Monday 5 December 2016

Selangor yang Sentiasa Surplus, Malaysia yang Sentiasa Defisit


Seperti saya dan kamu, kerajaan juga mempunyai pendapatan dan perbelanjaan. Sekadar bezanya pendapatannya majoriti diperolehi daripada cukai berbanding mendapatkan pendapatan sendiri. Jika ada yang bertanya kenapa kerajaan tidak mendapatkan duit sendiri dengan berniaga dengan negara luar, jawapannya tugas kerajaan adalah mengurus dan mentadbir negara. Bukan jadi businessman. Kalau orang kerajaan jadi businessman, maka pegawai kerajaan akan mendapat berbillion ringgit hasil daripada 'derma' dan 'jawatan' yang disandang. Di samping jangan harap ada private sector yang akan bersaing dengan kerajaan.

Sejak beberapa tahun ini, kerajaan persekutuan sangat memberi penekanan yang tinggi terhadap tahap hutang negara. Atas dua faktor. Pertama isu ni sangat dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Kedua, jika hutang kita terus meningkat, 'credit rating' Malaysia akan diturunkan, menjadikan kos untuk kerajaan membuat pinjaman semakin meningkat - which is bad.

Untuk pengetahuan, hutang kerajaan kita mengikut data terkini adalah sebanyak RM643.6 billion (lebih kurang 53% daripada GDP). Fiscal deficit kita adalah sebanyak 3.2% daripada GDP pada tahun lepas.



Adakah Malaysia Akan Bankrap?

Walaupun RM643.6 billion itu kelihatan banyak, tetapi realitinya Malaysia masih teramat jauh daripada 'bankrap'. Untuk individu, kita hanya akan diiktirafkan sebagai bankrap di saat kita tidak lagi mampu untuk membayar komitmen hutang kita. Perkara yang sama untuk kerajaan. Untuk mengelak daripada 'bankrap', maka kerajaan hanya perlu memastikan yang mereka mampu untuk membayar komitmen hutang mereka. Dan buat masa ini, pendapatan negara masih jauh mencukupi untuk menunaikan tanggunjawab hutang tersebut.

Anggaran perbelanjaan bayaran hutang kerajaan adalah dalam lebih kurang RM25-30 billion setahun, buat masa ini. Jumlah pendapatan pula dalam lingkungan RM210-220 billion setahun.

Adakah sebarang usaha oleh kerajaan untuk mengurangkan hutang tersebut?

Yes and No. Buat masa ini, fokus yang lebih utama sedang diberikan kepada mengurangkan fiscal deficit negara, bukan untuk mengurangkan hutang tersebut secara keseluruhan. Sasaran pada tahun ini adalah kita hanya mengalami defisit sebanyak RM38 billion, atau bersamaan 3.1% daripada GDP. Apa yang disasarkan, adalah untuk Malaysia mencapai 'balanced budget' i.e. tidak mempunyai defisit pada tahun 2020. Apabila apa yang disasarkan adalah untuk mencapai 'balanced budget', sekaligus turut bermaksud kerajaan buat masa ini tidak mempunyai sasaran untuk mengurangkan jumlah hutang negara tersebut.

Penting ke 'balanced budget'?

Yes and No. Bagi aku, apa yang penting adalah 'balanced budget' in the long run, dan bukannya sentiasa balanced sepanjang masa, apatah lagi secara spesifik 'balanced' pada tahun 2020. Ini kerana kerajaan itu perlu bersifat 'counter cyclical'. Iaitu di saat ekonomi kuat, maka kerajaan perlu mempunyai budget surplus (pendapatan > perbelanjaan). Tapi di saat ekonomi perlahan pula, kerajaan perlu mempunyai budget deficit (pendapatan < perbelanjaan), bertujuan untuk membantu rakyat yang ditekan oleh keadaan ekonomi yang tidak membantu ---> sekaligus turut membantu ekonomi untuk bangkit kembali.

Bagus atau tidak jika kita mengalami 'budget surplus' sentiasa, selama-lamanya?

Ianya seperti kita mempunyai duit simpanan, tetapi duit itu tidak digunakan untuk selama-lamanya. Adakah bagus? Tidak.

Bayangkan jika kerajaan mempunyai lebihan RM1 billion pada tahun ini, yang mana semakin banyak business yang tutup dan rakyat yang dibuang kerja. Berbanding disimpan begitu sahaja, lebih baik duit itu diberikan sebagai bantuan / pinjaman kepada rakyat yang ingin memulakan perniagaan sendiri, atau sebagai latihan kepada para graduan untuk mengharungi dunia pekerjaan sebenar. Atau menambah baik sistem pengangkutan awam. Dan sewaktu dengannya.

Kerana duit kerajaan hakikatnya adalah duit rakyat. Jika tidak digunakan untuk perbelanjaan rakyat, maka akan digunakan untuk apa?

Namun ketika ekonomi tengah sihat walafiat, semua orang sedang berkerja dan gaji meningkat dengan sihat. Maka di saat itu kerajaan wajar mengalami fiscal surplus dan menyimpan, sebagai tabung simpanan di saat ekonomi memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Net-net, strategi itu akan menjadikan kerajaan mempunyai simpanan ketika ekonomi baik, dan menggunakan simpanan tersebut semasa ekonomi sedang sakit. Maka dalam jangka masa panjang, kita akan memperolehi 'balanced budget'. Itulah strategi yang betul.

Selangor yang sentiasa Surplus

Apa yang menarik adalah, pada tahun 2009, rizab (duit simpanan) negeri Selangor hanya RM696 juta. Tetapi kini sudah meningkat ke tahap RM3.95 billion. Ramai yang kagum dengan negeri Selangor, kerana ianya seolah-olah menggambarkan tahap pengurusan kerajaan negeri tersebut yang baik.

Namun rakyat kena ingat, kayu ukur 'pengurusan yang baik' sepatutnya bukan dari segi berapa banyak simpanan yang dibuat oleh kerajaan. Ianya sepatutnya diukur dengan berapa banyak kebajikan rakyat yang sudah disokong, berapa banyak jalan berlubang yang sudah dibaik pulih, berapa banyak pembangunan yang sudah dilakukan. Dan paling penting sekali, berapa ramai orang miskin yang kini sudah mampu menampung kos sara hidup sendiri.

Di saat sekarang yang mana ramai business ditutup, peluang pekerjaan yang sangat terhad dan turut ramai yang dibuang kerja. Inilah masanya untuk kerajaan berbelanja, memberi pancing kepada mereka yang tidak mempunyai pancing. Mengajar memancing kepada mereka yang tidak reti memancing. Bukan memberikan ikan, apatah lagi untuk ditayang duit simpanan yang banyak.

Apabila Ekonomi itu Dipolitikkan

Tetapi ianya tidak berlaku. Kerana bagi rakyat marhaen, yang baik itu adalah kerajaan mempunyai duit lebihan. Semuanya gara-gara mereka menyaksikan sebahagian ahli politik yang menjadi kaya raya dengan rasuah, sedangkan subsidi untuk rakyat diambil, hutang negara meningkat.

Sebenarnya nak mendapat surplus itu mudah. Sangat mudah. Hentikan segala projek pembangunan. Tak perlu buat lebuhraya itu ini. Tak perlu berikan bantuan kepada usahawan. Tak perlu berikan BR1M. Tak perlu buat hospital dan sekolah baru. Yelah, kalau kita boleh hidup tanpa sekolah yang masih belum wujud tu sekarang, kenapa kita perlukan sekolah tu diwujudkan? (ini adalah sindiran). Serius, untuk mendapat surplus itu langsung tidak susah, malahan jauh lebih mudah daripada ingin menghabiskan duit.

Tapi yang susah itu adalah untuk menggunakan duit itu secara 'efficient' dan pada tempatnya. Itu yang susah. Dan  itu jugalah yang buat masa ini, tidak terbukti pun mana-mana kerajaan sekarang berjaya melakukannya dengan baik, tidak kiralah pihak parti politik yang mana satu pun. Ura-ura rasuah itu selalu didengar. Kerajaan membayar lebih mahal daripada yang sepatutnya itu perkara biasa (walaupun tidak melibatkan rasuah). Dan surat sokongan itu masih lagi menjadi amalan.

Apa yang paling dirisaukan. Adalah kalau tiba-tiba duit simpanan beberapa tahun itu habis pada tahun pilihanraya diadakan.

Kita perlukan rakyat yang memahami ekonomi untuk memastikan kerajaan yang berlandaskan 'demokrasi' ini melakukan apa yang betul untuk ekonomi. Kerana akhirnya, kerajaan 'demokrasi' akan melakukan apa yang diperlukan untuk mengaut undi, maka permintaan polisi yang salah oleh rakyat akan membawa kepada pelaksanaan polisi yang mengarut oleh kerajaan.

9 comments:

Anonymous said...

"Hentikan segala projek pembangunan. Tak perlu buat lebuhraya itu ini. Tak perlu berikan bantuan kepada usahawan."

Projet pembangunan perlu diteruskan jika cost-benefit analysis diadakan & mendapat serta menilai pendapatan orang ramai. Jika 'benefit' lebih banyak atau sustainable dalam tempoh masa pendek/sederhana/panjang - sama ada dalam bentuk sosio-ekonomi, semestinya perlu dilaksanakan (jika ada peruntukan).

Izzuddin Yussof said...

Err... itu adalah sarkasme. Bukan saranan betul

Anonymous said...

Dari segi politik saya perhatikan sebagai contoh di kawasan saya i.e. Bandar Baru Bangi, Selangor, pengurusan dan projek2 pembangunan yg dilakukan kerajaan negeri skrg adalah lebih baik semenjak 10 tahun saya menetap di sini. Terkejut juga bila di beritahu bahawa dgn segala penambahbaikan yg di lakukan di kawasan ini, bajet kerajaan negeri masih surplus

FarizDanialz said...

tu sarkastik la bro. *sigh ada jugak yang tak reti membaca

Izzuddin Yussof said...

Kena tengok juga projek tu dibelanjakan oleh kerajaan, atau pihak swasta

Sebab segala mall, gateaway, waterpark yang wujud, kondo yang dibina, itu semua atas inisiatif swasta, memandangkan Bangi adalah kawasan golongan muslim berduit.

Sebab ramai lecturer, pekerja gov atasan dan doktor yang duduk di Bangi. Ditambah lagi banyak markas-markas 'gerakan' di Bangi, yang mana diorang ni ramainya overseas grad i.e. berduit

Unknown said...

Teruskan menulis tuan... banyak pengetahuan yg saya perolehi dari tulisan sdra. Teruskan dgn analogi dan bahasa yg mudah utk difahami. Barakallah

HongWeng said...

Artikel yg sgt bagus dan infomatif. Sewaktu krisis hutang kerajaan Greece, maka isu negara bankrap dimainkan. Sedangkan ratio 'Debt/GDP' negara masih berada di paras yang sihat pada waktu itu.

Unknown said...

Saya sangat berterimakasih banyak kepada aki wono atas bantuan dana ghaibnya dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisa mendapatkan uang sebesar 470 juta,berkat bantuan aki saya bisa melanjutkan bisnisku lagi dan saya tidak pernah menyanka kalau ini benar benar nyata karna sudah banyak paranormal yang sudah saya hubungi dan saya datangi,itu tidak pernah membawakan hasil bahkan uang saya habis dibawa lari sama mereka dan cuma aki wono saja yang membawakan hasil kalau anda mau di bantu silahkan hbg aki wono di nmr 085-320-535-559...aki wono juga bisa mengeluarkan angka togel yg di jamin 100% tembus seperti 4d 5d 6d angka dari aki betul-betul tembus karna sya udah buktikan terimakasi

Susan bowman said...

Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, adakah anda benar-benar memerlukan pinjaman mendesak, anda memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2% !!! Oleh kerana tahun ini akan berakhir, kami mempunyai tawaran pinjaman Krismas, kami menjamin semua pelanggan kami yang dihargai bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman individu seperti yang digunakan untuk

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:

Susanbowmanloancompany@gmail.com

Maklumat Peminjam:


Nama penuh: _______________

Negara: __________________

Jantina: ______________________

Umur: ________________________

Jumlah Pinjaman yang Diperlukan: _________________

Terma pinjaman: ____________

Pinjaman faedah: _____________

Nombor telefon: ________


Bowman Ibu.Susan