Sunday 12 October 2014

Analisa Budget 2015

Disclaimer: Penulisan ini adalah sebuah penilaian neutral dan lebih kepada catatan peribadi penulis, maka ianya akan ditulis dengan jargon-jargon ekonomi dan bahasa yang campur aduk. Terdapat kemungkinan penulis tidak akan membaca bahagian komen.

Tarikh pembentangan Budget: 10 Oktober 2014

Keadaan Ekonomi Dunia:

Malaysia sedang mengalami outflow of capital disebabkan oleh US Federal Reserve hampir selesai memberhentikan QE sepenuhnya pada bulan Oktober. Ini bermaksud hanya tunggu masa sahaja untuk US kembali menaikkan interest rate dan investor seluruh dunia akan kembali mengimbangkan semula portfolio investment mereka berdasarkan US market. Jepun pula gagal mencapai matlamat mereka hasil daripada Abenomics dan ekonomi mereka terus mendapat negative growth. China walaupun sudah berjaya mengatasi US dari segi angka-angka ekonomi, berlaku banyak rusuhan dan suara tidak puas hati disebabkan banyak sekatan-sekatan kebebasan suara, malahan economic growth mereka juga semakin jatuh. Tidak dilupakan masalah income inequality yang semakin teruk dan data-data bank yang diragui. Semua ini menjadikan keadaan ekonomi China tidak begitu baik. Eurozone dan UK, walaupun bukanlah trading partner Malaysia yang besar, berkemungkinan akan kembali memasuki recession.


Secara ringkas, 3 kesan besar kepada Malaysia hasil daripada keadaan ekonomi dunia:

1) Currency jatuh disebabkan oleh capital outflow, menjadikan kos naik dan harga barang meningkat

2) Kejatuhan eksport hasil daripada slowdown among major trading partners - 3 destinasi eksport yang utama bagi Malaysia adalah Singapura (13%), Jepun (12%) dan China (12%)

3) Domestic Malaysia economy slowdown, hasil daripada kedua-dua punca di atas



Keadaan ekonomi Malaysia:

Malaysia kini mempunyai GNI sebanyak $10,600. Malaysia sedang mensasarkan GNI setinggi $15,000 untuk mencapai taraf negara maju mengikut definisi Bank Dunia. Setiap tahun DS Najib mensasarkan pertumbuhan ekonomi (GDP) setinggi 6%, tapi tak pernah dicapai. Walaupun first and second half 2014 menyaksikan pertumbuhan ekonomi melebihi 6%, setelah mengambil kira keadaan ekonomi untuk setengah tahun kedua, ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.5%.

Statistik terkini oleh DOSM menunjukkan Malaysia mempunyai seramai 13.6 juta tenaga buruh. Tapi hanya 5.1 juta (37.5%) merupakan wanita. Sedangkan hampir 70% daripada kemasukan ke IPT adalah wanita. Ini menunjukkan berlaku brain drain yang serius hasil daripada kurangnya penglibatan wanita di dalam alam pekerjaan. Selain itu Malaysia juga mengalami brain drain ke luar negara yang serius. Dipercayai dua faktor utama adalah polisi kerajaan yang menyebelahi Bumiputra, gaji yang rendah dan work-life balance yang tidak seimbang di Malaysia.

Daripada 13.6 juta tersebut, hanya 10.2% mempunyai pendidikan peringkat ijazah, 24.7% peringkat tertiari, makala seramai 50.6% memperolehi pendidikan peringkat sekolah menengah. Kadar 24.7% adalah ketinggalan di belakang Singapura yang setinggi 29%, dan jauh di belakang United Kingdom yang setinggi 38%. Ini bermaksud Malaysia masih lagi merupakan ekonomi yang berasaskan low-skilled labour, dan menjadi punca rendanya purata gaji di Malaysia.

Dari segi pengangguran pula, kadar pengangguran bagi tenaga buruh berusia 15-19 adalah 15.3%, usia 20-24 setinggi 9.0% dan 25-29 tahun 3.6%. Kadar ini menunjukkan tiga kemungkinan:

1) Majikan-majikan di Malaysia sukar untuk menerima mereka yang kurang pengalaman bekerja.

2) Kebanyakan tenaga buruh akan mampu mendapat pekerjaan setelah sekian lama mencari

3) Sebahagian tenaga buruh yang gagal mendapatkan pekerjaan sudah tidak lagi mencari pekerjaan

Dari sudut pendidikan pula, pemegang kelayakan pendidikan sijil mempunyai kadar pengangguran tertinggi sebanyak 5.72%, STPM atau setaraf 4.41% dan diploma 3.85%. Bagi pendidikan SPM pula 3.46% dan ijazah sebanyak 3.22%. Ini bermaksud pemegang ijazah mempunyai kemungkinan paling tinggi untuk mendapatkan pekerjaan.

Manakala dari sudut gaji pula, purata gaji di Malaysia adalah RM2,052 dan median sebanyak RM1,500. Ini bermaksud 50% daripada rakyat Malaysia berpendapatan RM1,500 dan ke bawah. Seperti dijangka, peningkatan gaji ini meningkat dengan peningkatan usia dan pendidikan. Untuk pendidikan, purata gaji pemegang ijazah adalah RM4,571 manakala purata bagi pemegang diploma adalah RM2,839. Pemegang SPM pula mendapat gaji purata RM1,721. Manakala Wage to GDP ratio di Malaysia hanyalah 33.6%. Yang bermaksud sebahagian besar keuntungan majikan kembali kepada syarikat dan pemilik syarikat. Singapura memiliki Wage to GDP setinggi 43%, manakala kebanyakan negara maju lebih daripada 50%.

Secara ringkasnya, masalah tenaga kerja di Malaysia adalah:

1) Kurangnya penglibatan wanita

2) Sebahagian besar pekerja merupakan low-skilled labour

3) Unemployment rate yang tinggi di kalangan belia usia 25 ke bawah

4) Gaji yang rendah.



Kedudukan Fiskal di Malaysia

Operating Expenditure memakan peratusan yang besar sebanyak 82% manakala hanya 18% diperuntukkan untuk Development Expenditure. Peratusan untuk development expenditure memang biasanya semakin berkurang dari tahun ke tahun apabila negara semakin menuju ke arah negara maju (Dev expenditure untuk UK pada tahun 2013-2014 anyalah 5.11%). Perbelanjaan terbesar di bawah Operating Expenditure adalah emolumen (29%), subsidi (21%), supply and services dan grants and transfers masing-masing mengambil 16% daripada jumlah Operating Expenditure. Antara semua itu, subsidi melihatkan peningkatan yang paling laju sebanyak 26% setiap tahun dan supply and services mendapat tempat kedua sebanyak 13%. Lebih kurang separuh daripada subsidi yang diberikan adalah merupakan subsidi bahan api. Maka bolehlah difahami kenapa kerajaan mengutamakan pengurangan subsidi bahan api sebagai perkara yang utama untuk dikurangkan di dalam langkah rasionalisasi subsidi (minyak dan elektrik), serta kenapa langkah tersebut dipuji badan-badan rating dunia seperti Fitch.

Di dalam belanjawan Pakatan Rakyat ada dipersoalkan berkaitan ratio expenditure on supply and services to emolument. Ratio yang tinggi antara keduanya berkemungkinan memberi petunjuk bahawa kerajaan membelanjakan wang yang lebih tinggi yang sepatutnya untuk supply and services. Memang kebanyakan persoalan-persoalan belanja kementerian yang dibangkitkan Audit Negara setiap tahun terletak pada belanja-belanja kelengkapan kementerian yang tidak munasabah dan terlalu mahal.

Malaysia sudah mencecah ceiling limit debt to GDP ratio sebanyak 55% pada tahun ini. Budget deficit yang berlarutan semenjak 1998 menjadi kerisauan utama agensi rating dunia. Saya percaya mereka meletakkan 60% sebagai limit untuk emerging economy berlandaskan kajian yang dibuat antaranya oleh Reinhart and Rogoff (2010), yang menunjukkan negara-negara emerging economy kebiasannya memperolehi growth yang lebih rendah sebaik mencapai debt to GDP sebanyak 60%. Untuk mengelakkan capital outflow yang besar, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan budget deficit dan ternyata usaha tersebut agak berjaya apabila sejak beberapa tahun lepas, budget deficit berkurang setiap tahun.


(Source: The Star)


Analisa Budget 2015

Terdapat dua sudut penting di dalam setiap budget kerajaan, yang pertama untuk memastikan perkembangan ekonomi dan yang kedua untuk memastikan golongan yang susah di Malaysia mendapat bantuan.

Perkembangan ekonomi:

Untuk memastikan perkembangan ekonomi, terdapat dua perkara yang mesti dicapai. Ini dicapai dengan semakin banyak goods and services yang dihasilkan, yang akan ditunjuk melalui nilai GDP yang meningkat hasil daripada perbelanjaan oleh rakyat, syarikat dan kerajaan yang meningkat.

Untuk meningkatkan perbelanjaan oleh rakyat, maka gaji rakyat haruslah ditingkatkan samada melalui peningkatan gaji ataupun peningkatan individu yang menyertai alam perkerjaan. Untuk meningkatkan gaji, minimum wage sudah dilaksanakan mulai tahun 2012. Saya percaya minimum wage ini akan ditingkatkan dari semasa ke semasa sehingga mencapai tahap yang memuaskan.

Selain itu, gaji rakyat juga boleh ditingkatkan dengan meningkatkan labor skill, yang biasanya dicapai melalui pendidikan. Disebabkan itu PTPTN dan pelbagai scholarship diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Disebabkan perbelanjaannya besar, maka kerajaan mengambil keputusan untuk memasukkan hutang PTPTN ke dalam CCRIS hasil daripada hampir 32% daripada peminjam tidak pernah membayar pinjaman yang diberikan. Malahan kerajaan menggalakkan pembayaran dengan memberi rebate 10% dan 20% kepada yang membayar.

Dari segi meningkatkan penglibatan pekerjaan, kerajaan sedar kebanyakan wanita tidak menyertai alam pekerjaan demi menjaga anak di rumah. Disebabkan itu kerajaan menyediakan peruntukan untuk membina child care di tempat-tempat kerja swasta demi meningkatkan penyertaan wanita di tempat kerja.

Menyedari harga rumah yang tinggi dan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk, kerajaan masih teruskan usaha untuk meningkatkan public transport terutamanya di kawasan lembah Klang. Malahan perkhidmatan bas dari Seremban, Klang dan Rawang akan diberikan diskaun 30% bagi mereka yang berkerja di kawasan Lembah Klang.

Langkah-langkah lain seperti peruntukan untuk SME, creative arts, latihan pekerjaan, dan lain-lain, semuanya merupakan galakkan kerajaan yang diberikan untuk meningkatkan ekonomi Malaysia dari segi jangka masa panjang



Membantu golongan yang miskin dan berpendapatan sederhana

BR1M dinaikkan dan dibahagikan pemberian itu kepada 3 installment, untuk memastikan duit tersebut tidak dihabiskan sekaligus pada tempat yang ‘sia-sia’. Individu yang sudah berkeluarga dan mempunyai pendapatan RM4,000 ke bawah pula tidak lagi akan perlu dikenakan income tax. Ini bersamaan lebih kurang ‘extra income’ maksimum sebanyak RM219 sebulan atau RM2,630 setahun.

Atas luahan kebanyakan rakyat juga, pelbagai jenis bantuan untuk membeli rumah pertama diberikan. Antaranya termasuklah pelbagai inisiatif dan bantuan yang diberikan di bawah skim rumah pertama.



Antara Revenue dan Spending

Apabila semakin banyak subsidi dan bantuan yang baru diperkenalkan dan dinaikkan, maka spending dari sudut lain perlu dikurangkan dan revenue juga perlu dinaikkan. Sebagai rakyat marhaen, kita hakikatnya hanya akan mendengar perkara-perkara positif di dalam budget, dan jarang sekali mendengar pengurangan subsidi dalam kategori-kategori yang lain.

Maka revenue kerajaan dinaikkan melalui pengenalan GST. Pihak yang paling akan terkesan adalah pihak services, yang selama ini tidak dikenakan cukai melainkan sebahagian kecil. GST dijangka akan menambah perbelanjaan kerajaan sebanyak RM5.6 billion.

Manakala pengurangan yang paling besar dilakukan melalui subsidi bahan api. Setiap 20 sen pengurangan subsidi, jika tiada perubahan harga minyak dunia, akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM3-4 billion. Dengan kejatuhan harga minyak dunia baru-baru ini, dijangka langkah terbaru kerajaan akan mengurangkan belanja subsidi minyak kepada RM6 billion. Langkah ini juga akan dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan minyak yang sering berlaku

Menukar struktur subsidi daripada bahan api (yang penggunaan dan harganya meningkat setiap tahun) kepada pemberian yang fleksibel (seperti BR1M, skim rumah pertama dll) adalah suatu langkah ‘rasionalisasi subsidi’ yang dipandang positif oleh rating dunia. Kerana ini bermaksud kerajaan mampu meletakkan had yang tertentu untuk subsidi, dan ianya dapat dikurangkan apabila perlu.

Saya sedar juga peruntukan-peruntukan seperti telefon pintar, dan baucar buku untuk pelajar tidak disebut di dalam Budget 2015. Samada ianya memang terus hilang atau masih diberikan masih lagi merupakan suatu tanda tanya. Kemungkinan besar sudah tidak diberikan, memandangkan peruntakan-peruntukan sebegitu banyak disalah guna oleh penerima.



Masalah daripada budget 2015

Antara masalah utama yang akan timbul adalah kenaikan harga barang hasil pengurangan subsidi minyak dan GST. Perkara ini memang tidak dapat dibendung, namun kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, perkara ini sepatutnya sudah dineutralkan melalui BR1M dan pemotongan income tax. Maka bolehlah dilihat BR1M dan pemotongan income tax sebagai ‘extra income’ untuk membayar ‘extra cost of living’ yang terhasil daripada dua polisi di atas

Selain itu, terhadap kelemahan yang ketara di dalam sistem pemberian BR1M. Antaranya sangat ramai yang tidak berkelayakan masih mampu mendapat bantuan BR1M. Ini berkemungkinan daripada penggunaan income tax sebagai kayu ukur memastikan pendapatan pemohon, sedangkan umum mengetahui ramai pembayar cukai yang sepatutnya membayar cukai tidak pernah menunaikan tanggungjawab tersebut. Malahan individu yang berkerja untuk tahun pertama dan berpendapatan RM6,000 juga boleh mendapat BR1M memandangkan dia tidak pernah membayar cukai.

Ketirisan dan rasuah tidak diberikan penekanan di dalam Budget 2015. Malahan langsung tiada saranan oleh menteri kewangan kepada semua kementerian untuk lebih berjimat dan mencari tender yang paling murah di dalam mendapatkan supply and services. Di saat kerajaan menyuruh rakyat ‘berjimat’, sepatutnya setiap kementerian juga diseru untuk berjimat.

Kenaikan gaji MP, walaupun langsung tidak signifikan terhadap perbelanjaan negara, menunjukkan MP ‘tidak bersama-sama’ rakyat di dalam menyelesaikan menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Ianya bukanlah isu MP perlu ikat perut, ataupun kos kenaikan gaji, tapi lebih kepada ‘kebersamaan’ menghadapi kos sara hidup yang akan meningkat. Walaupun kadang kala MP perlu menggunakan duit sendiri untuk membuat kerja ataupun membantu rakyat di kawasannya, adalah lebih wajar peruntukan diberikan / dinaikkan untuk perkara-perkara tersebut berbanding menaikkan gaji MP secara terus.

Budget 2015 banyak menyaksikan peningkatan-peningkatan bantuan, tapi pada masa yang sama, saya percaya terdapat peruntukan-peruntukan lain yang dikurangkan oleh kerajaan tapi tidak diwar-warkan. Antara yang saya tahu adalah pengurangan peruntukan kepada research university di Malaysia, yang menyaksikan sebahagian RU perlu memotong separuh daripada langganan jurnal mereka.

Akhir kata, perancangan itu mudah. Yang sukarnya adalah pelaksanaan. Ketirisan dan korupsi juga berlaku pada tahap pelaksanaan. Dan itulah yang menjadi isu dan kerisauan utama di kalangan rakyat Malaysia

No comments: