Wednesday 1 October 2014

Ada Apa Dengan Pelaburan Emas


Putar Belit dan Mengambil Kesempatan

Cuba fahamkan situasi-situasi di bawah, apa yang pelik atau tak logiknya situasi-situasi ini?

(Digalakkan untuk lompat jika ianya terlalu memeningkan kepala)

1) Ali membuat pinjaman peribadi daripada Bank M sebanyak RM50K, dan Bank C sebanyak RM50K. Dengan duit itu, dia membeli sebuah rumah pada harga RM97K.

Dia pun membuat keputusan untuk menggunakan duit lebihan baki itu untuk membayar hutang kepada kedua-dua bank sebanyak RM1K setiap bank. Hasilnya, Ali hanya tinggal RM1K di dalam simpanannya... dan baki hutang RM49K dengan Bank M, dan RM49K dengan Bank C

Dia kira-kira balik, jumlah duit yang dia ada, RM1K, hutang dengan Bank M, RM49K, Bank C juga RM49K.....

1+49+49 = RM99K??

Sedangkan jumlah hutang asalnya adalah RM100K? Mana hilangnya RM1K lagi?



2) Abu pergi ke Bank I untuk terlibat di dalam pelaburan derivative dengan wang sejumlah RM100K. Abu mempunyai pilihan untuk memilih call option ataupun put option di dalam pasaran forex. Dia memilih untuk meletakkan strike price pada RM3.28/USD selepas sebulan, sedangkan FX spot pada ketika itu adalah RM3.29/USD.

Bank I meletakkan profit rate sebanyak 40%. Namun selepas sebulan, RM appreciate kepada RM3.25/USD.

Maka selepas sebulan, dia mendapat duit di dalam USD sebanyak $31,490.14. Dia pun pulang ke rumah dengan gembira kerana sudah mendapat profit rate yang tinggi sebanyak 40%....


Hakikatnya, kedua-dua kes di atas berlaku salah faham. Samada salah faham kerana orang yang bercerita tu putar belit sampaikan orang yang mendengar jadi salah faham, atau diorang salah faham sebab mereka tidak mempunyai ilmu terhadap apa yang tengah disampaikan, jadi iye kan jelah apa yang orang tu cakap.....





Gold Trading

Tahukah anda?

Perkara yang sama berlaku di dalam kes gold trading - yang sekarang ini tengah sangat berleluasa, terutamanya di kalangan para doktor, mungkin kerana mereka ini sasaran yang 'mudah', memandangkan mereka tidak mempunyai ilmu sangat berkaitan kewangan, dan ramai antara mereka yang tengah tertekan dan terfikir untuk keluar daripada menjadi doktor serta mencari sumber kewangan yang alternatif....


Corak dan Pattern Gold Trading

Sekarang ini ada terlalu banyak syarikat yang menjalankan aktiviti gold trading, tapi mereka semua, tidak kiralah walau apa yang mereka katakan, akan akhirnya membawa kepada 2 perkara:

1) Pada masa transaksi itu dilakukan, ia akan berakhir dengan anda memberi mereka sejumlah duit yang banyak, tapi anda pula tidak membawa balik apa pun, walaupun emas yang 'dibeli'

2) Pada tempoh masa yang lebih lama pula, iaitu seperti dalam sebulan, anda akan mendapat keuntungan yang lebih daripada yang pernah anda bayar

Atau senang kata contohnya, jika anda melabur RM100,000

Pada hari pertama, anda akan rugi RM100,000
Selepas sebulan, anda akan untung RM30,000

Samada keuntungan itu datang secara ansuran, ataupun sekaligus, itu juga bergantung kepada pilihan syarikat tersebut, nak menipu dengan cara macam mana

Tak percaya? cubalah tengok, walaupun diorang bagi 'pilihan' untuk bawak balik emas, sentiasa akan ada pilihan untuk simpan dengan mereka, dan itu akan membawa pulangan yang lagi lumayan, dan itulah yang sentiasa kita akan pilih



Labur RM100,000 dan untung RM360,000 selepas setahun, best tu!

Haah, memang sangat menarik dan best. Tapi pernah tak tanya, dari mana duit tu datang?

Duit tu hasil diorang lebur dan jual balik emas

Duit tu hasil keuntungan mereka membeli emas secara in-bulk

Duit tu hasil mereka membeli emas di Hong Kong yang bebas cukai (tahukah anda, Malaysia pun tiada cukai untuk emas)

Duit tu hasil pelaburan mereka di tempat lain seperti restoran

Dan macam-macam lagilah.... terlalu banyak alasan dan hujah yang diberikan, nak rungkaikan setiap satu di sini adalah mustahil..... Yang pasti anda kaji macam mana sekalipun, anda tidak akan mampu membuktikan diorang salah, mereka juga tidak akan mampu membuktikan mereka betul




Persoalannya

Cuba fikirkan, apakah perniagaan di dunia ini yang mampu:

1) Sentiasa untung setiap bulan, malahan mencecah lebih 30% setiap bulan, pasti tak akan rugi
2) Tidak kira jumlah pelaburan, sentiasa akan ada demand/permintaan yang mampu mendapatkan keuntungan tersebut. Tidak kiralah anda melabur RM100K, atau RM10 juta

Tidak wujud saudara.... tidak wujud....

Maka dari manakah datangnya 'keuntungan' mereka sehingga mampu membayar 30% keuntungan setiap bulan?



Skim Ponzi

Skim ponzi, atau dulu lebih dikenali dengan nama skim cepat kaya. Senang katanya skim di mana hasil 'keuntungan' yang diperolehi adalah hasil daripada pelabur baru yang menyertai skim tersebut.....

Skim sebegini akan 'hidup' selagi mana:

1) Pelabur yang ada meningkatkan jumlah pelaburan mereka
2) Ada pelabur baru yang menyertai skim tersebut

Disebabkan itu juga, syarikat-syarikat sebegini sentiasa menawarkan peluang untuk pelabur-pelaburnya turut sama menjadi 'agent' untuk menarik pelabur baru. Sudah pasti, ganjaran yang lebih lumayan menanti....


Namun hujah yang selalu digunakan, "cuba cari, ada tak sesiapa yang sudah ditipu oleh skim ini? Mesti tak kan jumpa, sebab skim ni bukan penipuan!"




Pak Man Telo

Tahukah anda?

Skim cepat kaya yang paling terkenal suatu masa dulu dilakukan oleh Pak Man Telo. Dan skim tersebut hidup untuk 17 tahun, dan hanya lingkup selepas BNM serbu dan dedahkan penipuan yang dilakukan

17 tahun saudara, itu zaman tak ada teknologi untuk komunikasi dengan mudah seperti internet dan telefon bimbit...... berapa tahun sangat umur skim-skim yang saudara sertai itu? Kemungkinan besar sejak tahun 2008 paling lama pun.... Jika anda memahami konsep skim ponzi, anda akan tahu skim sebegini tidak akan ada orang yang tertipu, sehinggalah seluruh syarikat lingkup dan ditipu beramai-ramai



Kalau macam tu, aku masuk setahun, lepas tu aku larilah!

Ye betul, anda mempunyai peluang untuk membuat untung beratus ribu dan lari selepas itu.... Tapi itu bermaksud anda menolong skim penipuan ini untuk 'hidup', yang bermaksud semakin ramailah yang akan ditipu..... dan akan rosaklah ekonomi negara kita....

Anda ingin menyumbang di dalam merosakkan ekonomi Malaysia?



Isu Syariah


“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Jika jenis barang tadi berbeza, maka silakan engkau membarterkannya sesukamu, namun harus dilakukan secara tunai”
(HR. Muslim no. 1587)


Kebanyakan isu transaksi emas dilakukan secara bertangguh, samada pemberian emas itu bertangguh, atau bayaran duit itu bertangguh, jelas di dalam hadith di atas bahawa perkara tersebut adalah haram

Namun perkara ini tak susah, sangat mudah bagi mereka untuk 'mensyariahkan' skim tersebut, kerana hakikatnya perniagaan mereka langsung tidak memerlukan semua ini, yang penting mereka mendapat duit yang banyak pada masa transaksi dilakukan, dan bayaran kepada pelabur boleh dilakukan dalam tempoh masa yang panjang

Namun skim ponzi itu sendiri merupakan satu skim yang haram di sisi Islam, boleh rujuk kepada ulasan UZAR di sini:

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/785-teruskan-ponzi-mengembalikan-modal.html




Kesan kepada ekonomi

Perkara yang paling merisaukan saya adalah.... Semua skim-skim ini menggalakkan pelabur membuat hutang peribadi dengan pihak bank berjumlah ratusan ribu ringgit..... Jumlah yang tidak akan mampu mereka bayar jika hanya bergantung kepada gaji mereka sahaja.....

Jika jumlah itu terlalu banyak... Satu hari nanti ketika syarikat ini lingkup, beribu-ribu orang akan menjadi muflis, dan bank juga turut berkemungkinan akan muflis disebabkan oleh bad debt pinjaman peribadi tersebut yang terlalu banyak, dan kesannya?

Mereka yang mempunyai simpanan melebihi RM100K di dalam bank, akan kehilangan kesemua duit mereka jika BNM/kerajaan tidak mengambil tindakan

(Bawah RM100K akan dilindungi PIDM)

Ini juga bermaksud begitu banyak syarikat yang akan muflis sebab kehilangan duit, rusuhan akan berlaku, unemployment akan meningkat, orang miskin meningkat dan Malaysia akan memasuki fasa recession yang sangat teruk.....




Jadi apa harus dilakukan?

Kepada yang belum sertai, jauhilah skim sebegini, untuk mengelakkan mudarat diri sendiri dan orang lain, terutamanya kepada seluruh ekonomi Malaysia....

Kepada yang sudah sertai, segeralah keluar, kerana jika anda merupakan antara orang akhir yang keluar, andalah yang akan menanggung kerugian paling besar

4 comments:

Hiz'da said...

thanks din. sangat membantu.

Anonymous said...

Salah bro..dorg x guna skim ponzi..ada tu kuota 1kg je..dpt 1kg they start rolling the gold..the dont need any more people dah as the 1kg kuota dah met

sokernet bangsat said...

kenapa ko ckp ni skim ponzi @ skim cpt kaya? ko ckp xde fakta laa bro.. main tuduh jee.. contoh ko ckp die tipu die jual emas.. mane ko tawu die x jual?? mana bukti??

Anonymous said...

hai bro sokenet dengan bro anonymous...sekarang betul tak yang emas korang beli tu skim ponzi? sebab semua dah tesontot kan? hhahahahah...

p/s: kenapalah aku tak jumpe blog ni awal skit. kalau tak selamat duit aku dari beli emas eta tu