Tuesday 10 November 2015

Ada Apa Dengan Teks Akhir TPPA

Bismillahirrahmanirrahim

Okay jujurnya aku tak baca sepenuhnya kesemua beratus-ratus mukasurat dokumen TPPA, sebab aku tak ada masa. Jadi aku hanya fokuskan kajian aku kepada isu-isu yang sebelum ini dibangkitkan oleh masyarakat umum dan semua pihak-pihak yang berkaitan.

Nota: Banyak istilah-istilah di dalam Bahasa Inggeris akan dikekalkan sebab penulis punya bahasa ekonomi adalah Bahasa Inggeris.




Apa Itu TPPA?

Okay aku dah cerita benda ni dalam post yang dulu, jadi rasanya dah tak perlu nak ulang. Cuma secara ringkasnya, TPPA adalah sebuah Free Trade Agreement (FTA) yang bertujuan untuk meningkatkan lagi aktiviti perdagangan antara negara. Cuma bezanya dengan FTA-FTA yang lain, TPPA juga menetapkan 'standard practice' yang agak tinggi. Dari segi isu menjaga environment, sehinggalah isu intellectual property.

Secara keseluruhan, teks perjanjian TPPA ada sebanyak 30 chapter. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sudah menjadikan keseluruhan teks 30 chapter tersebut boleh diperolehi di laman web mereka di sini.

Apabila sudah keluar teks akhir, maka segala kerisauan-kerisauan dan hujah-hujah gerakan anti TPPA selama ini perlu disemak semula, sebab kalau teks tersebut masih sama seperti teks yang dibocorkan pada tahun 2012 dahulu, sudah lama perjanjian TPPA ini dipersetujui, bukan hanya baru-baru ini.

Penulisan ini akan lebih menjurus kepada isu-isu, berbanding chapter by chapter. Ianya akan menjadi seperti FAQ la kot.... Jadi kalau ada sebarang soalan tambahan, boleh utarakan kepada FB aku.



Adakah TPPA akan menaikkan harga ubat?

Okay bila cakap isu harga ubat, ada dua isu

i) Patent Term

Kena tau yang di bawah TPPA, tiada sebarang perubahan kepada patent term yang diamalkan oleh Malaysia dan seluruh dunia. Ianya masih kekal selama 20 tahun. Walaupun di bawah TPPA dikatakan kalau berlaku kelewatan di dalam proses patent di negara tersebut sehingga lebih 5 tahun tanpa sebab munasabah maka tempoh patent tersebut berhak untuk dipanjangkan, 5 tahun adalah tempoh yang sangat lama dan Malaysia selama ni memproses patent di bawah tempoh 5 tahun jika tiada sebarang masalah.

Ubat yang dihasilkan oleh selain innovator (pemegang patent) ubat tersebut dipanggil sebagai 'generic medicine'. Sepertimana sebelum ni, sepanjang tempoh patent, pihak lain tidak dibenarkan untuk menghasilkan ubat tersebut, melainkan dapat kebenaran oleh pemegang patent. Jadi isu ubat Sofosbuvir untuk merawat Hep C, yang dihasilkan pada tahun 2013 dan sudah wujud ubat generic, adalah kerana diberi kebenaran oleh pemegang patent dan perkara ini tidak akan berubah di bawah TPPA

ii) Data Exclusivity

Isu dengan harga ubat lebih berkaitan data exclusivity. Mengikut apa yang aku faham selepas diterang oleh mereka yang berada dalam bidang ini, data exclusivity adalah hak satu-satu syarikat untuk merahsiakan data berkaitan ubat tersebut untuk satu tempoh masa. Dalam tempoh masa itu juga, pihak lain tidak dibenarkan untuk menghasilkan ubat yang kandungannya hampir sama, dan memberi kesan yang turut hampir sama dengan ubat yang asal.

Isu ni terbahagi kepada dua, satu pharmaceutical products yang biasa, satu lagi biologic products i.e. pharmaceutical products yang mempunyai biologics, ataupun memang biologics sepenuhnya.

Sebelum TPPA, berikut adalah jadual data exclusivity protection untuk negara-negara TPPA

TPP Member States
Pharmaceuticals RDP (Years)
Biologics RDP (Years)
Malaysia
5
0
Australia
5
5
Brunei
0
0
Canada
8
8
Chile
5
0
Japan
8
8
Mexico
5
0
New Zealand
5
5
Peru
5
0
Singapore
5
5
United States
5
12
Vietnam
5
5
European Union (Baseline)
10
10

Nampak kenapa akhirnya US gagal untuk push TPPA members untuk terima 12 tahun? Sebab majoritinya hanya pada 5 tahun. Dan... good news, tempoh data exclusivity di bawah perjanjian TPPA yang akhir adalah seperti berikut:

a) New pharma products: 5 tahun
b) New biologics products: 8 tahun, atau 5 tahun jika terdapat langkah-langkah lain dilakukan untuk melindungi produk tersebut
c) Existing pharma products covering new indication, new formulation or new method of administration: 3 tahun

Maksudnya? Tak ada beza untuk Malaysia melainkan untuk biologics product. Itupun tempoh 5 tahun adalah munasabah, sebab hakikatnya kita perlu memberi protection sebegini untuk menggalakkan innovation berlaku. Kalau lepas dia belanja berjuta-juta duit hasilkan ubat tu, esok harinya senang-senang orang lain hasilkan dan jual dengan harga murah, innovation susah untuk berlaku.

Jadi adakah akan naik harga ubat? Jujurnya aku tak tahu sebab kena tengok balik ubat-ubat biologics yang digunakan, tapi kalau ada pun, ianya minimum.

Pada masa sama, negara tersebut berhak untuk mengambil tindakan yang melanggar artikel di bawah TPPA jika merasakan ianya perlu untuk melindungi keselamatan dan kesihatan masyarakat Malaysia (sebagai contohnya jika berlaku wabak dll)

P/S: Harga ubat dah banyak naik sekarang disebabkan kejatuhan Ringgit, sebab kita banyak gak import ubat daripada US.


Hak Istimewa Bumiputra akan dihapuskan?

MARA, TERAJU dan EKUINAS mendapat hak untuk memberi 100% daripada perbelanjaan mereka kepada syarikat bumiputra dan small and medium enterprises (SME), manakala semua GLC yang lain berhak untuk memberi 40% daripada perbelanjaan mereka kepada syarikat bumiputra dan SME

Petronas pula berhak untuk memberi 70% (tahun pertama) dan 40% (tahun keenam dan seterusnya) daripada projek-projek mereka kepada syarikat tempatan.

Semua syarikat minyak yang ingin menjalankan operasi di Malaysia masih perlu melalui Petronas, dan segala beras yang ingin diimport dan dijual di Malaysia masih perlu melalui syarikat beras di Malaysia (yang selama ni satu-satunya adalah Bernas)

Di samping itu, syarikat -syarikat minyak yang beroperasi di Malaysia juga perlu mengeksport 100% daripada produk mereka. Ini bertujuan untuk melindungi syarikat-syarikat minyak tempatan daripada perlu bersaing dengan syarikat luar di Malaysia


Projek-projek kerajaan semuanya akan pergi ke syarikat asing!

Setiap kerajaan mempunyai had minima perbelanjaan yang perlu diberikan secara adil dan terbuka. Berikut adalah persetujuan negara-negara TPPA untuk had tersebut, ianya berbeza untuk setiap negara

Country
Goods
Goods (after 10 years)
Services
Services (after 10 years)
Construction
Construction (after 10 years)
Malaysia
SDR1,500,000
SDR130,000
SDR2,000,000
SDR130,000
SDR63,000,000
SDR40,000,000
Australia
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR5,000,000
SDR5,000,000
Brunei
SDR250,000
SDR130,000
SDR250,000
SDR130,000
SDR5,000,000
SDR5,000,000
Canada
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR5,000,000
SDR5,000,000
Chile
SDR95,000
SDR95,000
SDR95,000
SDR95,000
SDR5,000,000
SDR5,000,000
Japan
SDR100,000
SDR100,000
SDR100,000
SDR100,000
SDR4,500,000
SDR4,500,000
Mexico
USD79,507
USD79,507
USD79,507
USD79,507
USD10,335,931
USD10,335,931
New Zealand
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR5,000,000
SDR5,000,000
Peru
SDR95,000
SDR95,000
SDR95,000
SDR95,000
SDR5,000,000
SDR5,000,000
Singapore
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR5,000,000
SDR5,000,000
United States
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR130,000
SDR5,000,000
SDR5,000,000
Vietnam
SDR2,000,000
SDR1,000,000
SDR2,000,000
SDR1,000,000
SDR65,200,000
SDR16,300,000
Nota: SDR1 = RM6.00


Nampak? Ada dua negara yang mendapat nilai yang agak sangat istimewa, iaitu Malaysia dan Vietnam. Ada yang pandang ini membolehkan kroni-kroni Malaysia terus berleluasa. Tapi bagi aku kita akan dapat melindungi syarikat-syarikat tempatan terutamanya yang SME daripada perlu terus bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dunia.

Pada masa yang sama, ini bermaksud segala perbelanjaan kerajaan yang melebihi nilai tersebut akan dibuka secara tender, ini secara tak langsung akan menjadikan kerajaan berusaha untuk memastikan nilai projek tersebut tidak melebihi had tersebut (indirectly menjadikan kerajaan lebih berjimat), dan untuk projek-projek mega, korupsi akan susah berlaku dan sekali lagi kerajaan dan negara akan mendapat manfaat.

Kerajaan juga dibenarkan untuk memberi preferential treatment kepada SME, termasuk menerima SME punya tender walaupun pada harga yang lebih tinggi (ada jadual yang diberi berapa banyak mahal yang dibenarkan). Cuma mestilah dijelaskan terlebih dahulu apakah syarat-syarat kelonggaran kepada SME

Untuk projek-projek yang dibuka tender secara open, pemilihan tender mestilah antara dua iaitu:
i) Yang paling memberi manfaat, atau
ii) Yang paling murah

Syarat-syarat di bawah isu perbelanjaan kerajaan ini tidak diguna pakai untuk perkara-perkara berikut (sori malas nak translate):
i. Procurement by Istana Negara
ii. rural development programmes in rural areas
iii. any public-private partnership
iv. development of national heritage
v. religious purposes
vi. R&D
vii. National celebration event, except for construction services


Macam mana dengan PNB, Tabung Haji dan lain-lain?

TPPA dikecualikan untuk:
i. Pension fund and enterprise controlled by the pension fund (EPF)
ii. Sovereign wealth fund (Khazanah)
iii. Permodalan Nasional Berhad
iv. Tabung Haji

Kesemua pihak-pihak tersebut bebas untuk menggunakan perbelanjaan mereka seperti mana yang dirasakan wajar, selagi mana ianya tidak memberikan kesan buruk kepada syarikat lain ataupun sesuatu industri


Buruh asing akan memenuhi negara kita, sekarang pun dah cukup ramai, huh!

Malaysia diberi hak untuk mengawal kemasukan buruh asing, di samping memberi keutamaan pekerjaan kepada pekerja-pekerja tempatan (dan aku tak rasa pun pekerja-pekerja asing kat Malaysia ni akan reti untuk saman kerajaan kalau diorang ditindas pun.....)


Kalau TPPA sebenarnya buruk untuk negara, kita dah tak boleh tarik diri!

Jelas terang bersuluh di dalam dokumen TPPA, setiap negara berhak untuk keluar daripada TPPA dengan memberi notis bertulis dalam tempoh 6 bulan. Mereka akan secara rasmi keluar dan tidak perlu mematuhi syarat-syarat di bawah TPPA selepas tempoh 6 bulan tersebut.


Negara boleh disaman syarikat lain kalau kita buat perkara yang merugikan syarikat tu... 

Investor-State Dispute Settlement (ISDS) dah wujud di dalam 8 FTA Malaysia yang lain dan 74 Bilateral Investment Treats. Setakat ni, Malaysia pernah dua kali disaman, satu Malaysia menang, satu lagi kes ditutup. Syarikat Malaysia juga pernah menyaman negara lain.

ISDS sendiri tidak menjadi isu, ianya menjadi isu kalau isi-isi kandungan TPPA sendiri yang merupakan satu isu i.e. kalau ianya terlalu ketat sehingga menyusahkan Malaysia.

Untuk pengetahuan, negara-negara TPPA berhak meletakkan polisi yang dirasakan perlu untuk melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat negara tersebut. Dan sudah tertulis secara khusus bahawa setiap negara berhak untuk meletakkan polisi-polisi yang bertujuan untuk memantau atau menyekat penggunaan tobacco (rokok) di negara-negara tersebut.


Monetary Policy kita sudah tidak bebas?

Setiap negara boleh melakukan capital control jika dirasakan ianya perlu untuk melindungi negara daripada mengalami krisis Balance of Payments atau krisis ekonomi yang teruk. Namun setiap negara ahli perlulah memberitahu secara bertulis kepada semua negara ahli jika ianya dibuat.


Thailand dengan Indonesia tak join pun, kenapa Malaysia sibuk-sibuk nak join?

Tak lama selepas mesyuarat TPPA berakhir, presiden Indonesia, Joko Widodo terus pergi ke US, antaranya untuk mintak supaya Indonesia juga dibenarkan untuk menyertai TPPA. Ekonomi kita akan jadi sangat susah kalau Singapore, Vietnam dan Indonesia menyertai TPPA, tapi kita tidak termasuk di dalamnya sekali


Apa faedah kepada rakyat kalau TPPA dilaksanakan?

i) Duti import kereta sebanyak 30% akan dihapuskan secara berperingkat dalam 13 tahun
ii) Kerajaan akan terpaksa berbelanja dengan lebih efisien dan transparent, terutamanya untuk yang memakan perbelanjaan yang besar
iii) Syarikat-syarikat Malaysia boleh memasuki 4 pasaran FTA yang baru di bawah TPPA i.e. US, Canada, Mexico dan Peru


Apa keburukan kepada rakyat?

i) Syarikat-syarikat tempatan mungkin ada yang tidak akan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat luar
ii) Kerajaan mungkin tidak mampu mencapai keseluruhan standard TPPA, terutamanya di dalam memantau aktiviti piracy digital, lantas berkemungkinan untuk menjadikan Malaysia disaman syarikat luar (mungkin ekk, bukan pasti)


Secara keseluruhan

Secara keseluruhannya, bagi aku teks akhir TPPA ini sudah menyelesaikan kesemua masalah-masalah utama kandungan TPPA yang bocor sebelum ini. Isu-isu yang tinggal hanyalah perkara-perkara yang mempunyai pros and cons sendiri, seperti FTA-FTA yang lain. Ianya menjadi satu cabaran untuk kerajaan dan syarikat-syarikat Malaysia untuk menyesuaikan operasi masing-masing dengan standard TPPA. Tapi bagi aku, menaikkan standard kita bukanlah perkara yang buruk

Kena ingat TPPA ni bukan antara Malaysia dengan US, tapi antara 12 negara yang termasuklah Jepun, Canada, Australia dan lain-lain yang turut inginkan yang terbaik untuk negara mereka. Sebab tu memang agak diyakini kandungan-kandungan yang terlalu buruk, insyaAllah tak akan lepas punya.

Wallahualam, jika ada isu lain mintak utarakan


1 comment:

Anonymous said...

saya nak tahu lebih lagi psal ekonomi.. ada fb x?