat biasa,, tiada pengecualian pun,, siapa pakai tetap kena bayar cukai jalan, sikit atau banyak jumlah nya tetap juga kena bayar,,

jangan ambil contoh negara barat,, ambil contoh negara yang dekat seperti BRUNEI negara pengeluar,, berapa banyak kenikmatan yang di salurkan kepada rakyat brunei oleh kerajaan mereka ?

Singapura bukan negara pengeluar,, tapi sebagai negara pengeksport dan import,, harus dan patut buat gst utk peningkatan ekonomi dn kesenangan dn keselesaan rakyat mereka,, tanpa hasil bumi,, mengapa mereka boleh terus servile utk bertahan mengikut global ekonomi dunia?

berbagi pendapat dan berkongsi sesama maklumat sesama kita memang boleh,, tetapi apakah kita boleh bersuara lantang untuk menahan semua nie atau memaksa kerajaan mengikut kata kita utk kemakmuran bersama? Apakah kita akan di nobatkan oleh kerajaan atau orang kaya atau rakyat sebagai pejuang ekonomi demi kemkmuran bersama rakyat? Atau kita di ambil tindakan undang2 ? Atau kita di kecam sebagai musuh negara? Bukan mudah untuk mencari kebenaran dan juga kesimpulan kerana kita hanya rakyat biasa dan hak kita hanya terjadi 5 tahun sekali semasa pengundian,, itu pun hanya untuk memilih siapa yg akan jadi kerajaan kita,,

saya sebagai rakyat malaysia,, memohon pada anda semua agar berhenti lah persoalkan sesuatu yg sudah terjadi atau berlalu,, sebab apa yang jauh dalam hidup kita adalah MASA LALU biar pn hanya 1 minit,, ianya tetap masa lalu dan tk boleh di putar semula,,

Jalan yang terbaik kita fikirkan dn kongsi sama pendapat dn idea2 masing2 utk mengubah cara hidup kita menjadi yang lebih baik dan cara untuk mempratik kan hasil2 bumi ke tahap tertinggi dalam global ekonomi dunia demi mencapai matlamat kesenangan keselesaan bersama,,
fikir2 kan dan renungkan lah semua nie,,

Irine lee Ai len said...

kalau tu syarikat tidak berdaftar dalam gst tapi barangan yang dia supply itu barangan yang ada gst.contohnya,makanan ringgan seperti keropok ,syarikat tersebut supply barangannya kepda syarikat yang berdaftar gst tetapi dalam bahagian receiving sana harus meneri mengikuti cost nya yang tiada gst ka?