Tuesday, 3 February 2015

1.0 Apa Itu Ekonomi?


Ekonomi tak lain dan tak bukan merupakan sebuah bidang ilmu. Maka bolehlah dikatakan sesiapa yang tidak mempelajari ilmu tersebut, tidak akan mampu memahami dan membuat kesimpulan terhadap isu-isu ekonomi dengan tepat. Betul kebanyakan orang boleh bertanya kepada 'Professor Google', namun apa jaminan jawapan yang dijumpai itu tepat?

Samalah seperti kalau kita google "Cara Merawat Denggi", adakah para doktor akan bersetuju dengan kebanyakan hasil yang dijumpai? Rasanya tak.....

Disebabkan ketidak tahuan kebanyakan oranglah maka isu ekonomi ini adalah suatu isu yang sangat senang untuk dimanipulasikan demi tujuan politik. "Kalau kami jadi kerajaan, kami akan turunkan harga barang / minyak!", "Kalau kami jadi kerajaan, harga kereta akan menjadi murah!" Sebahagian kata-kata orang awam pula, "Kenapa kerajaan tidak menjalankan perniagaan sendiri? Tau mintak cukai je!", "BN = Barang Naik", dan lain-lain

Disclaimer: aku bukan orang kerajaan ekk lol, bukan juga penyokong tegar pembangkang, aku sokong apa yang betul, dan bangkang apa yang salah. Tapi sangat tak suka apabila isu ekonomi dimanipulasikan




Apa Beza Economy, Business, Finance, Accounting, Banking, Actuarial Science, etc?

Ramai orang selalu keliru beza setiap bidang di atas, malahan sesetengah iklan pekerjaan tu dia terima je semua di atas -__-", hakikatnya orang yang tau ekonomi kemungkinan tidak tahu langsung berkaitan business, yang belajar finance tak tau langsung accounting, yg accounting x tau langsung actuarial science dan actuarial science tak tau langsung business

Business: Fokus kepada management dan strategi business
Finance: Fokus kepada pelaburan
Accounting: Fokus kepada akaun, keluar masuk duit, kos etc
Banking: Fokus kepada banking sector, jenis-jenis pinjaman, deposit etc
Actuarial Science: Fokus kepada probability dan rate, gabungkan keduanya jadilah insurans specialist

Ekonomi: Fokus kepada hubungan antara kerajaan, syarikat dan pengguna dalam menguruskan capital (modal, duit) dan goods and services

Kesemua itu berkaitan, tapi ianya berbeza. Kelihatan serupa, tapi ianya tak sama. Sesiapa yang rajin membaca dan mengetahui lebih daripada bidang ilmu dia, kemungkinan dia akan boleh menguasai semua bidang. Tapi kepada yang tidak, memang dia tak akan tahu yang lainlah

Disebabkan itu, tolong jangan tanya saya berkaitan accounting, berkaitan strategi business dll. Oh but u may ask me about actuarial science, banking and finance. I did learn about those one way or the other.


Mikroekonomi? Makroekonomi?

Ilmu ekonomi terbahagi kepada dua sektor utama, mikroekonomi dan makroekonomi.

Mikroekonomi: Ilmu berkaitan hubungan antara pengguna, syarikat dan kerajaan. Kesan tindakan satu pihak kepada pihak yang lain

Makroekonomi: Ilmu berkaitan kesan-kesan di atas secara kolektif, yang menghasilkan kesan kepada negara secara keseluruhan. Juga membincangkan segala polisi-polisi kerajaan yang mendatangkan kesan kepada semua pihak secara kolektif

Ok that's boring


Apa yang Salahnya Dengan Kenyataan Ekonomi Pembangkang?

Saya tak pernah katakan ianya salah. Sekadar ianya kurang lengkap. Hakikatnya setiap keputusan ekonomi terdapat kesan yang positif dan kesan yang negatif. Mungkin ianya positif kepada pengguna, tapi negatif kepada syarikat. Atau positif kepada syarikat dan kerajaan, tapi negatif kepada pengguna.

Naik harga barang positif kepada syarikat, tapi negatif kepada pengguna.

Tapi pada masa yang sama, setiap elemen pengguna, syarikat dan kerajaan perlu wujud, jika salah satu daripadanya 'break' economically, the whole system will break down and the whole economy will fall. Kiranya kalaulah hanya kerajaan yang bankrap contohnya, ianya akhirnya akan turut menjatuhkan pengguna dan syarikat.

Kenapa? Sebab setiap pihak, pengguna, syarikat dan kerajaan perlukan satu sama lain. Dan duit itu berlegar-legar di antara tiga pihak ini. Kita perlukan satu polisi yang seboleh-boleh mensejahterakan semua pihak tersebut, bukanlah satu polisi yang berpihak sepenuhnya kepada satu pihak dan merugikan pihak yang lain


Kenapa boleh berkaitan?

Pengguna: Adalah punca utama wujudnya ekonomi. Kita inginkan nasi lemak, dan pihak yang reti buat nasi lemak akan lihat ianya sebagai peluang perniagaan, dan membuka syarikat menjual nasi lemak. Kita nak melancong ke Korea tapi tak tahu Bahasa Korea, yang belajar di Korea akan melihatnya satu peluang dan wujudkan syarikat pelancongan ke Korea. Tanpa permintaan kita, maka tidak akan wujud barang atau servis tersebut

Syarikat: Pihak yang mempunyai keupayaan untuk menyediakan apa yang diminta pengguna. Tapi kadang-kadang mereka ini yang menghasilkan permintaan. Seperti contoh pembuat antivirus mungkin pada masa yang sama adalah pembuat virus tersebut. Dengan adanya virus, orang akan meminta antivirus.

Kerajaan: Perlukah? Kewujudan utama kerajaan bukan sebab faktor ekonomi sangat, tapi sebab kita perlukan satu pihak yang mengawal seluruh rakyat, termasuk pengguna dan syarikat. Maka tugas utama kerajaan adalah untuk mentadbir kita, menjaga keamanan, memastikan penindasan tidak berlaku dan lain-lain. Di sudut ekonomi kewujudan kerajaan adalah untuk menyediakan perkara yang orang lain tidak akan sediakan sebab takkan dapat keuntungan, seperti menyediakan lampu jalan dan angkatan tentera

Tapi kerajaan perlukan duit untuk semua tu, jadi dapat daripada mana? Mestilah cukai.


Kenapa kerajaan tak buat syarikat sendiri dan berdagang dengan negara lain?

Sedarkah kita syarikat sentiasa mempunyai pesaing antara satu sama lain. Semakin tinggi persaingan, semakin tinggi produktiviti syarikat-syarikat tersebut. Tapi kerajaan, mereka mempunyai modal yang tersangat besar, dan juga mempunyai hak untuk berpihak kepada apa yang mereka lakukan

Jikalau kerajaan menjual nasi lemak, maka dengan mudah kerajaan boleh mendapatkan pembuat nasi lemak paling sedap di Malaysia dan menjualnya di setiap sekolah, universiti, jabatan-jabatan kerajaan, dan senang kata seluruh Malaysialah. Tidak akan ada penjual nasi lemak lain yang mampu bersaing dengan syarikat nasi lemak kerajaan.

TNB, Telekom, KTMB adalah antara pihak-pihak yang diswastakan, Ketika mereka ini masih di bawah kerajaan, kita tidak akan jumpa sebuah syarikat lain yang menyediakan elektrik atau perkhidmatan telefon, mahupun keretapi lain selain daripada KTM

Dengan kata lain, jika kerajaan menghasilkan syarikat dan berdagang sendiri, maka syarikat lain untuk industri tersebut tidak akan wujud. Jikalau kerajaan hanya fokus berdagang di negara lain sahaja, maka tidak akan ada eksport yang dilakukan oleh syarikat negara kita untuk industri tersebut.


Contoh negara yang kerajaannya 'berdagang' sendiri? Sudah sangat tak banyak. Senang kata itu sebenarnya adalah idea ekonomi komunis... Jadi kita masih boleh jumpa sebahagian syarikat @ industri yang berada di bawah kerajaan di negara berlatar belakangkan komunis seperti Russia contohnya. Dan ianya juga banyak wujud di bawah negara-negara yang masih membangun, termasuklah Malaysia (walaupun dah tak banyak). MRT Corp adalah contoh syarikat yang sepenuhnya di bawah Kementerian Kewangan, menjadikan semua projek-projek keretapi di kawasan Lembah Klang dan berhampirannya diberikan semuanya kepada MRT semenjak kewujudannya

Bagus atau tidak? Subjektif. Jika kita jenis yang suka kepada sejenis barang sahaja (sejenis nasi lemak sahaja), dan semua orang hidup sama rata dan tidak ada yang miskin. Maka bolehlah sokong idologi komunis, atau teori sosialis dari segi istilah ekonomi

p/s: proton, MAS, Petronas, hanya sekadar syarikat-syarikat yang kerajaan mempunyai share di dalamnya (Government Linked Company, GLC), keputusan syarikat bukan terletak di tangan kerajaan sepenuhnya. Itupun masih kerajaan kadang kala berpihak kepada mereka....

Ok this post ended up not being as initially planned....


Will be continued.... I hope

1 comment:

Aiman Achim said...

#KIPIDAP bro for this nice sharing. Please continue