Monday 16 January 2017

Duit Kerajaan Tidak Jatuh dari Langit




Bayangkan, ada dua keluarga. Kedua-dua keluarga terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak seramai 4 orang yang masih bersekolah. Pendapatan isi rumah untuk keluarga A adalah RM10,000. Manakala pendapatan isi rumah untuk keluarga B pula RM8,000. Sebenarnya kedua-dua gaji keluarga adalah sama, sekadar keluarga A ada melabur di dalam business lokcing. Jadi mereka mempunyai pendapatan tambahan RM2,000 sebulan.

Keluarga A tinggal di kawasan bandar. Mereka membeli rumah RM 600,000 dengan membuat pinjaman Bank Islamic. Kereta mereka ada dua biji, dan mereka memastikan anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran sehingga sanggup berbelanja untuk tuisyen serta kelas-kelas programming dan robotik. Ini menjadikan simpanan mereka setiap bulan tak banyak. Ada la dalam RM1,000. Setiap setahun sekali, mereka akan melancong mengikut kemampuan kewangan mereka. Kadang kala dalam negara, sekali sekala luar negara.

Keluarga B pula tinggal di kawasan luar bandar. Mereka tidak membeli rumah manakala hanya menyewa rumah apartment dengan kos RM700 sebulan. Kereta mereka hanya ada satu, sebuah van second hand yang dibeli secara cash, jadi setiap hari si suami perlu menghantar anak-anaknya ke sekolah dan si isteri ke tempat kerja. Jadi awal-awal pagi lagi selepas subuh mereka sudah bertolak. Kadang kala kalau ada salah seorang yang terpaksa berkerja lambat, anak-anaknya akan menumpang di rumah jiran sehingga pukul 10 malam. Mereka tidak menghantar anaknya ke tuisyen. Kerana mereka ingin berjimat.  Ini menjadikan simpanan mereka setiap bulan mencecah RM5,000. Melancong ke luar negara tidak sesekali. Acara tahunan mereka adalah melancong ke PD untuk dua hari satu malam.

Jadi persoalannya, keluarga mana yang lebih bagus?

Kalau tanya orang bandar macam aku, maka mestilah jawapannya A. Tapi aku rasa pasti ada yang lain yang merasakan keluarga B lebih baik. Kerana mereka tidak berhutang dan mempunyai simpanan yang banyak. Perkara itu akhirnya bergantung kepada kecenderungan masing-masing.

Tapi kalau korang tanya budak-budak. Majoritinya akan jawab mereka suka berada dalam keluarga yang mana?

Keluarga yang duduk di rumah yang selesa, kereta yang selesa, boleh pergi kelas buat robot, dan selalu melancong. Atau keluarga yang duduk di rumah yang tidak selesa, kereta yang tidak selesa, hidup bersekolah yang leceh dan hanya melancong ke PD setiap tahun?

Majoritinya of course yang pertama. Sebab anak-anak mana peduli pasal mak bapak dapat duit dari mana dan saving banyak mana.

Sounds familiar?

Benda yang sama berlaku dengan kerajaan.

Rakyat majoritinya tak pernah fikir pun kerajaan dapat duit dari mana dan berapa yang perlu dibelanjakan untuk memenuhi kehendak rakyat. Yang penting, kita dapat apa yang kita nak.

Ke Mana Duit Kerajaan Pergi?



Ini adalah perbandingan perbelanjaan kerajaan yang sebenar di bawah operating expenditure (opex). Cuba tengok sekali lalu. Akan terang lagi bersuluh kos perbelanjaan kerajaan yang paling banyak meningkat adalah emoluments i.e. gaji pekerja kerajaan. Dari segi percentage pula, yang paling tinggi subsidi, kedua supplies and services dan yang ketiga gaji pekerja (2000-2015). 

Emoluments adalah gaji pekerja. Dari gaji guru, doktor, pensyarah dan juga para menteri dan MP (termasuk pihak pembangkang). Supplies and services, cakaplah apa saja dari kelengkapan sekolah, kepada mesin komputer dan printer pejabat. Subsidi? Merangkumi segala subsidi gula, minyak, dan BR1M.

Ramai yang kata "ohh, kalau pembangkang menang nanti pembaziran akan dapat dikurangkan!"

Well, ada tiga masalah di dalam statement tersebut:

1) Mengenali pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan projek kerajaan.... Seriously ianya tidak semudah tu untuk 'pembaziran' itu diatasi. Lebih-lebih lagi yang untuk projek bawah RM1 juta.

2) Yang membuat perkara tu kebanyakannya bukan orang politik pun. Kalaupun ianya jawatan yang melibatkan orang politik i.e. menteri dsb, apa jaminan pihak pembangkang tak buat benda yang sama? For all I know, the current records does not reflecting a totally clean Government by the opposition.

3) NOW di bawah Rafizi ada mengeluarkan indeks pembaziran kerajaan pada tahun lepas. Disregarding dia punya percentage sebab aku confuse dengan kaedah dia, nominal amount of wastage yang dia calculate hanyalah dalam RM__________ billion. Itu hanya bersamaan dengan ____% daripada jumlah perbelanjaan kerajaan. (sampai rumah nanti akan diedit. tapi aku tahu ianya sangat sikit sebab dah pernah kira)

Jadi... emm banyak ke? Tak. Walaupun ianya masih sangat berbaloi untuk diperjuangkan dan diperbaiki.

Mansuhkan GST dan Gantikan Dengan SST

Pihak pembangkang memang kekal dengan perjuangan ini. Iaitu untuk memansuhkan GST. Ada yang terus mansuhkan, ada pula yang gantikan dengan SST.

Sebelum tu sedikit kelas ringkas berkaitan percukaian. Cukai secara paling umumnya ada dua jenis, income tax dan consumption tax. Income tax ni cukai yang dikenakan di atas pendapatan, tidak kiralah yang mendapat gaji, atau yang membuat syarikat sendiri (walaupun ramai yang lari), dan juga pendapatan syarikat. Consumption tax pula, adalah cukai penggunaan, atau senang kata kita beli barang, kita kena cukai atas pembelian tersebut.

Mana yang bagus, mana yang tak? Bergantung

Secara umum, income tax dilihat sebagai 'progressive' manakala consumption tax dilihat sebagai 'regressive'. Kenapa? Sebab melalui income tax, orang kaya akan dicukai lebih banyak (malahan di Malaysia hanya lebih kurang 3.6% daripada seluruh penduduk Malaysia yang membayar income tax. Jadi sesiapa sahaja yang perlu membayar cukai tu, hooray! Anda adalah golongan top 5% di Malaysia, hah!)

Consumption tax pula secara umumnya dipandang sebagai 'regressive'. Sebab tidak kiralah anda kaya atau miskin, cukai tersebut masih dikenakan sebanyak 6%. Memandangkan orang miskin gajinya lebih sedikit, maka kesan cukai tersebut terhadap pendapatannya secara keseluruhan adalah besar. Ingat, tidak kiralah GST ataupun SST, hakikatnya kedua-duanya adalah consumption tax yang berbentuk 'regressive'. Sekadar GST ni kita nampak nilai bayarannya di resit pembelian, SST kita tak nampak sebab ianya dilakukan dari awal di tahap kilang.

Tetapi disebabkan itu jugalah di Malaysia ni kebanyakan barangan asas dikecualikan terus daripada GST. Demi mengelakkan kesan orang miskin yang paling terbeban dengan GST. Dengan cara ni, orang kaya yang lunch pun makan RM100 orang sekepala dan mereka yang suka hidup mewah yang paling banyak perlu membayar cukai. Walaupun kesan kenaikan harga barang itu masih wujud disebabkan kos-kos tidak langsung dan peniaga yang mengambil kesempatan.

Jadi Baguslah Kalau GST Dimansuhkan dan Digantikan Semula Dengan SST?

Falasi yang paling besar di dalam isu GST, adalah GST itu lebih membebankan rakyat berbanding SST.

Sebenarnya, ianya sangat bergantung kepada struktur ekonomi dan kadar cukai yang dikenakan.

Sekadar manfaat utama struktur percukaian GST, adalah jauh lebih susah untuk syarikat lari daripada membayar cukai. Kerana jika mereka tidak membayar GST, maka mereka tidak boleh mendapat semula tax refund yang diberikan. Malahan jika client mereka ramai pula yang membayar GST, maka pihak kastam akan mempunyai cara untuk trace back berapa hasil jualan syarikat mereka dan menangkap mereka kerana tidak membayar GST.

Dan of course, isu utama dengan GST adalah kenaikan harga barang. Ya, memang semua orang menaikkan harga barang selepas GST. Makcik jual kuih yang patutnya semua bahannya dikecualikan GST juga menaikkan harga dengan menggunakan GST sebagai alasan.

Cuma persoalannya. Sepertimana harga minyak turun peniaga buat bodoh tak faham tak kurangkan harga. Korang ingat dengan pemansuhan GST diorang akan kurangkan harga?

Takdenya...

Mencadangkan pemansuhan GST untuk digantikan semula dengan SST adalah satu langkah ke belakang dalam pengurusan ekonomi negara.

Kerajaan Tak Ada Hak Untuk Memaksa Rakyat Membayar Cukai!(?)

Boleh kerajaan berhenti mencukai rakyat. Cuma lepas ni tiada lagi pendidikan yang murah, tiada lagi klinik dan hospital kerajaan. Tiada lagi segala jenis subsidi.

Kos pendidikan di sekolah swasta zaman sekarang sebulan paling murah dalam RM250, jadi kalau 4 orang anak cuma dalam RM1,000 sebulan. Kalau demam klinik swasta ada lah dalam RM70-100. Sakit serius sikit tak banyak, dalam RM350 sekali pergi. Operation kecik-kecik ada la dalam RM4,000 macam tu.

Kalau dirasakan semua tu lebih berbaloi dariada membayar income tax dan GST. Silakan untuk perjuangkan memansuhkan cukai.

Sebab pendapatan kerajaan majoritinya masih lagi daripada cukai. Dan cukai memang tujuannya untuk 'redistribute welfare' dari orang kaya kepada orang miskin. Duit kerajaan tidak jatuh dari langit.

Rakyat Tidak Jauh Beza Seperti Anak-Anak

Berbalik kepada keluarga A dan B. Majoriti kita macam anak-anak. Kita ingin meminta itu ini daripada 'ibu bapa' kita tanpa peduli dari mana mereka perlu mendapat duit untuk memenuhi keinginan kita. Dan of course, ibu bapa yang baik itu adalah yang memberikan yang terbaik untuk anaknya. Bukan mengabaikan kemaslahatan anaknya demi memastikan mempunyai lebihan wang yang banyak setiap tahun i.e. budget surplus. Dengan kata lain, ingin mendapatkan 'budget surplus' itu adalah mudah. Tetapi ianya tidaklah bermaksud ianya bagus untuk rakyat.

Walaubagaimanapun, 'ibu bapa' yang banyak berhutang sehingga anak-anaknya perlu menanggung beban hutang tersebut di masa hadapan adalah lebih teruk lagi. Apatah lagi kalau hutang tersebut adalah untuk keseronokan sendiri sedangkan anak-anak terabai di rumah.

9 comments:

FarizDanialz said...

Ko tak kerja kat bahagian kat sektor kerajaan ko jangan cakap kerajaan sekarang banyak belanja beb, sejak tahun 2014 sehingga sekarang peruntukkan untuk mana2 sektor dikurangkan kos pembelanjaan dari segi latihan, perkhidmatan, penyelenggaraan dan lain2. Kteorang kalau nak buat program ke, seminar ke, nak buat kursus ke sekarang kena berjimat cermat. Kadang2 program terpaksa dipendekkan waktu untuk nak jimat kos. Kadang2 bilangan pelajar kena kurang sebab nak cut bajet. Alasan KPM tak banyak duit.

Aku sempat merasa zaman 'mewah' tahun 2012 sebelum dikurangkan kos untuk tahun berikutnya. Memang berbeza. Ko bayangkan dasar pendidikan nak pembelajaran moden alaf ke-21, tapi masalahnya fasiliti tak dipertingkatkan lagi, malah dikurangkan kos peruntukkan untuk dapat fasiliti baru. Komputer kat makmal bestari sekolah aku pon pakai yang zaman Tun.mahathir punya.

Tu baru sektor pendidikan, abang ipar aku kerja kat sektor perubatan pon komplen pasal bajet diperuntukkan untuk perubatan dikurangkan.

Aku takde masalah kalau ko pro kerajaan, tapi ko jangan cakap yang kerajaan sekarang banyak belanja. Belanja banyak masuk poket diorang tu betul. Tapi banyak belanja untuk pembangunan tu BS. Zaman Mahathir takde gst takde pon nak dikurangkan bajet kerajaan, barang+minyak murah orang takde komplen pon. Ni zaman najib kutip cukai sana sini tapi kemana duit tu?? Fakiu sapa2 cakap kerajaan sekarang banyak belanja.

Zizou said...

Taxable income = Top 5 "percenters"? Anyway, good post as always

Izzuddin Yussof said...

Walaupun aku dah reply kt FB komen, memandangkan benda ni melekat kat artikel ni jadi aku kena reply gak kat sini

First thing first tak ada siapa cakap gov skrg byk belanja. Semua economists tau yg kerajaan skrg tgh buat fiscal consolidation yg bermksd diorg tgh cut expenditure. We don't need to work in the gov to know that.

Dan dua benda kena tau

Dalam kewangan kerajaan, pendapatan adalah jauh lebih volatile berbanding perbelanjaan. Kenapa? Sebab pendapatan sangat bergantung kepada keadaan ekonomi, manakala perbelanjaan kerajaan seperti gaji dll tak boleh dipotong dengan mudah

Sejak kejatuhan harga minyak dan komoditi, dan kelembapan aktiviti perdagangan dunia, pendaptan kerajaan mmg sakit.

Tapi gaji pekerja kerajaan masih kena bayar. So how? Maka potonglah peruntukan2 yang dirasakan kurang penting. Kurangkan subsidi yang memakan duit kerajaan yg byk sdgkan org kaya yang paling byk manfaat

Itu namanya langkah fiscal consolidation. Nak cerita detail pun jauh lagi panjang. Tp yg penting nak cakap, kerajaan punya operating expenditute dah terlalu tinggi yg menjdknnya vulnerable kalau ekonomi menjadi perlahan

Jadi memang nak tak nak, untuk kerajaan terus sustain, maka memotong opex itu adalah perlu. Sbb tu skrg pelajar perubatan diambil secara kontrak. Peruntukan dipotong sana sini dsb

Wallahualam

Unknown said...

Kerajaan pun 1 hal, knapa la dasar pengambilan kakitangan kerajaan diambil secara sekaligus(majoriti dlm satu batch umur)..itulah sebabnya emolument nk kn byr belambak2 sekaligus..nasib badan le,tahun 2016,2017 ni ramai pencen n kerajaan kna byr wang ganjaran..dh le income kurang wlau ekonomi berkembang agak elok...cuba ambik secara berperingkat batchnya..xle kna byr skaligus byk2..hurmmmm

Unknown said...

Saya sangat berterimakasih banyak kepada aki wono atas bantuan dana ghaibnya dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisa mendapatkan uang sebesar 470 juta,berkat bantuan aki saya bisa melanjutkan bisnisku lagi dan saya tidak pernah menyanka kalau ini benar benar nyata karna sudah banyak paranormal yang sudah saya hubungi dan saya datangi,itu tidak pernah membawakan hasil bahkan uang saya habis dibawa lari sama mereka dan cuma aki wono saja yang membawakan hasil kalau anda mau di bantu silahkan hbg aki wono di nmr 085-320-535-559...aki wono juga bisa mengeluarkan angka togel yg di jamin 100% tembus seperti 4d 5d 6d angka dari aki betul-betul tembus karna sya udah buktikan terimakasi

Unknown said...

Saya sangat berterimakasih banyak kepada aki wono atas bantuan dana ghaibnya dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisa mendapatkan uang sebesar 470 juta,berkat bantuan aki saya bisa melanjutkan bisnisku lagi dan saya tidak pernah menyanka kalau ini benar benar nyata karna sudah banyak paranormal yang sudah saya hubungi dan saya datangi,itu tidak pernah membawakan hasil bahkan uang saya habis dibawa lari sama mereka dan cuma aki wono saja yang membawakan hasil kalau anda mau di bantu silahkan hbg aki wono di nmr 085-320-535-559...aki wono juga bisa mengeluarkan angka togel yg di jamin 100% tembus seperti 4d 5d 6d angka dari aki betul-betul tembus karna sya udah buktikan terimakasi

mrs flora judge said...

KESEMPATAN UNTUK ANDA, PERMINTAAN UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN ANDA
Kami adalah perusahaan pinjaman koperasi, kami menawarkan pinjaman jangka pendek, menengah dan panjang untuk proyek modal di industri, bisnis, pertanian dan proyek penting lainnya yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi dan individu dan pada tingkat bunga yang sangat rendah. Jika Anda tertarik, terapkan sekarang melalui
EMAIL: mrsflorajudgeloanfirm@gmail.com
KONTAK WHATSAPP: +18638446061
MOTTO:
Kepuasan pelanggan adalah prioritas kami.
==========
Terima kasih
Ibu Marian Parker

Susan bowman said...

Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, adakah anda benar-benar memerlukan pinjaman mendesak, anda memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2% !!! Oleh kerana tahun ini akan berakhir, kami mempunyai tawaran pinjaman Krismas, kami menjamin semua pelanggan kami yang dihargai bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman individu seperti yang digunakan untuk

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:

Susanbowmanloancompany@gmail.com

Maklumat Peminjam:


Nama penuh: _______________

Negara: __________________

Jantina: ______________________

Umur: ________________________

Jumlah Pinjaman yang Diperlukan: _________________

Terma pinjaman: ____________

Pinjaman faedah: _____________

Nombor telefon: ________


Bowman Ibu.Susan

Susan bowman said...

BERITA BAIK


Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, adakah anda benar-benar memerlukan pinjaman mendesak, anda memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2% !!! Oleh kerana tahun ini akan berakhir, kami mempunyai tawaran pinjaman Krismas, kami menjamin semua pelanggan kami yang dihargai bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman individu seperti yang digunakan untuk

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:

Susanbowmanloancompany@gmail.com


Maklumat Peminjam:


Nama penuh: _______________

Negara: __________________

Jantina: ______________________

Umur: ________________________

Jumlah Pinjaman yang Diperlukan: _________________

Terma pinjaman: ____________

Pinjaman faedah: _____________

Nombor telefon: ________


Bowman Ibu.Susan