Sunday 5 July 2015

Greece: Punca, Kesan, Pengajaran dan Hubungan dengan Malaysia


Isu Greece ni sebenarnya dah lama, tapi baru mula mendapat perhatian masyarakat umum semenjak Isnin yang lepas. Jadi apa jadi dengan Greece sebenarnya? Apakah puncanya? Apa yang akan jadi dengan Greece selepas ni dan yang paling penting

Adakah Malaysia akan menjadi seperti Greece?


Pengenalan



Greece adalah sebahagian daripada European Union (EU) dan Eurozone. Kena tahu bahawa terdapat perbezaan antara dua tu. European Union (1991) adalah suatu kesatuan politik-ekonomi yang terdiri daripada 28 buah negara. Manakala Eurozone (1999) adalah satu kesatuan monetari (monetary union) 19 buah negara European Union yang mana mereka semua mempunyai satu central bank yang sama (European Central Bank, ECB) dan menggunakan matawang (currency) yang sama i.e. Euro.

Ini juga bermaksud tak semua negara di dalam EU berada di dalam Eurozone, contoh yang paling jelas adalah United Kingdom. UK adalah sebahagian daripada EU, tapi bukan eurozone, maka sebab itulah ianya menggunakan GBP, bukannya Euro.


Kesan Menyertai Eurozone

Niat asal penubuhan Eurozone? Kemungkinan besar ianya adalah untuk meningkatkan lagi keberkesanan agreement EU, iaitu ianya akan lebih memudahkan lagi trade antara negara-negara yang terlibat. Semestinya trade antara negara-negara EU akan lebih meningkat jika mereka menggunakan currency yang sama.

Tapi terdapat satu masalah besar apabila negara-negara ini menyertai Eurozone, terutamanya untuk negara-negara yang lebih kecil ekonominya. Iaitu mereka kehilangan kuasa polisi monetari (monetary policy)


Senjata Ekonomi Kerajaan

Secara kasar ada dua jenis polisi yang pihak 'kerajaan' akan gunakan untuk menstabilkan ekonomi negara, iaitu polisi fiskal (fiscal policy) dan polisi monetari (monetary policy). Fiscal policy adalah seperti naikkan cukai, kenakan GST, memberi / mengurangkan subsidi dan sebagainya. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan economist samada fiscal policy bagus ataupun tidak. Namun perkara yang paling penting perlu diketahui expansionary fiscal policy digunakan untuk meningkatkan ekonomi, manakala contractionary fiscal policy adalah untuk slow kan ekonomi.

Expansionary fiscal policy = semakin banyak beban kewangan kerajaan i.e. hutang meningkat
Contractionary fiscal policy = semakin sikit beban kewangan kerajaan i,e. hutang sedikit

Contractionary fiscal policy juga turut diberi nama lain iaitu langkah penjimatan (austerity measure)

Jadi sedarlah apa yang kerajaan Malaysia sendiri tengah buat semenjak tahun lepas adalah contractionary fiscal policy.

Sepatutnya, sepatutnyalah, fiscal policy bersifat anti-cyclical. Iaitu apabila ekonomi tengah berkembang bagus, kerajaan perlu membuat contractionary fiscal policy, dengan itu mereka dapat government budget surplus, maka lebihan wang itu boleh mengecilkan paras hutang negara, memberi ruang yang lebih untuk kerajaan menggunakan expansionary fiscal policy ketika ekonomi tengah perlahan, untuk membantu ekonomi berkembang semula.

Tapi Malaysia ni menarik, ketika ekonomi berkembang kerajaan pergi buat expansionary policy (pergi hapuskan RPGT, kesannya harga rumah melambunglah dah ramai tengah ada duit), kemudian ketika economy tengah slow pergi buat contractionary (sebab diorang pun xde duit, dah ketika duit banyak tak berjimat)


Monetary Policy?

Monetary policy ni adalah polisi kewangan yang dikawal oleh bank negara (central bank) yang mana di Malaysia ianya adalah Bank Negara Malaysia (BNM). Mereka inilah yang mencetak duit, mengawal jumlah duit di dalam negara dan juga memastikan ekonomi negara terutamanya dari sudut kewangan stabil. Seperti fiscal policy, monetary policy juga terbahagi kepada expansionary dan contractionary policy

Expansionary monetary policy = kurangkan interest rate, menjadikan nak buat loan lebih murah, kesannya semakin ramai orang akan spend, investment pun akan meningkat sebab loan murah dll

Contractionary monetary policy = naikkan interest rate, orang lebih sikit spend, dan investment pun slowdown sebab mahal nak buat loan

Di dalam worst case scenario, pihak kerajaan juga boleh membuat pinjaman secara terus dengan central bank negara tersebut, ianya effectively samalah seperti mencetak wang yang baru, tapi pada masa yang sama, ketika duit tersebut dipulangkan semula kepada central bank, duit itu akan dihapuskan kembali.

Secara ideal, monetary policy harus bebas daripada pengaruh kerajaan, apatah lagi pengaruh politik


Jadi bila join Eurozone....

Bila join Eurozone, sekaligus kuasa monetary policy itu hilang daripada negara tersebut. Dan mereka termaktub kepada monetary policy oleh ECB.

Masalahnya, Euro Area terdiri daripada pelbagai jenis ekonomi dan saiz, namun ECB membuat keputusan berdasarkan keadaan ekonomi Euro Area secara kolektif. Bayangkan saiz populasi Germany sahaja sudah sama seperti 15 buah negara Euro yang terkecil (termasuklah Greece). Maka ianya jelas lagi bersuluh bahawa keputusan ECB akan bias kepada monetary policy yang berpihak kepada negara-negara besar seperti Germany dan France

Kesannya, satu-satunya senjata ekonomi yang tinggal untuk negara-negara kecil ini adalah fiscal policy.



Fiscal Policy dan Hutang



Perlu tahu bahawa Greece memang sudah lama mempunyai hutang yang tinggi. Malahan semenjak sebelum menjadi developed country lagi (1996). Kalau tengok pada tahun 1994 sahaja debt to GDP Greece sudah mencecah 100%. Maka dari sudut ini bolehlah dikatakan keadaan ekonomi Malaysia pada masa sekarang adalah lebih 'stabil' berbanding Greece


Jadi yang orang duk risau baca pasal Greece dan bandingkan dengan Malaysia tu.... jangan risau sebab hutang kita masih terkawal, buat masa ini at least.



Pemanipulasian Akaun

Perasan tak hutang Greece macam agak stabil antara tahun 1994-2007. Macam mana diorang boleh stabilkan hutang diorang? Sedangkan government budget diorang sentiasa deficit (sentiasa negatif, juga dipanggal structural deficit)


Hakikatnya kerajaan Greece tidak jujur. Mereka melakukan pelbagai jenis manipulasi sehinggakan kelihatan hutang mereka lebih sedikit daripada yang sebenarnya. Pemanipulasian ini dalam bentuk tradisional under reporting i.e. beli 10 biji kereta kebal dengan harga Euro50 juta tapi report sebagai Euro10 juta.

Sehinggalah kaedah-kaedah yang kompleks dan saya pun malas nak fahamkan, dan juga meletakkan beban hutang di atas State Owned Enterprise (SOE). SOE ini, di Malaysia contoh yang paling terkenal 1MDB lah kan, MRT juga adalah contoh SOE, kebiasaannya mampu membuat hutang  walaupun 'baru' dan tanpa akaun yang kukuh kerana mereka ini di bawah kerajaan. Jadi expectation adalah jika mereka ini tidak mampu bayar, maka kerajaan yang akan bayarkan.

Beban kepada kerajaan untuk pinjaman oleh SOE ini dipanggil 'contingent liability'

Walaupun kemungkinan besar bukan semua pinjaman oleh SOE itu dijamin kerajaan, namun kadang-kadang pinjaman tersebut 'disokong' kerajaan dan expectation oleh peminjam, of course lah semua duit-duit tersebut kalau SOE tu tak dapat bayar, kerajaan yang akan bayarkan. Memandangkan kerajaan mempunyai banyak duit, jadi SOE ini biasanya masih akan dapat membuat pinjaman melalui bond walaupun akaun mereka tidak kukuh.



Walupun tidak diletakkan di dalam akaun kerajaan, hakikatnya SOE ini menjalankan perancangan kerajaan. Seperti contoh daripada meletakkan budget RM6 billion di bawah bajet tahunan kerajaan unutk membina keretapi baru, buatlah MRT, dan biar MRT yang issue bond RM6 billion. Maka ianya tidak akan berada di dalam akaun kerajaan. (hanya contoh semata-mata, bukan fakta betul, tak pernah kaji MRT dapat duit dari mana)

p/s: sila perhatikan Malaysia juga termasuk ke dalam kawasan structural deficit semenjak tahun 1998


Tahun 2010

Namun pada tahun 2010, kerajaan Greece membuat keputusan untuk tidak lagi melakukan aktiviti pemanipulasian akaun tersebut. Maka sekaligus paras hutang debt to GDP Greece melambung sangat tinggi, sehingga mencecah 177.1% pada tahun 2014.


Ok... Panjang la pulak...



Dipendekkan cerita, bila hutang melambung banyak tu, ramailah investor yang risau. Jadi kos pinjaman bond (bond yield) untuk Greece pun melambung naik. Boleh tengok graph kat atas, ianya mencecah 50% interest rate. Maksudnya kalau dia pinjam RM10 billion, interest tahunan sahaja dah RM5 billion. sehinggalah tamat tempoh 10 tahun, jumlah mereka kena bayar adalah RM60 billion untuk pinjaman RM10 billion selama 10 tahun (kiraan kasar, bukan sebenar)

Jadi, diorang takde duit, dan mereka masih terus di dalam deficit, dan mereka tak boleh nak buat hutang baru untuk membayar hutang lama diorang




Troika

Maka datanglah penyelamat antarabangsa i.e. International Monetary Fund (IMF), European Central Bank (ECB) dan European Commission (EC). Mereka dengan 'baik hatinya' meminjamkan duit kepada Greece untuk menampung deficit diorang.

But with a price, of course.


Auterity Measure

Greece perlu melakukan austerity measure (ada cakap kat atas benda apa, xnak ulang dah). Maka banyaklah cukai yang dinaikkan, subsidi yang dipotong, pencen yang dipotong dan sewaktu dengannya, sebagai syarat untuk troika ini memberi pinjaman kepada diorang.

Tapi duit Greece sentiasa tak cukup, bailout baru daripada Troika sentiasa diperlukan, austerity measure sentiasa disuruh untuk dilakukan setiap kali bailout baru diminta.... Greece sentiasa patuh sehinggalah....


Syriza Party

Sehinggalah Syriza party memenangi pilihanraya pada Januari 2015, dengan membawa manifesto anti-austerity. Mereka menang besar, 149 daripada 300 kerusi, hanya tinggal dua kerusi untuk memenangi majoriti mudah.

Semenjak itu, Greece tidak lagi patuh kepada kehendak Troika. Kesannya bailout tidak lagi diberikan sehinggalah mereka dah tak ada duit, dan deadline untuk hutang menghampiri


1 Julai 2015

Itu adalah tarikh deadline salah satu hutang Greece, yang hanya bernilai Euro1.5 billion. Itu adalah jumlah yang kecil untuk hutang kerajaan. Tapi Greece memang dah terlalu xada duit

Greece enggan menaikkan cukai dan memotong pencen. Malahan permintaan Greece untuk penyusunan semula jadual pembayaran hutang (debt restructuring) juga ditolak Troika, yang merupakan creditors Greece.

Akhirnya....


Referendum

Akhirnya, PM Greece, Tsipras membuat keputusan untuk menyerahkan keputusan di tangan rakyat, atau mungkin juga dia berpendapat kalau boleh membuktikan kepada creditors bahawa inilah kehendak rakyat Greece, maka kerajaan Greece akan dapat lebih negotiation power di meja perundingan dengan creditors.

Tapi masalahnya referendum tersebut akan diadakan pada 5 Julai, iaitu hari ni lah kan. Maka akhirnya official lah bahawa Greece default i.e. bankrupt. Dia tak mampu membayar hutang dia pada 1 Julai tersebut.


Capital Control

Jadi nak tak nak, semenjak keputusan untuk referendum dibuat sehinggalah referendum dilakukan. Greece membuat capital control i.e. Greece mengawal jumlah wang yang boleh dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam institusi kewangan Greece i.e. Bank.

Rakyat Greece hanya dibenarkan untuk mengeluarkan wang sebanyak Euro60 sehari sepanjang minggu ini. Dan semua aktiviti bank ditutup melainkan mesin-mesin ATM.

ECB juga sudah menetapkan limit bantuan Emergency Liquidity Assitance (ELA) pada paras sebelum keputusan referendum dibuat. Ini bermaksud jika terlalu ramai orang yang mengeluarkan duit daripada bank Greece, bank-bank di Greece tidak akan mempunyai duit yang cukup untuk memberinya memandangkan kebanyakan aset mereka di dalam bentuk pinjaman yang diberikan kepada orang lain.


Kesan default

Apabila Greece default, maka ada beberapa kemungkinan akan terjadi. Pertama Greece berkemungkinan akan dikeluarkan daripada Eurozone, jika dipersetujui negara-negara Euro yang lain. Jika ini terjadi, maka Greece akan kembali kepada currency lamanya sendiri, dan confirm currency dia akan depreciate dengan sangat-sangat banyak. Memandangkan selepas ini mereka akan ditinggalkan tanpa bantuan. Ekonomi diorang akan crash in the short term, confirm

btw sekarang ni unmeployment diorang dah sangat-sangat tinggi

Yang kedua, jika Greece boleh dikeluarkan atas faktor hutang, maka negara-negara lain yang mempunyai hutang yang tinggi seperti Portugal, Italy, Ireland dll juga berpotensi dikeluarkan. Ini menjadikan investor mengelak daripada memberi pinjaman dan melabur di dalam negara-negara ini dan akan meletakkan negara-negara ini berada di kedudukan yang lebih sukar dan meninggikan kemungkinan bahawa mereka juga akan default

Ketiga, kesannya, ramai akan mula hilang kepercayaan kepada potensi Eurozone, dan currency Euro akan depreciate sekali dengan stock market mereka.

Do note semua ini sekadar kemungkinan yang dirisaukan oleh market, tapi semua ini tidak terjamin akan berlaku


Kebaikan keluar daripada Eurozone

Ini pendapat peribadi, tapi hakikatnya untuk Greece keluar daripada Eurozone adalah buruk pada short term, tapi akan boleh bawak kebaikan pada long term. Namun jika terus berada di dalam Eurozone, ternyata Greece tidak akan okay selama-lamanya pada jangka masa panjang

Negara-negara eropah yang kecil akan mendapat kesan negatif kalau Greece keluar, tapi hakikatnya negara seperti German dan France yang banyak keluarkan produk luxury akan mendapat manfaat daripada cheaper Euro. Sebab produk-produk ini sangat elastik, permintaan akan menaik banyak walaupun Euro hanya murah sedikit berbanding sebelum ni



Kesan kepada Malaysia

Tak ada. Sila ingat bahawa Greece negara kecik, sumbangan GDP Greece kepada Eurozone punya GDP hanya dalam 1-2%. Dia lain cerita kalau hutang Greece dipegang oleh institusi kewangan private, tapi sekarang ni yang banyak pegang Troika. Greece default tidak sepatutnya datangkan kesan langsung kepada market Malaysia, melainkan sentimen negatif orang-orang yang tidak memahami ekonomi.

Euro depreciate juga tidak sepatutnya mendatangkan kesan negatif kepada Malaysia malahan sepatutnya mendatangkan kesan positif, sebab Malaysia lebih banyak import daripada export barang kepada Eurozone. Stock market Malaysia juga tidak mengikut stock market Euro....

Berbanding kes Greece, slowdown ekonomi China adalah lebih merbahaya kepada Malaysia sebenarnya....


Ramalan kes Greece selepas ini

- Keputusan referendum adalah 'No' i.e. Greece menolak tuntutan austerity creditors
- Namun masih in one way or the other, Greece tidak dikeluarkan daripada Eurozone
- Greece terus sengsara, drama baru akan bermula kembali satu hari nanti


Harapan aku untuk kes Greece

- Greece dikeluarkan daripada Eurozone


Sori terlalu panjang.....

wallahualam


disclaimer: sebarang penulisan di sini tiada kaitan dengan sebarang hubungna yang aku ada

note: aku sekarang malas nak membaca komen, jadi maaf kemungkinan besar sebarang komen tidak akan dibaca

No comments: